DARWISH berjalan mundar-mandir di ruang tamu pejabatnya yang kecil itu. Firma penyisatan persendirian itu ditubuhkan setahun yang lalu. Rakan kongsinya adalah kawan yang dia kenali sejak dari zaman persekolahan lagi.
Nama syarikat yang ditulis dengan huruf berwarna emas itu direnung tajam.
Darwish & Aiman Resources Ent.
Kenangan lalu kembali menerjah ke kotak mindanya. Memori pahit yang dia ingin lupakan. Penyebab utama dia sudah tidak lagi menyarung baju seragam berwarna biru gelap yang amat dia banggakan.
Memori itu dibiarkan berlalu tika pintu biliknya dikuak dari luar. Aiman, rakan kongsinya tersengih sebelum memasuki biliknya.
"Kau ni Man, tak reti ketuk ya?" seloroh Darwish. Bahu kawannya itu ditepuk perlahan.
Aiman tertawa kecil. Tawanya itu mati apabila dia melihat papan nota milik kawannya. "Kau masih tersangkut dengan kes lama tu?"
Darwish melihat satu demi satu gambar yang dia lekatkan di papan nota. Pandangannya jatuh pada gambar seorang gadis yang sedang tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
"Ini penyebab kejujuran aku selama lima tahun dipersoal," desis Darwish. Mana mungkin dia lupa penghinaan yang dia terima hanya kerana dia termasuk dalam senarai orang yang disyaki.
"Aku tahu Dar... tapi kes ni bukankah dah ditutup?" Aiman melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi.
Gambar beberapa orang gadis yang terlekat di papan notanya direnung. Fail yang berisi laporan tentang kesemua gadis itu dibuka. Maklumat kes dibaca satu demi satu.
Pembunuh gadis-gadis cantik ini memang licik. Dia langsung tidak tinggalkan tanda. Malahan, orang lain pula dituduh menjadi pembunuh. Dia teringat kembali semasa dia menyiasat ahli keluarga kedua-dua penagih dadah itu.
Flashback.
"Mak cik yakin... anak mak cik bukan pembunuh." Ibu kepada salah seorang penagih dadah itu menyapu air matanya dengan hujung lengan baju. Hatinya sebak mengingatkan tuduhan yang dibuat terhadap anaknya.
Darwish menekan butang rakam pada alat perakamnya. Senang untuk dia membuat rujukan kelak.
"Tapi anak Mak Biah adalah penagih dadah..."
"Ya... memang dia penagih dadah... susahkan Mak Biah... curi sana,curi sini... tetapi dia bukan pembunuh!" jerit mak cik itu yang lebih senang dipanggil Mak Biah.
"Cap jari Lokman dijumpai pada pistol yang digunakan untuk membunuh ketiga-tiga mangsa... malahan..." Darwish menarik nafas panjang. Kes ini terlalu peribadi buatnya.
"Ia turut sama dengan satu pembunuhan yang dilakukan hampir tiga tahun lalu," Ujar Darwish.
Mak Biah mengambil nafas panjang. Dia sudah penat menjawab soalan tentang anaknya yang dituduh membunuh wanita cantik.
"Kamu pernah tengok orang selepas ambil dadah?" soal Mak Biah sambil merenung Darwish.
Darwish menganguk. Itu pandangan biasa bagi polis sepertinya.
"Mereka khayal... dunia mana mereka berada pun mereka tak tahu. Percakapan mereka juga tidak jelas. Orang seperti itu jika tembak, pasti tersasar," jawab Mak Biah.
Darwish termenung seketika. Betul apa yang dikatakan oleh Mak Biah. Namun, berbeza pula jika mereka membunuh dalam keadaan sedar.
"Bagaimana pula jika Lokman membunuh ketika dia sedar?" soal Darwish.
"Lokman?" Mak Biah tersenyum. Matanya memandang jauh ke hadapan.
"Jika dia tak ambil dadah, dia tenggelam dalam arak. Arak dan dadah berselang-seli di dalam hidupnya. Dia tak sempat sedar, nak" Suara Mak Biah sudah bertukar. Sendunya mengakhiri perbualan. Darwish menghentikan rakaman.
"Jika anak makcik... yang... membunuh... kamu... tak... akan... jumpa... barang milik mangsa. Semua... barang... ada... di dalam... beg... bukan?" Soal Mak Biah di dalam tangis. Darwish hanya mampu mengangguk.
Flashback tamat.
Hanya satu barang sahaja yang dilaporkan hilang oleh waris mangsa. Rantai yang dihadiahkan oleh kembar mangsa. Selain itu, semuanya dijumpai di dalam beg bersama mayat mangsa.
Darwish mengeluarkan fail yang berisi laporan daripada sebuah klinik yang membuat pembedahan kepada mayat mengsa yang pertama.
"Kau tak laluinya Man. Soalan yang mereka tanya... boleh buat kau jadi berang. Nasib aku baik. Kau jadi saksi bagi alibi aku." Darwish mengeluarkan laporan perubatan mangsa pertama.
"Aku juga yakin... Alisya adalah mangsa pertama, bukan Ameera ni."
Alisya, gadis yang berjaya mencuri bukan setakat hatinya. Malahan, perhatiannya juga. Wanita itu terlalu sempurna di matanya. Lesung pipit yang menghiasi wajahnya menjadi penyeri senyuman Alisya.
Dia masih teringat perbualannya yang terakhir dengan Alisya. Perbualan yang disaksikan oleh beberapa pengunjung. Malangnya pada hari tersebut, dia tidak dapat menahan api kemarahannya.
Flashback.
"Jadi Sya masih dengan keputusan Sya... mahu memutuskan pertunangan kita?" Cincin berlian yang dihadiahkan kepada Alisha sempena pertunangan mereka dibelek. Cincin itu dipulangkan oleh ibu Alisya kepada keluarganya minggu lepas.
Alisha mengangguk. "Abang tak pernah menyokong hobi Sya... asyik menentang sahaja." Jari Alisya memintal hujung alas meja makan itu.
"Alasan sahaja!" jerit Darwish. Tangannya menumbuk meja. Dia sudah tahu sebab Alisya mahu memutuskan pertunangan mereka. Dia cuma mahu mendengarnya dari mulut Alisya. Beberapa pengunjung kedai mamak itu memandang mereka.
"Apa maksud abang? Sya..." Alisya belum sempat menghabiskan kata-katanya bila Darwish mencelah.
"Lelaki mana yang datang jumpa Sya di belakang pentas semalam?" Matanya sudah membutang. Giginya diketap rapat. Ini bukan kali pertama dia mendengar bahawa Sya, tunangnya itu berjumpa dengan lelaki lain. Lelaki yang dikelilingi misteri.
"Apa? Abang nak tuduh Sya curang? Ya... Sya curang. Nak tahu sebabnya?" soal Alisya sinis. Senyum kecil terukir di bibirnya.
Badan Darwish sudah mengigil menahan amarah. Jika diikutkan hatinya, dia pasti akan menampar Alisya.
"Sebab abang tak punyai waktu buat Sya! Abang juga tak beri duit untuk Sya buat operation untuk bentuk hidung Sya ni... tapi dia bagi... duit dan masa. Abang mampu?"
Tangan Darwish sudah naik. Tinggi. "Sya!"
Kali ini pemilik kedai dan juga sepasang suami isteri sudah berdiri menghampiri mereka.
"Abang baik keluar sebelum saya buat laporan polis," ugut salah seorang pengunjung yang duduk rapat dengannya.
"Kau jaga Sya... aku tak akan biarkan kau terlepas begitu sahaja," laung Darwish sekuat hati bila dia ditarik keluar dari kedai tersebut.
Flashback tamat.
"Kau tak patut ugut dia di hadapan saksi sebegitu ramai. Nasib masa..." Aiman terdiam. Walaupun kejadian itu sudah berlaku hampir lima tahun lalu, dia masih tidak mampu menyebut bahawa tunang kawannya itu ditemui mati.
Sebulan selepas itu, Alisya ditemui mati di dalam hutan. Mayatnya masih lengkap berpakaian, dengan kesan tembakan tepat di dahinya. Selain itu, tiada lagi tanda lain ditemui. Oleh sebab dia pernah mengugut Alisya, dia dianggap sebagai pesalah.
Akibatnya, dia digantung tugas dan disoal siasat oleh jabatan polis. Nasib baik menyebelahinya kerana Aiman menjadi saksi bahawa mereka berdua sedang bertugas di suatu tempat ketika Alisya mati.
"Aku yakin Aiman... pembunuh Alisya dan ketiga-tiga wanita ini sama. We have a serial killer on the loose."
YOU ARE READING
Beautiful Killer - Published
Mystery / ThrillerCantik. "Beauty lies in the eyes of the beholder," kecantikan itu terletak pada mata yang memandang. Bagaimana pula dengan kecantikan yang menjadi sumpahan? Sarah kehilangan adiknya, yang mana mayatnya ditemui di dalam sebuah beg. Bersama mayat adik...