Ariesya termenung di meja makan sambil mengenang dua orng yg dijumpainya tempoh hari.
"Hey, dah smpai mana?" Hakim menegur dengan mengetuk pinggan gadis itu menggunakan sudu kuah.
"Auni rasa dah lepas Kanada tu." Auni menyampuk untuk usik kakaknya.
"Eh,aaa manade." Ariesya menidakkan dua beradik itu sebelum sambung menyuap makanan.
"Manade konon.. Eh tapi kan kak long,auni baru teringat. Akak takde nak buat buku baru ke?" Auni yg sedang mengambil cawan untuk minum terus menyoal sebaik sahaja teringat tentang kerja kakaknya.
"Cerita baru? Nnt kot kak long fikir lain,skang nak focus untuk amik lesen kaunselor je."
Gadis yg telah menerbitkan sebuah novel di Malaysia itu hanya menggelengkan kepalanya.
"Lah,tak cukup ke certificate as counselor yg kak long ada tu?" Soal Encik Khalil pula.
"Tak sure la pa,rasanya tak boleh sebab luar negara punya kan but tngok la camne nak try gak bincang nnt." Balas Ariesya yg dikenali sebagai seorang kaunselor di hospital sana.
"Tapi bagus la kak long,idola betul." Auni memuji sambil bergerak bangun dari meja makan.
"Hm? Knpa?" Soal pula puan Maria.
" Takdelah,dia bukan buat duit kat london tu je,kat malaysia pun dia dah terbit novel. Mana nak jumpa orng yg sesibuk dia kat hospital tapi still boleh manage nak reka idea untuk publish buku. Tamak betul kak long, salah satu je dah la." Gadis berkaca mata itu membasuh pinggan dan pamit naik.
Yg lain hanya tergelak melihat karenah si bongsu itu.
"Ouhh kak long je la? Pastu abang? " Hakim mengangkat keningnya ke arah gadis itu dari jauh.
Auni memusingkan badannya sebelum berkata.
"Abang tak cukup layak la jadi idola auni sorry not sorry. Baik auni gi siap dulu heh. Pa malam ni cam biasakan?"
"Yep." Encik Khalil hanya balas sepatah smbil mengangguk.
"Hah? Malam ni ada apa?" Soal pula Ariesya kebingungan.
"Setiap khamis malam,kita semua akan pergi masjid kat Taman Murni sana sebab ada ceramah lepas isyak." Puan Maria membalas.
"Ouh I see.." Gadis itu mengangguk perlahan.
"Tapi tulah,abang je selalu tak ikut. Terbakar gamaknya klau masuk surau." Auni dengan cengengnya menepuk bahu abangnya dari belakang.
"Dasar anak kutip. Kau tngok la nnt abang suruh lecturer gagalkan kau."
"Nyenyenye abang lupa ke auni ni budak dean setiap sem? MUAHAHA" Auni gelak besar sebelum menutup pintu biliknya.
"Haih salah target plak aku nak ngusik." Hakim mengeluh lalu sambung menyuap makanannya.
..............................
"Mana la papa dngan abang kamu berdua ni,orng semua pakat balik dah ha." Puan Maria yg elok bertelekung hanya menyandar di pintu kereta.
Ariesya yg sedang melihat sosial media hanya mengeluh perlahan sebelum mempelawa dirinya untuk mencari ayah dan Hakim.
"Ha cari cepat sikit kak,auni ngantuk dah ni." Auni yg sedang mencangkung hanya memejamkan matanya.
Ariesya terus berjalan laju pergi ke dalam surau tersebut.
'Nama je surau tapi besar macam nak sama ngan masjid dah ha.' Gadis itu mengomel sendiri sebelum terserempak dengan seseorang di laluan utama surau itu.

YOU ARE READING
Love Dangers
Ficção Geral"Macam mana aku boleh terkait dngan diorang ni?!" -Ariesya Sofea Kisah seorang gadis yg secara tidak sngaja mencari pasal dngan sekumpulan pelajar lelaki atau lebih dikenali sebagai 'Dangers'. "Kau cari masalah dngan orng yg salah,budak!" -Zaim Hazr...