Seperti biasa, kaki Ariesya laju menapak ke perpustakaan untuk mencari bahan bacaan. Memang sudah menjadi rutin dia untuk menukar buku setiap kali buku pinjamannya sudah habis dibaca.
Tanpa disedarinya, ada seseorang yg kalut berjalan lalu terlanggar Ariesya.
"Auchh!"
"Aduh!"
Serentak mereka menjerit.
Habis buku mereka bersepah di lantai. Cliche,right?
"Sorry ii.."
Jejaka yg bermuka manis tersebut segera meminta maaf.
"Eh, tak apalah.."
Sebaik sahaja mereka selesai kutip buku yg jatuh, lelaki tersebut senyum lalu terus meninggalkan Ariesya.
"Terima kasih" lelaki itu hanya senyum membuatkan ariesya agak terpaku
Handsome nya..
Ariesya bermonolog sendiri lalu melihat kembali buku² di tangannya itu.
"Okay.. semua lengkap.. aik? Buku nota? Eh, jap! Mamat tadi tu punya dah la ni.." teka Ariesya.
Tanpa sebarang kata gadis itu laju buka buku tersebut untuk melihat isi di dalam.
"Ni macam buku aktiviti dia. Aniq Darwish.. Wahh, bagus betul.. Manfaatkan masa. Let's see petang ni dia buat apa."
Ariesya melihat jadual si empunya buku yg bernama Aniq tadi.
"Ouh, dia ada perjumpaan dengan kawan dia pukul 6 nnt. Maknanya aku ada lagi 45 minit nk hntar kat dia."
Ariesya melihat jam tangannya dulu lalu bergerak terus ke perpustakaan.
..........
Selepas mengembalikan buku² pinjaman, Ariesya laju pergi mencari buku lain di rak paling hujung.
"Mana novel yg marsya cakap haritu eh? Dia kata ada kat area sini.. eh eh! Jumpa punn." Dengan yakin ariesya cuba menjengket untuk mendapatkan buku tersebut.
Namun, ada seorang lelaki yg muncul dari belakang gadis tersebut dan mengambil buku itu lalu dia beri kepada Ariesya.
"Awak nk buku ni kan?" soal lelaki tersebut sambil menjongketkan sebelah keningnya.
"Ermm, haah. Thanks."
Lelaki tinggi yg segak bertopi biru gelap itu menghulurkan buku tadi kpdnya.
"Nah, lain kali klau tak smpai,
mintakla tolong sapa². Okey? Dah macam smurf saya tengok awak tadi. Comel." Begitu saja dia tebar pesona kepada ariesya lalu dia mengenyitkan matanya dan terus berlalu pergi."Sukahati dia je panggil aku smurf? Nasib comel."
Ariesya sekadar menjongketkan bahunya menandakan yg dia tidak ambil kisah kemudian baru lah dia duduk di bahagian bawah rak dan bersandar padanya untuk membaca.
"Tepi sikit." satu suara menyapa.
Ariesya melihat susuk tubuh yg berdiri di hadapannya.
"Asal? Ada bisul? Tak boleh nk bangun? Ke tak faham bahasa?" Terus saja lelaki tadi mencangkung dan memberi isyarat supaya ke tepi kepada Ariesya.
Ariesya dengan geramnya berkata.
"Eh, orang ada telinga lah! Tak reti nk mintak tepi elok² ke?"
Ariesya bingkas bangun meninggalkan lelaki tersebut dan duduk di tempat yg agak tersembunyi.
"Orang gila"
Baru sahaja dia mahu tenang dan tak lama kemudian, Ariesya mendengar alunan membaca al-quran dngan merdunya.
"Ni surah Al-Haqqah tak silap aku.." Ariesya lalu pergi mencari si empunya suara.
Dia melihat ada seorang lelaki yg sedang duduk di tepi tingkap smbil memegang al-quran kecil.
Ariesya pergi mendekati lelaki tersebut secara perlahan² dan menyorok di sekitar kawasan lelaki itu.
"Kau mengendap aku ke?"
Terkejut Ariesya bila ada satu suara menyapa dia.
"Lelaki tu. Macam mana dia boleh tau aku kat sini?" Ariesya tak bercakap banyak terus saja dia berlari drpdnya.
Manakala lelaki tersebut masih tidak berganjak dari tmpatnya dan tidak mengalihkan matanya sedikit pun dari kitab suci tersebut.
Ariesya kemudian terus bergerak ke kaunter pinjaman.
"Awak pinjam buku ni? Saya dah habis baca dah haritu. Best, dia mengisahkan pasal.."
Tak sempat lelaki yg menguruskan pinjaman itu berkata, Ariesya potong terlebih dahulu.
"Ooppp.. Jangan cerita! Biar saya baca sendiri."
Ariesya sengih ii dan lelaki itu hanya tersenyum lalu dia mengangguk tanda hormat keputusan gadis itu.
Selesai sahaja urusan meminjam, Ariesya pergi ke pintu untuk keluar dari perpustakaan.
Ariesya menolak pintu tersebut. Namun, tak berjaya. Ariesya berkali² mencuba agar dia dapat keluar dari perpustakaan tersebut.
"Aduhh, cepatlah pintu ni pun.. Aku nak bagi buku dekat orang ni." bising Ariesya sendirian.
Kemudian, ada seorang lelaki datang di sebelah nya dan menarik pintu lagi satu.
"Aku tertanya, macam mana kau boleh masuk universiti sedangkan push dngan pull pun kau tak boleh beza lagi?"
Sedas Ariesya dapat dari lelaki berkaca mata tersebut. Dengan muka tak bersalah, lelaki itu terus meninggalkan Ariesya.
Ariesya bingung lalu melihat semula pintu itu. Dilihatnya ada sekeping pelekat kecil yg tertulis 'pull' di situ. Tak semena² Ariesya menepuk dahinya sendiri.
"Heh, dah besar.. Tapi bodoh. Pergi masuk tadika balik."
Ariesya terus menoleh ke empunya suara.
'Ni mamat yg suruh aku ke tepi tadi. Eee.. Selamba badak dia je cop aku bodoh. Dasar mulut tak ada insurans!' Ariesya gerutu sendirian sambil memandang panas lelaki itu.
Malangnya lelaki tersebut buat tidak endah dan hanya menjeling padanya sewaktu keluar.
"Lagi sekali aku jumpa mmg aku kerat ii lidah kau aa.. Eh buku orang tu."
Terus sahaja Ariesya berlari ke tmpat perjumpaan yg tertulis pada buku nota tersebut.
............
Setibanya di sebuah kedai makan, Ariesya mencari kelibat lelaki yg dilanggarnya tadi.
"Mana eh, aniq.. aniq.. Ha tu dia! Aik?Kenapa ngan kawan² dia?"
Ariesya melihat kawan² lelaki tersebut hnya menundukkan kepala seakan² tidur kecuali si dia yg tunduk menghadap handphone.
Ariesya agak ragu pada awalnya namun memberanikan diri lalu bergerak ke meja lelaki itu dan berkata.
"Hai.. awak, ni buku awak kan?"
Lelaki itu pun mendongak kepalanya untuk melihat gerangan suara yg menyapa.
Lelaki tersebut senyum sinis melihat gadis itu.
"Datang pun kau Ariesya Sofea."
Dan ketika itu enam orng lelaki yg berada di sekelilingnya mengangkat kepala mereka.
"Eh! Orang lain?"
Ariesya tergamam.
YOU ARE READING
Love Dangers
General Fiction"Macam mana aku boleh terkait dngan diorang ni?!" -Ariesya Sofea Kisah seorang gadis yg secara tidak sngaja mencari pasal dngan sekumpulan pelajar lelaki atau lebih dikenali sebagai 'Dangers'. "Kau cari masalah dngan orng yg salah,budak!" -Zaim Hazr...