BK 3

101 13 21
                                    

SARAH duduk berhadapan dengan tiga orang penemuduga. Seorang wanita yang kelihatan agak berusia merenungnya tajam.

Dia terus menundukkan pandangannya. Jelingan wanita itu mengundang perasaan yang kurang enak di hati Sarah.

Perasaan gementar menyebabkan dia berulang kali membetulkan bajunya. Senyum tetap dilemparkan kepada seorang lelaki yang sedang asyik membaca resumenya dan juga borang yang diisi olehnya sebelum memasuki bilik ini. Bunyi jam berdetik bergema di dalam kesunyian bilik itu.

Selain pandangan maut yang diberikan oleh wanita yang mahu Sarah memanggilnya sebagai Datin Hawa itu, pandangan seorang lagi lelaki yang duduk berhadapan dengannya itu menyebabkan Sarah berasa rimas. Lelaki yang terkenal di ruangan gossip itu memandangnya dari atas dan ke bawah. Senyum simpul lelaki itu menyebabkan bulu romanya berdiri tegak. Geli!

"Bagus," ujar lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Michael. Dia adalah ketua jabatan sumber manusia bagai syarikat yang dikenali dengan nama Adam & Hawa Sdn Bhd.

"Kenapa awak berhenti kerja enam bulan lepas?" soal Muzammail Harriz. Wanita yang sedang duduk di hadapannya direnung tajam. Wajah ini seperti pernah dilihat olehnya. Persoalannya di mana? Tidak mungkin wanita ini pernah menjalin hubungan dengannya. Dia memang terkenal dengan gelaran buaya darat. Namun, dia juga punyai tastenya tersendiri. Wanita ini langsung tidak menepati tastenya.

Sebelum sempat Sarah menjawab lelaki itu mengeyitkan matanya kepada Sarah. "By the way, I am the famous Muzammil Harriz." Gula-gula getah dimasukkan ke dalam mulutnya.

Sarah mengetapkan bibirnya. Jika bukan kerana ini adalah sessi temuduga dan juga bukan kerana ibunya, wajah kacak itu pasti sudah berbekas. Tamparannya pasti akan meninggalkan bekas yang akan diingati lelaki berhidung belang ini. Giginya diketap. Hujung bajunya diramas. Perasaan marahnya harus dikawal.

"Enam bulan lepas... adik kembar saya mati dibunuh. Saya berhenti kerana tidak dapat memberi tumpuan kepada kerja." jawab Sarah dengan jujur. Jika dia kehilangan peluang mendapat kerja ini, lebih bagus.

"Aha..." Harriz memetik jarinya. Wajah yang sama namun sedikit berbeza pernah dia lihat di dada akhbar beberapa bulan lalu. Mangsa pembunuhan kejam. Wajah wanita yang meninggal itu tampak lebih menawan, sesuai dengan gelaran pemenang ratu cantik.

"Sebab tu wajah awak ni nampak familiar... tetapi yang meninggal tu... cerah kan?" soal Harriz.

"Jika kamu kembar. Kenapa yang itu cantik... tapi kamu...emmm."

"Harriz," pintas Datin Hawa. Tegas bunyi suaranya di telinga Sarah.

Wajah Sarah sudah memerah menahan marah. Ya! dia sedar Aina jauh lebih cantik daripadanya. Kenapa soal perbezaan itu kerap diungkit apabila nama Aina diungkit.

"Adakah syarat mendapat kerja di sini, perlu cantik. Jika tiada... saya rasa saya masih layak Encik Harriz," bidas Sarah. Senyum penuh sindir dilemparkan buat Harriz. Puas hati Sarah. Dia sudah tidak peduli jika dipanggil calon paling kurang ajar. Wajah Harriz berubah kelat seketika.

"Cik Sarah..." Datin Hawa berdehem.

"Dengan segala hormatnya, saya meminta agar Encik Harriz bertanya soalan yang berkaitan kerja sahaja," pinta Sarah. Matanya merenung Harriz. Tajam! Lelaki bermulut celupar ini harus diajar. Tangannya sudah dikepal menjadi penumbuk.

"Boleh kita teruskan dengan sessi temuduga?"

Soalan Datin Hawa itu dijawab dengan anggukan sahaja. Sarah langsung tidak memandang wajah Harriz. Lelaki itu memang terkenal dengan ketampanan yang diwarisi daripada ayahnya. Wajah campuran melayu dan arab itu memang digilai oleh ramai gadis, tetapi bukan Sarah.

DATIN Hawa meneliti satu demi satu resume yang diasingkan oleh Michael. Ada beberapa jawatan kosong di dalam syarikatnya. Salah satunya ialah jawatan sebagai pembantu peribadi kepada Harriz, cucunya.

Hatinya dipagut rasa gelisah apabila memikirkan cucu tunggalnya itu. Kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu bukan sahaja meragut nyawa suaminya yang dikasihi. Ia juga turut membawa bersama anak perempuan dan juga menantunya.

Harriz pula sudah terbiasa dengan gaya hidup yang liar semasa belajar dia luar negara. Arak dan wanita sekeliling pinggang itu biasa bagi Harriz.

"Sofia... mama risau dengan Harriz." Bingkai yang mengandungi gambar anak perempuannya itu dicapai. Kepalanya yang tidak sakit diraba. Kelakuan cucunya sering menyebabkan dia sakit kepala.

Bukan sekali, malahan sudah acapkali nama Harriz muncul di dada akhbar. Jika berita itu tentang kejayaan Harriz, pastinya dia berbangga. Nama Harriz seringkali muncul bersama berita yang kurang enak. Nama syarikatnya turut terpalit sama dengan gossip liar itu.

"Michael." Butang interkom ditekan.

"Masuk bilik saya," arah Datin Hawa.

Dia sudah membuat keputusan. Hanya seorang sahaja calon yang berani menegur Harriz. Selebihnya, lebih banyak mencuri pandang Harriz daripada menjawab soalan. Dia mahukan seorang pembantu yang boleh menunjukkan Harriz jalan yang betul, bukannya turut sama tenggelam bersama Harriz.

Semua pembantu Harriz sebelum ini tergoda dengan pujuk rayu Harriz. Sudahlah cucunya itu memang kurang berminat dengan urusan pejabat. Kehadiran pembantu pula merumitkan lagi keadaan. Oleh itu, kali ini dia yang akan memilih pembantu buat Harriz.

"Hubungi majikan dia yang terdahulu... I think she is the best candidate." Datin Hawa menyerahkan resume Sarah kepada Michael.

"Hanya dia sahaja yang tidak membalas senyum Harriz... malahan.. dia juga berani menegur Harriz, Datin." ujar Michael. Dia juga sudah menjangkakan bahawa gadis itu adalah calon yang tepat.

Seketika kemudian Harriz memasuki bilik neneknya.

"Nenek... Harriz mahu keluar... tak perlu tunggu. Harriz akan lewat," ujar Harriz.

"Harriz, Tak boleh ke jika hari ini kamu duduk sahaja di rumah. Rumah itu terasa sunyi, cu," lirih sahaja suara Datin Hawa merayu.

Langkah Harriz terhenti. Hujung bibirnya tercunggit sedikit. Tawa kecil keluar dari sepasang bibirnya. Hambar sahaja bunyinya di telinga Datin Hawa.

"Nenek yang jemput kesunyian itu di dalam kehidupan nenek. Kehadiran Harriz tidak akan membawa sebarang perbezaan." Harriz memegang tombol pintu. Hatinya terasa tawar.

"Tak bolehkah nenek dimaafkan?" Datin Hawa berjalan menghampirinya cucunya.

Harriz mengetap bibirnya. Memori lama kembali muncul di lautan ingatannya. Wajah seorang gadis yang tersenyum manja terpapar di kotak memorinya. Memaafkan neneknya?

"Tidak mungkin!" Pintu bilik pejabat neneknya dikuak kasar.

Dum! Bunyi pintu itu ditutup kuat.

Dada Harriz berombak. Mengapa neneknya harus mengingatkan dia kepada memori duka itu. Kali pertama dia menyukai seseorang. Wanita itu sempurna di mata Harriz. Namun, neneknya tetap ternampak kekurangan wanita itu.

Akibatnya dia terpisah. Sejak itu, dia berdendam dengan neneknya. Oleh itu, dia kembali kepada cara hidupnya yang lama. Dia kembali menjadi lelaki kasanova. Dia lebih rela mempermainkan seseorang daripada dimainkan. Sakit hatinya tidak terperi! Sakit yang tiada parutnya walaupun ketika itu hatinya berkecai seribu.

Beautiful Killer - PublishedWhere stories live. Discover now