Bk 8
SARAH terkocoh-kocoh bersiap. Jam locengnya tidak berbunyi. Dia hanya tersedar bila Malina mengetuk pintunya sebentar tadi.
Kepalanya sakit akibat bangun secara tiba-tiba. Dia berlari-lari memakai kasutnya. Kunci kereta yang tersangkut dia dinding dicapai. Nasib baju kerjanya sudah siap dseterika malam tadi. Jika tidak, entahlah apa nasibnya hari ini.
Perutnya berbunyi, minta diisi. Biskut Oreo yang diambil tadi digigit di antara giginya manakala tangan kanannya memusing kunci.
Ah, sudah! Matanya membutang. Kunci dipusing lagi. Enjin keretanya langsung tidak berbunyi. Stereng kereta terus dipukul, melepaskan rasa geram. Tanpa membuang masa, dia keluar dari keretanya.
Panggilan yang pertama dibuat kepada Harriz. Dua kali panggilannya tidak berjawab, terus masuk ke peti pesanan suara.
"Maafkan saya tuan. Kereta saya ada masalah. Saya akan terlewat sedikit." Dia terus meninggalkan pesanan kepada peti suara yang menjawab panggilannya tadi.
Mindanya ligat berfikir. Mencari penyelesaian kepada masalah yang akan melewatkan dia lagi.
Jarinya laju menguis skrin telefon bimbitnya, mencari pemandu Grab yang dapat menghantarnya. Hon yang berbunyi di belakangnya mengejutkan Sarah.
Dadanya diurut perlahan. Tingkap kereta Honda itu diturunkan. Wajah Irfan, jurulatihnya terpacul. "Awak nak ke mana? Saya hantarkan." Tawar Irfan.
"Tak apa. Saya baru nak ambil service Grab," jawab Sarah. Matanya menyorot ke tempat duduk di belakang tika suara gelak tawa anak kecil kedengaran.
"Anak saya. Saya nak ke bandar ni. Saya tak makan orang, Sarah."
Sarah berfikir. Matanya memandang ke kiri dan kanan jalan. Dia memang sudah sedia lambat. Pintu penumpang di hadapan dibuka. "Terima kasih. Hari ini memang malang buat saya." Sarah membuka bicara.
Irfan tersenyum kecil. "Saya kenal seorang mekanik di taman kita ni. Nanti saya cuba call dia minta dia tolong tengokkan kereta awak."
Dia sebenarnya harus menghantar anak perempuannya untuk sessi terapi di sebuah pusat terapi bagi anak-anak istimewa di bandar.
Sementara anaknya menjalani terapi, dia boleh bertemu dengan pelanggannya yang mahu menggunakan khidmat Irfan di dalam bidang hiasan dalaman.
"Maaflah, sebab saya awak terpaksa buat pusingan yang agak jauh." Sarah meluahkan rasa bersalahnya selepas mengetahui yang tempat kerjanya tidak berada di dalam laluan Irfan. Disebabkan dia, Irfan terpaksa menyimpang sedikit dari arah jalannya yang sebenar.
"It's okey, right Reyna?"
Reyna, anak perempuannya sekadar mengangguk kepala. Dia memandang Sarah dengan mata bulatnya.
"Jadi, coach dah berkahwin? Mana isteri coach?" soal Sarah, cuba mengisi kesenyapan yang melanda.
"Kan saya dah kata, luar kelas panggil saya Irfan. Keduanya, isteri saya dah lama tinggalkan saya, selepas tahu yang anak kami ni down syndrome." Stereng kereta digengam kuat oleh Irfan. Wajah cantik isterinya terbayang di mata. Empat tahun lalu, isterinya meminta cerai disebabkan tidak sanggup menahan malu.
"Sa... saya minta maaf." Sarah membuang pandangannya ke luar tingkap. Jam yang tersarung di tangannya dilihat. Dia sudah terlewat hampir sejam.
"Tak mengapa. Saya dah biasa. Dia tinggalkan saya dan kemudian... saya dapat berita yang dia dah meninggal." Irfan memberhentikan keretanya di hadapan pintu masuk bangunan pejabat Sarah.
YOU ARE READING
Beautiful Killer - Published
Mystery / ThrillerCantik. "Beauty lies in the eyes of the beholder," kecantikan itu terletak pada mata yang memandang. Bagaimana pula dengan kecantikan yang menjadi sumpahan? Sarah kehilangan adiknya, yang mana mayatnya ditemui di dalam sebuah beg. Bersama mayat adik...