Hard To Love

240 30 5
                                    

Setelah berjumpa Jungkook, Lisa menjadi lebih sedikit tenang, akhirnya Lisa berterus terang tentang dirinya yang dijodohkan dan juga tentang kebimbangannya tentang internship Jungkook.

Akhirnya, segala kesalafahaman antara dia dan Jungkook dapat dileraikan. Walaupun pada mulanya Jungkook agak sedikit marah dan kecewa, setelah Lisa jelaskan bahwa dia hanya menuruti kehendak keluarganya, Jungkook cuba untuk menerima.

"Lisa saya tak akan berhenti mencintai awak, berjanjilah dengan saya bahawa hati awak adalah milik saya selamanya. Meski awak akan berkahwin dengan orang lain, berjanjilah awak tak akan pernah berubah" Lisa yang telah siap mandi dan sedang berbaring di katilnya, tiba-tiba teringat kata-kata Jungkook.

Lisa harap dia dapat terus berpegang pada janjinya, biar raga tak bersama tetapi cinta tetap membara dijiwa.
-
-
-
-
-
-
Keheningan pagi Lisa di ganggu oleh Bunyi celoteh Mama ya, yang mengarahkan para pembantunya membersihkan rumah. Bunyi vacuum, Bunyi orang mengangkat perabot begitu kuat kedengaraan.

Lisa yang kebetulan hari ni tak ada apa nak buat, memutuskan untuk bangun lambat. Telinganya ditekup menggunakan batal, Lisa ingin terlelap lebih lama. Tetapi....

"Lisa, sayang bangun nak... Ya Tuhan dah jam 10 ni, kenapa masih berbungkus? Lisa bangun.." Pn. Soora mengoncang badan Lisa perlahan, anak bungsunya memang liat jika disuruh bangun pagi. Hai lah dah nak kawin pun masih macam ini, macam mana esok suami dia,fiikir Pn. Soora.

Lisa yang mendengar suara Mamanya , membuka sedikit matanya.

" Apa Ma, pagi lagi ni. Ala, bagi la Lisa bangun lambat hari ini" Lisa sambung menutup matanya.

"Eh, tak ada.. Tak ada. Bangun sekarang, ikut Mama shopping baju untuk esok, esok dah Ahad" kata Mama Lisa yang masih gigih menarik Lisa untuk bangun.

Akhirnya Lisa bangun dan duduk diatas katilnya.

"Ma, ajak la siapa-siapa kak Jisoo ke. Mak cik seojung ke. Lisa penat la" Mama Lisa menghela nafas berat, barang kali Lisa lupa esok ada majlis penting.

"Sayang, tak ingat esok ada apa? Mama nk la anak Mama nampak cantik esok, hmmm... Jom kita pegi butik aunty chaerin, Mama dah pesan baju untuk Lisa pakai esok" Pn. Soora mengeluh lembut rambut Lisa.

"Esok? Majlis? Lisa tak tahu pun?" Lisa membulatkan matanya, majlis apa pulak ni, fikir Lisa.

"La, kan Papa bagi tahu esok keluarga Oh nak datang, kita buat makan-makan" Pn. Soora cuba jelaskan.

Lisa hanya mengangguk faham, lalu terus ke bilik air untuk mandi dan bersiap.

Setelah bersiap, Lisa turun mendapatkan Mamanya yang sedang enak bersarapan. Dilihat terdapat nasi lemak dan juga beberapa kuih tempatan.

"Wah sedapnya, siapa masak Ma nasi lemak ni?" tanya Lisa, tangannya ligat menyedok nasi.

"Mak cik Nam kau, Mama tak masak hari ini.." kata Pn. Soora. Lisa hanya mengangguk faham.

Setelah habis bersarapan Pn. Soora dan Lisa menaiki kereta yang dipandu oleh pemandu mereka Pak Jaesuk. Yu Jaesuk atau di panggil pak Jae sudah lama bekerja untuk keluarga Choi.

Akhirnya mereka sampai dibutik Aunty Chaerin, Mamanya Chaeyong, nama Peaceminusone tertera di depan kedai.

"Hello sayang, Lisa lama aunty tak nampak, jarang dah ya main rumah aunty" Aunty Chaerin memeluk Lisa mesra.

"Busy aunty, tak sempat nak singah" Lisa memeluk kembali aunty Chaerin.

"Macam tu la Chaerin, budak-budak ni kalau dah besar, ada je aktivitinya" Pn. Soora ikut memeluk sahabatnya.

Setelah berbual agak lama, Pn. Chaerin akhirnya menunjukkan baju rekaan khas untuk di pakai Lisa esok.
Setelah Lisa cuba dan baju tersebut betul-betul muat, baru lah mereka berpamitan.

"Chaerin kami balik dulu lah ya, banyak lagi nk dibuat untuk majlis esok. Jangan lupa datang bawa Chaeng skali. Esok kawan-kawan Papa Lisa pun datang sama." Pn. Chaerin mengganguk keyika mendengar jemputan dari Pn. Soora.

Didalam kereta Lisa sudah termenung, pelbagai fikirkan datang. Dia buntu, takut, resah semua ada, apalah yang akan terjadi esok. Dia pasrah biar sahaja takdir menetukan hala hidupnya.

Pn. Soora dapat merasakan yang Lisa tak berapa setuju dengan semua ini, tapi sebagai seorang ibu dia mahu yang terbaik untuk Lisa, dan Oh Sehun adalah jawabannya.

"Percaya pada Mama, Lisa akan jadi wanita paling bahagia" Lisa hanya menatap Mamanya yang tersenyum lembut.





A/N:OmG Lisa dan sehun bakal bertemu Agak2 apa reaksi dia orang eak... 😉 Jangan lupa tekan bintang tak susah pun kalau sudi komen lagi okay👌👍

Happen Ending (Lizkook) Malay FfWhere stories live. Discover now