Love Scenario

917 22 0
                                    

Tanpa sengaja Lisa mendengar perbualan Papa dan Mamanya di ruang tamu, mereka membicarakan tentang perjodohan Lisa dengan anak rakan Papanya. Serasa langit runtuh ketika dia mendengar berita tersebut. Sepanjang malam Lisa menangis setelah mendengar khabar tersebut. 

"Abang tak ada pilihan Soora, ini je jalan untuk abang dapatkan dana untuk projek syarikat kita" En. Seunghyun memicit pelpis dahinya. Pn. Soora memandang hiba suaminya, kalau ikutkan hati dia tidak bersetuju dengan cadangan suaminya.

"Abng dengan Oh Siwon tu dah lama berkawan, dia nak bantu kita. Kalau boleh saya tak nak kecewakan niat mereka nak satukan anak kita"  Pn. soora hanya mengangguk faham akan dilema suaminya. Apa yang buat Pn.Soora risau adalah penerimaan Lisa dalam perjodohan tersebut.

Malam itu Lisa terlelap dangan tangisannya, dia bangun lalu membuka tirai yang menutup tingkap biliknya, membiarkan seberkas cahaya masuk menyinari ruangan tersebut. Lisa bersiap-siap untuk ke Universiti dan tahun ini merupakan semester terakhir dia berada disitu, dan Lisa berjanji akan buat yang terbaik.

Setelah bersiap Lisa turun untuk bersarapan dengan keluarganya, dbawah Papa, Mama, abang Suho dan Abang Yoongi tengah makan bersama. Lisa terkejut melihat Yoongi yang sedang santai melahap bihun goreng.

"Pagi Princess, come join us" bersemangat betul Mama Lisa memasak hari ini, soalnya anak lelaki mereka Yoongi yang tinggal dibusan hari ini balik.

"Bila abang Yoongi sampai?" Lisa melabuhkan punggungnya duduk disebelah Mamanya. Lisa mengambil roti bakar lalu disapu Jam strawberi.

"Malam tadi, minta cuti sekejap, sahaja nak luang masa dengan keluarga" jawab Yoongi bersahaja. Yoongi menuangkan teh panas kedalam cawanya lalu dihirup pelan.

Lisa tak yakin dengan jawaban abangnya. Luangkan masa? heol~ abangnya itu kaki kerja, kalau tak ada urusan penting dia tak akan balik rumah. Tapi Lisa tak mahu panjang cerita, dianggukan sahaja alasan abangnya.

"Sayang kenapa muka nampak muram jer, ada masalah ke?" tanya Papa Lisa. Lisa hanya melontarkan senyum malas ke Papanya, tak mungkin dia mahu jujur yang semalaman dia menangis.

"No lah Pa, I'm just tired. Lately ni, banyak sangat assigment" bohong Lisa. Kopi yang ditangan dihirup cepat.

"Okay I need to go, love you all. Bye..." Lisa terus mengambil begnya lalu pergi.

Meskipun Lisa datang dari keluarga terhormat, tetap sahaja Lisa memilih untuk menaiki subway, cepat dan tak akan terjebak dalam jam.Disini dia bertemu dengan sang kekasih hati Kwon Jungkook, yang menyelamatkannya dari lelaki miang.

Sejak itu Jungkook sentiasa mengekori Lisa, dan sialnya mereka satu universiti, Kyunghee University. Bukan Lisa tak berterima kasih cuma sahaja Jungkook sedikit menjengkelkan dan agak suka memaksa. Lisa yang awalnya rimas mula terbiasa dan akhirnya mereka menjalin hubungan selama setahun. Lisa terpesona dengan kesungguhan Jungkook padanya, bagi Lisa jungkook itu pandai merayu, mulutnya manis, asam jawa pun terasa coklat bila dia berkata-kata.

Tetapi kini segalanya seakan hancur, bila Lisa tersedar yang dunia bukan kisah dongeng. Lisa perlu menerima perjodohan tersebut, walaupun Papa belum memberitahunya, Lisa tahu dia tak ada pilihan, Mama dan Papa dah besarkan Lisa dengan kasih sayang, tak akan Lisa sanggup buang keluarganya demi cinta. Lisa mengeluh panjang sebelum diberitahu destinasinya telah sampai. 

Tiba-tiba bahunya dirangkul dari tepi, menyebabkan Lisa menoleh kekanan. Dilihatnya, Jungkook tersenyum lebar menampakan gigi arnabnya.

"Lisayang...pagi" dicium pucuk kepala Lisa pelan.

"Pergh yang bercinta, pagi-pagi lagi dah sayang-sayang" Taehyung mencibik melihat tingkah Jungkook. Lisa terkekkeh pelan.

"Itu sebabnya, carilah satu awek, ni tak habis-habis ke klub malam" sindir Jungkook.

"Sayang, jom nanti lambat masuk kelas". Lisa tersenyum mendengar panggilan manja kekasihnya. Oh, tuhan bagaimana dia perlu memberitahu Jungkook tentang hal ini. Tak sanggup rasanya untk berpisah . Semoga ada jalan penyelesaaian.

Happen Ending (Lizkook) Malay FfWhere stories live. Discover now