Bab 61

128 17 8
                                    

"Weh mana baju aku? Cepat laaa" bising Khairul dari dalam tandas.

Khyrel yg sedang mengambil baju ward adiknya yg berada di atas katil terus menjawab.

"Tak sabar do kau ni, macam takde iman."

"Kau tak baik tau cakap kat aku centu, aku dah la sakit." Kata Khairul konon minta simpati.

"Ye lah tu, kau dah sedar dekat seminggu tau. Irsyad pun kata kau boleh discharge tak lama lagi. Nah amek, aku nak keluar jap hirup udara."

Khairul yg hanya berseluar pendek paras lutut bersama wayar air di tangannya terus mengambil baju yg dihulur itu.

"Kau cakap macam dalam ni takde udara."

"Mmg la ada tapi aku jadi allergic balik bila satu udara dngan kau ni."

Tak sempat Khairul menjawab, Khyrel laju meninggalkan adiknya.

Manakala yg lain hanya mampu melihat karenah dua beradik itu.

"Mula dah riuh depa." Kata Aril sambil menonton televisyen yg ada.

"Takpelah, janji Khyrel happy. Kalau tak hampir aje aku nak suruh dia buat appointment dngan Ariesya." Zaim yg sedang membuat kerja dari hospital hanya pasrah.

Sejak Khairul masuk hospital, Zaim jarang masuk pejabatnya kerana banyak buat kerja di bilik ward Khairul.

"Ouh ye la, member psychiatrist.." Azrief mengangguk lalu bangun sambil mengemas barang ii nya.

"Korang, aku masuk pejabat dulu tau. Dah nak habis waktu lunch ni."

Zaim dan Aril terus mendongak ke arah Azrief.

"Alah leklu, petang sikit masuk lah." Kata Zaim cuba menahan rakannya.

"Hotak kau la, kau ingat syarikat tu bapak kau punya?" Soal Azrief.

"Mmg la bukan bapak aku punya.. sebab tu syarikat aku sendiri.." jawab Zaim perlahan sebelum tersembur tawanya.

Azrief yg mendengar terus menepuk dahi. Lupa.

"Ish kau la ni, aku dah pening. Aku gerak dulu, ada dokumen nak kena sign." Azrief terus sahaja bergerak meninggalkan Zaim dan Aril yg sudah mengekek ketawa.

Khairul yg baru keluar dari bilik air terus menyoal rakannya itu.

"Eh, nak gi mana?"

"Balik pejabat, kau okay je kan? Apa ii roger tau." Azrief minta diri lalu keluar dari bilik ward tersebut meninggalkan yg lain.

Khairul hanya mengangguk lalu duduk kembali atas katilnya.

"Oi, layan la aku." Khairul menegur Aniq yg sedari tadi hanya berada dalam dunia sendiri.

Senyumannya pudar sebaik sahaja disergah begitu.

"Ya ii asal?" Soal jejaka itu.

"Kau la asal? Sengih sorang ii sambil tngok phone, ada girlfriend ehhh?" Soal Khairul.

Manakala Zaim dan Aril yg mendengar terus datang mendekat.

"Heh mengarut. Ni ha, kau tngok budak ni."

Aniq menunjuk phonenya kepada mereka.

"Knpa yg dia dm semua list barang dapur?" Soal Aril sambil scroll dm insta milik Aniq dngan seorang gadis yg tidak dikenali mereka.

"Bukan takat barang dapur, kekadang dia bagi list assignment dia, benda apa yg nak kena buat." Jawab Aniq sambil tersengih ii.

Pelbagai jenis dm yg dia dapat dari Aniqians. Dan salah satunya begini lah.

Love DangersWhere stories live. Discover now