BK 9

66 10 2
                                    

SARAH menutup wajahnya dengan topi. Dia terus membantu di belakang pentas menyiapkan beberapa rekaan sebagai hiasan pentas peragaan esok.

Wanita yang mengambilnya bekerja, Betty berpuas hati dengan kerjanya selama dua hari ini. "Kalau saya perlukan awak nanti, awak akan bantu saya?" Betty menyoalnya tadi bila melihat dia tekun menolong pekerja yang lain.

Sarah mengangguk kepalanya. "Selagi di Kedah ni saya tak kisah Cik Betty." Jawapan yang diberikan Sarah nampaknya memuaskan hati wanita itu kerana jelas dia tersenyum selepas mendengar jawapan Sarah.

Ini bukan kali pertama dia bertukang. Dia berbeza daripada Aina daripada segi ini. Malahan kulitnya bertambah gelap kerana sering berjemur di bawah matahari, menolong ayahnya bertukang dahulu. Dia percaya gadis juga perlu tahu asas pertukangan. Jika ada perkara yang dia boleh lakukan sendiri, tak perlulah tunggu untuk bantuan lelaki.

"Sarah, esok awak datang awal sikit. Boleh tolong peserta bersiap." Betty menegurnya sebelum mereka beransur pulang.

Sehingga kini, Sarah masih belum dapat melihat sesiapa yang bertindak aneh di dalam kumpulan pekerja. Esok mungkin, hatinya berbisik. 

Nasib masalah keretanya tempoh hari kecil sahaja. Masalah bateri dan spark plug. Irfan mengambil kunci keretanya dan membaikinya pada hari yang sama. Lelaki itu rupanya bekerja sebagai pereka dalaman.

Esok. Esok Twinnie. Jika telahan aku benar, dia mungkin akan ada di sana.

Lampunya biliknya dipadam. Kepenatan menyebabkan dia tidak memandang cahaya aneh yang malap di hujung biliknya. Cahaya itu membentuk satu bayang.

Perlahan bayang itu mendekati Sarah. Cahaya yang malap itu semakin terang saat ia berada di hujung katil Sarah. Bayang itu menjadi semakin jelas. Ia membentuk satu tubuh yang semakin jelas bagaikan imbasan di kocakan air. 

"Aku yakin Twinnie." Sepantas itu cahaya itu terus hilang.

KEESOKAN harinya, Sarah bangun sedikit lewat. Perbincangannya dengan Datin Hawa tempoh hari, datang mengocak memorinya.

Dia tahu sangat niat Harriz. Bulan madu tanpa perkahwinan sudah menjadi satu kebiasaan bagi ketuanya itu.  Namun, apa yang ketuanya tidak tahu, Datin Hawa sudah makan garam lebih dari sepatutnya.

Datin Hawa sedia maklum akan niat Harriz membawa teman wanita seminggunya ke Thailand. Apa yang Harriz tidak tahu, tiket penerbangan Anastasia bukan ditempah olehnya tetapi oleh Datin Hawa sendiri. 

Senyuman yang terukir di wajah tua itu menakutkan Sarah. Dia tidak mahu bertanya lanjut. 

Dia sudah memaklumkan Datin Hawa bahawa Harriz mahukan tiket penerbangan kelas pertama buat kekasih hatinya itu.

"Jika apa-apa, maklumkan sahaja yang tiket dan segala perancangan di Thailand dibuat oleh Saya. Faham." Sarah memgangguk bagai burung belatuk sahaja. Dua gajah itu bergaduh, dia yang mati di tengah-tengah.

Malina, teman serumahmya juga turut mengambil cuti pada hari yang sama. Malina punyai masalah. Dia dilahirkan  sebagai khunsa. Khunsa yang tidak mushkil. Lebih dari lelaki, dia kelihatan bagai wanita.

Jadi jika dilihat dari jauh, memang wanita itu kelihatan lebih menawan hati wanita. Namun suaranya yang sedikit garau menyebabkan dia sering diusik.

"Kalau si Harriz tu malas kerja, kau goda je dia Sarah. Pakai baju macam Anastasia."

Penerbanganmya ke Thailand adalah pada awal pagi selasa. Dia akan berada di sana selama seminggu. Datin Hawa bercadang untuk meluaskan perniagaannya di negara itu. Oleh itu, pelabur yang akan mereka temui akan menunjukkan beberapa tempat yang dirasakan sesuai untuk membuka sebuah restoran berkonsepkan makanan fusion malaysia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 14, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Beautiful Killer - PublishedWhere stories live. Discover now