Unspoken Words

232 19 0
                                    

Hari yang ditunggu oleh kedua belah keluarga akhirnya tiba. Inilah saatnya Lisa bakal bertemu dengan bakal suaminya. Gemuruh tentu, tapi Lisa cuba tenangkan diri, dia harap Sehun orang yang mudah dibawa bincang.

"Cantiknya anak Mama" Pn. Soora memutar-mutar badan Lisa. Gembira melihat anaknya yang sudah siap berdandan untuk majlis hari ini.

Baju dress hitam paras lutut benar-benar membuat Lisa seperti seorang Puteri dari cerita dongeng. Sesiapa pun yang melihatnya pasti memuji kecantikannya.

"Sayang, jom semua dah tunggu kat bawah, tak manis lambat-lambat sambut tetamu, Sehun pun dah sampai" Pn

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang, jom semua dah tunggu kat bawah, tak manis lambat-lambat sambut tetamu, Sehun pun dah sampai" Pn. Soora memegang bahu Lisa. Lisa tersenyum tipis, dia mengambil nafas perlahan.
-
-
-
-
Pagi tadi sehun telah habis berbincang dgn Tuan Oh. Beberapakali juga Tuan oh memastikan keputusan Sehun. Yang peliknya bukan Tuan Oh ke yang beria nak jodohkan Sehun, ini masih juga bertanya meminta kepastian.

Tuan Oh hanya tak mahu Sehun menikah kerana desakan mereka, tapi melihat dari kata putus Sehun, dia benar2 tidak ada masalah, dia mnerima dengan ikhlas. Soal cinta, rasanya lebih manis kalau bercinta selepas kawin.

Sehun akhirnya tiba dikediaman keluarga  Choi, terdapat beberapa buah kereta lain yang sudah terparkir disitu. Sehun tahu yang hari ini bukan sekadar makan2 antara dua buah keluarga melainkan majlis pertunangan dia dan gadis itu Lali, Lili.. Ah, Lisa! Terkutuklah sehun dan ingatannya tentang nama. 😅

Setibanya disitu, Sehun menyapa tetamu yang ada, sekadar bersalaman  serta senyuman kecil diberikan. Biasalah, orang bisnes mesti kena ramah dan pandai menarik hati.

"Sampai juga menantu Papa" ditepuknya bahu Sehun.

"Oh, Tuan Choi, apa khabar?" Sehun yang trkejut pun terus menanyakan khabar bakal bapa mentuanya.

"Sehun tak perlu formal sangat, panggil je Papa. Tak begitu Tuan Oh" Tuan Oh yang mendengar perkataan En. Choi pun tergelak sama. Sehun hanya mengangguk kekok.

"Mana Lisa tak sabar saya nak tgok bakal menantu" Pn. Liu cuba mencari kelibat Lisa.

"Masih bersiap sekejap lagi turun, Ha tu pun dia" terlihat Lisa dan Pn. Soora yang sedang turun tangga.

Sehun ikut menoleh kearah yang ditunjukan oleh En. Choi. Dilihatnya seorang gadis, memakai baju dress hitam, rambut ya diikat kemas, makeupnya sederhana tetapi menyerlah, bagi Sehun gadis ini benar-benar cantik.

"Hadirin, boleh la kita mulakan majlis  pertunangan anak saya, Lalisa dan juga Oh Sehun. Setelah majlis selesai boleh lah jemput makan" kata Papa Lisa lantang.

Lisa yang mendengar terus membulatkan matanya. Setahu dia hari ini cuma makan-makan keluarga sahaja.

"Ma, kata makan-makan family sahaja. Kenapa pula majlis tunang?" Lisa berbisik pada Pn. Soora meminta penjelasan.

"Apa salahnya, sekali buat majlis senang, tak payah banyak kali" Lisa yang mendengarkan perkataan itu pun hanya mampu diam.

"Dengan ini saya minta nak Oh Sehun ke depan, kita mulakan acara tukar cincin" Papa Lisa menjemput Oh Sehun ke depan.

Lisa melihat kearah lelaki yang segak bertuxedo hitam. Segak, tinggi, kulitnya putih susu, matanya bak helang. Wajah serius terpampang menandakan sang lelaki seorang yang  sedikit tegas dan dingin. Sedikit senyum dilontarkan Sehun kearah keluarganya.

Berbeza dengan Jungkook yang kelihatan masih remaja. Oh Sehun sememangnya berpenampilan layaknya lelaki dewasa.

Tapi Lisa mahunya Jungkook 😭bukan Sehun. Mengertilah!

Lisa masih dengan wajah datarnya, tidak seperti orang yang akan bertunangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lisa masih dengan wajah datarnya, tidak seperti orang yang akan bertunangan.

Saat pertukaran cincin Sehun dapat merasakan betapa sejuknya tangan Lisa ketika ia pegang. Wajah cantik itu pun kelihatan sunggul sahaja. Heran Sehun apa Lisa tak bersetuju dengan pertunangan ini?

Setelah cincin ditukar, para hadirin semua menjamu selera, begitu juga keluarga Lisa. Terlihat begitu mesra Papa dan Mama Lisa melayan keluarga Tuan Oh.

Tak dinafikan keluarga Oh memang ramah dan mudah mesra. Lisa juga merasa selesa bila berbual dengan mereka. Baru Lisa tahu sehun tu anak tunggal. Tak macam Lisa yang mempuyai dua abang.

Terlihat Abang Suho dan Abng Yoongi serta beberapa rakan mereka berbual-bual dengan Sehun, sesekali ternampak gelak tawa mereka. Orang Bisnes katakan.

Disitu juga Lisa dapat mengenali Jennie isteri kepada Kai merangkap sepupu rapat Sehun. Mereka tinggal di New Zealand, walau jauh Kai dan Jennie sanggup datang ke majlis Sehun.

Lisa benar-benar kagum dan selesa ketika saling bertukar cerita dengan Jennie. Jennie memang manis, Lisa merasa rapat walaupun baru bertemu. Kak Jisoo dan Kak Jenna juga turut serta dalam perbualan tersebut.

Lisa masih mencari kelibat rakan karibnya Rosé atau nama lahirnya Chaeyong. Majlis sudah sejam berjalan batang hidung Chaeng masih belum nampak.

Tiba-tiba lengannya dirangkul dari tepi, terlihat seorang gadis tersenyum manis.

"Tahniah Lisa, dah jadi tunang orang. I'm so sorry baru sampai tak sempat nk tgok acara tukar cincin. Ni semua salah Jacksonnnn" celoteh Chaeng rakan karibnya. Lisa terus merangkul erat rakannya.

"Hei Lisa, are you okay?" Lisa masih setia memeluk Chaeng, emosinya tiba-tiba sebak.

"Lisa semuanya akan baik sahaja. Aku mungkin tak akan faham, sbb aku tak ada diposisi kau. Tapi aku akan slalu ada untuk kau." Chaeng cuba menenangkan Lisa, Jackson hanya melihat dua wanita tersebut saling berpelukan.

Lisa mengusap sedikit air mata yang turun. Dia mangambil nafas sedalamnya, cuba menenangkan perasaanya.

" Thanks Chaeng, sorry teremosi pula. Thank you sebb datang. Eh, makan lah Chaeng ajak Jackson sekali." Chaeng pun menarik lengan Jackson, dia tahu Lisa ingin sendiri. Walau banyak hendak dicerita, tapi tak menagapalah esok masih ada.

Lisa berjalan menuju swimming pool diluar. Sengaja ingin mencari udara, serasa sesak didalam, untuk sentiasa tersenyum sedangkan dirinya bersedih. Sedang apa Jungkook sekarang? Rindu tiba-tiba meyerbu.

"Gadis cantik macam you ni tak elok rasanya kena udara malam, takut masuk angin pula" Lisa menoleh ke belakang cuba mencari tahu sang empunya suara.

To be continue....

*Vote Juseyo🙏 comment pun boleh.   Tak susah pun, please support author😉

A/n: I have a lot of ideas and still thinking what kind of ending I want. But of course Jungkook and Lisa will be together. Author akan pastikan🤧

Ingatkan nak abis kan cepat tapi hmmm rupanya masih panjang lagi.

Happen Ending (Lizkook) Malay FfWhere stories live. Discover now