BK 5

58 11 20
                                    

SUDAH sebulan Sarah bekerja sebagai pembantu peribadi Harriz. Sebulan ini juga, sudah hampir lima wanita yang terpaksa dia hantarkan surat cinta dan permohonan maaf. Hari ini juga tiada bezanya. Wanita yang sedang memeriksa riasannya itu adalah wanita keenam. Sarah memandang pakaian wanita itu yang bagaikan tidak cukup kain.

"Harriz tahu ke yang You buat I tunggu begini?" soal wanita itu. Sarah mengerling tajam.

"Dia ada di dalam bersama Datin Hawa. Ada meeting. Cik Kira boleh tunggu di sofa merah sana. Arahan dari Encik Harriz sendiri." Pennya dipusingkan. Malas dia mahu bertekak dengan Cik Kira, model yang perasan terkenal.

"I tak peduli... I nak masuk!" Kira menghentak kakinya. Dia sudah menunggu hampir sejam di luar bilik Harriz. Dia yakin pembantu baru Harriz tidak memaklumkan Harriz yang dia sudah lama menanti.

"Enter with your own risk, jangan kata saya tak beri amaran." Sarah menaip laju di komputernya. Jadual appointment sepanjang minggu ini harus dimasukkan ke dalam worksheet khas. Dia tak mahu lagi Harriz tertinggal appointment.

Pada waktu yang sama, pintu bilik Harriz dibuka dari dalam. Datin Hawa keluar dengan senyuman bersama beberapa orang atasan dari syarikat yang mahu menjalinkan kerjasama dengan syarikat mereka.

Kira terus mengorak langkah, berjalan menghampiri Harriz. Lengan kekar lelaki itu dipaut dan satu ciuman dihadiahkan di pipi lelaki itu. Sarah hanya mampu tersenyum bila melihat wajah kelat Datin Hawa.

"Sarah... my room.. now!"

Aduh! Apa lagi singa betina ini mahu?

"Ya, Datin?" soal Sarah setelah menutup pintu bilik Datin Hawa.

"Awak tak faham arahan saya?" Suara Datin Hawa yang kuat singgah di cuping telinga Sarah.

"Saya dah minta dia tunggu..."

Sebelum sempat Sarah habiskan ayatnya, Datin Hawa mencelah. "Selepas ni... You cakap dengan security, perempuan gedik macam Kira tu suruh tunggu di bawah. Faham?"

Sarah mengangguk perlahan. Sakit kepalanya memikirkan gelagat cucu dan nenek. Satu mengarahkannya agar meminta gadis-gadis gedik duduk menunggu di tingkat atas. Nenek pula meminta agar ditahan sahaja di bawah.

"Ya, Datin." Kepalanya yang sakit itu diurut perlahan. Mati dia begini. Setibanya dia di meja kerjanya, fail di tangannya dihempas di atas meja.

"Hai... marah nampak?" Soal Rasyid rakan sekerjanya.

"Gajah sama gajah bergaduh, aku ni mati kat tengah," luah Sarah. Mati? Serta merta nama Aina dan wajahnya menerpa ke kotak memori Sarah.

Sarah mengambil nafas yang panjang. Maafkan kakak, bebanan tugas buat kakak lupakan adik.

Dia teringat iklan yang dilihatnya semalam. Kelas seni mempertahankan diri. Jika dia ingin mencari pembunuh Aina, dia harus memantapkan lagi latihan bela diri yang pernah dia pelajari suatu ketika dahulu.

Balik kerja nanti dia mungkin akan singgah sebentar di sana. Rumah sewanya hanya beberapa minit sahaja jauhnya dari tempat kelas itu diadakan.

"Hoi!" jerkah Rasyid melihat Sarah tenggelam dalam khayalan. Setengah mati dia bertanya soalan, langsung tak dijawab.

"Apa ni?" Sarah menampar bahu Rasyid dengan sekeping fail. Terkejut dia dijerkah sebegitu.

"Aku tanya kau... malam ni... ha... kau..." Rasyid memarahi dirinya. Sebentar tadi laju sahaja dia menyoal. Gadis itu pula berkhayal. Kini bila gadis itu melihatnya dengan pandangan yang tajam, dia sudah terkedu. Lidahnya kelu pula!

Beautiful Killer - PublishedWhere stories live. Discover now