Beep
"Ayah... kita nak pergi mana malam-malam ni? Tadi ayah kata nak balik rumah lepas beli mainan."
Kata si budak berumur 16 tahun itu kepada ayahnya yang sedang memandu kereta Vios. Walaupun umur dan wajah anaknya nampak matang, tapi perangainya masih keanak-anakkan disebabkan perilaku orang yang tidak bertanggungjawab.
Beep
Si ayah senyum dan mengerling anaknya yang duduk di sebelah. Cuba untuk melemparkan kasih sayang seorang bapa dan juga ibu. Sejak isterinya tinggalkan dia, dialah yang bersusah-payah membesarkan anak perempuannya itu. Dialah ayah, dialah ibu.
"Kita nak pergi jumpa nenek, nak?"
Beep
Si anak tersenyum lebar sambil menepuk tangan meluahkan rasa gembira bila mahu berjumpa dengan nenek, ibu kepada ayahnya.
"Nak! Nak! Hana nak!"
Beep
Si ayah tergelak dengan gelagat anak sulungnya. Walaupun pendirian anaknya itu tidak seperti remaja-remaja normal, dia tetap sayang gadis itu.
Dia mengalihkan tangan kirinya dari menyentuh stereng ke kepala Farhana yang dibaluti tudung untuk menutup aurat. Diusap kepala anaknya itu
Rindu dia pada isterinya memang bukan kepalang lagi. Sesak dada dia menahan rindu yang amat sangat. Kalaulah waktu boleh diundur, dia pasti akan bersama isterinya itu.
Beep
Tiba-tiba Farhana mengangkat kepala bila kereta yang dipandu ayahnya hilang kawalan dan ternampak cahaya putih di hadapan kereta. Matanya membulat.
"Ayah!!"
Beep
Kereta Vios itu terlanggar dengan penghadang jalan. Pemandunya terpaksa memusing stereng untuk mengelak terlanggar kereta yang bergerak bertentangan di hadapan. Lalu kereta dia pula yang terlanggar penghadang.
Ramai orang menghampiri dan menolong.
Tubuh langsing Farhana tercampak keluar kereta. Kepalanya mengalir darah pekat dengan lebat dan mata terkatup rapat.
Beep
Pemandunya pula terkepit antara stereng dan kerusi disebabkan langgaran kereta bahagian kanan pemandu lebih kuat berbanding sebelah kiri. Kepalanya tersandar atas stereng dengan darah yang mengalir di sekitar wajah.
Beeeeeeeeeep.......
"Doktor! Pesakit alami shock!"
YOU ARE READING
The Deaf Girl
NouvellesFarhan tidak senang duduk selagi dendamnya belum dibalas. Dia harus menegakkan keadilan keatas kematian ibu saudaranya. Fikir dia akan berdiam diri melihat ibu saudaranya menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan terseksa begitu? Semuanya b...