Don't Know What To do

295 6 0
                                    

Setelah siap mencuci muka dan bersiap untuk tidur, tiba-tiba phone Lisa berbunyi. Di lihat skrinnya ternyata sang kekasih yang menelefon, My Moon💓 tertera di skrinnya.

"Lisayangggggg" terdengar suara Jungkook yang begitu bersemangat memanggil Lisa. Lisa sedikit menjauhkan teleponnya dari telinga, bingit telinganya mendengar jeritan kecil Jungkook.

"Gedik, nak apa?" Lisa cuba menahan tawa. Jungkook di seberang talian sudah memuncungkan bibirnya, berani Lisa mengata dia gedik.

"Rinduku begitu berat, Dilan betul rindu itu berat Lisa" Lisa terkekeh mendengar ayat yang dilontarkan Jungkook.

"Jadi biar aku saja, kalau rindu tu berat Jung" Jungkook tertawa pelan, ada sahaja jawaban Lisa.

"Memandangkan kesibukan kita sedikit berkurang esk kita jumpa ya, saya ada benda nk bagi tau" tanya Jungkook.

"Okay, kalau mcm itu kita jumpa tempat biasa Purple Heart Cafe?" Lisa member cadangan.

"Baiklah, mimpi indah sayang, mimpi kan aku" gombal Jungkook, Lisa tersenyum lebar yang tentunya tak di lihat Jungkook.

"Night Jung" telepon dimatikan, Lisa harap pertemuan esok akan baik2 sahaja.
-
-
-
-
-
Lisa bersiap-siap dengan cantik untuk bertemu kekasihnya, Lisa pastikan yang dia kelihatan menarik hari ini.
Demi apa pun Lisa rindu pada Jungkook, tapi hatinya gusar. Dia gelisah untuk bertemu Jungkook, kerana dia tahu mungkin ini yang terakhir mereka berjumpa sebagai kekasih.

Flashback

Setelah Lisa mematikan telepon, tiba2 phonenya bergetar kembali. Lisa terus mengangkat mengingatkan mungkin Jungkook menelefon skali lagi.

"Yah Jungkook, esok kita-"

"Kak Lisa..." Terdengar suara perempuan diseberang, dilihat kembali skrinnya ternyata Kwon Yuqi yang bercakap adik kepada Jungkook.

"Yuqi? Ada apa?" tanya Lisa.

"Kak Lisa, boleh Yuqi minta tolong?"

"Katakanlah mungkin akak boleh tolong"

"Tolong pujuk Abang Jungkook terima tawaran internship kat Jepun tu, dia degil kak, penat oma dengan appa nasihat" Yuqi mengehela nafas berat. Lisa seakan menahan nafas ketika mendengar perkara tersebut.

"Tawaran intern? Jungkook tak cerita apa pun kat akak" Lisa seakan binggung kerana setahu dia Jungkook tak menceritakan apa pun soal internship di Jepun.

"Macam ni kak, akak janji tau jgn cakap apa pun kat abang. Dia dapat tawaran internship kat satu company editing di Jepun, company tu kawan appa yang punya. Tapi dia tak nak sbb tak nak jauh dgn akak katanya, so appa berang la. Ini tawaran terbaik untuk dia kak." Yuqi bersungguh menjelaskan semuanya ke Lisa.

Lisa begitu trkejut mendengar cerita Yuqi, Jungkook sanggup menolak tawaran tersebut demi dia, sedangkan dlam masa beberapa bulan lagi dia akan berkahwin dengan orang lain. Ini bagaikan satu tamparan buatnya.

"Kak Lisa, Yuqi tahu akak sayang dia tapi demi masa depan abang akak pujuk lah dia ya, appa kata ada kemungkinan abang boleh diserap terus masuk dalam syarikat tu. Abang lah harapan keluarga ini" lanjut Yuqi.

"Ke-kenapa kalau kat sini tak boleh ke? Lagi pun intern sahaja." Lisa bunyi seperti pentingkan diri ketika ini.

"Ya, tapi appa dah terlajur minta tolong kawan dia, akak tak tahu ke yang sebenarnya abang tak dpt tmpat utk intern lagi? Kalau ujung bulan ni still tak dapat tmpat intern abang kena repeat tau" jelas Yuqi bersungguh.

Lisa seperti tak percaya, dia mati2 ingat Jungkook sudah dapat tmpat intern. Lisa mengehela nafas berat, kalau ini yang terbaik utk Jungkook, sudah saatnya dia lepas kan Jungkook.

"Baiklah akak cuba " akhirnya Lisa bersetuju.

"Terima kasih kak" Yuqi mengakhiri perbualan mereka.

Flashback off

Lisa masih termenung di depan cermin, air mata mengalir tanpa sedar. Mengapa begitu sulit cuma untuk bersama orang yang kita cinta.

Melihat jam di dinding Lisa bergerak utk pergi, tapi melihat orang tua Lisa di meja makan, Lisa mengambil kputusan untuk meminta membatalkan perjodohannya.

"Selamat pagi Papa, Mama"

"Pagi sayang, meh duduk makan skali Mama buat nasi goreng Kimchi hari ini" walaupun dirumah ada 2 orang pembantu Mama Lisa mememang gemar me masak sendiri untuk keluarganya.

Lisa mengangguk seblum menarik kerusi dan duduk di sebelah kiri ayahnya , yang duduk ditengah meja makan, dihadapannya Mama Lisa yang sibuk mencedok nasi goreng untuknya.

"Pa Ma, Lisa ada benda penting nak cakap" Lisa memerhatikan reaksi kedua orang tua ya. Ayah Lisa yang asyik membaca surat khabar terus melihat Lisa.

"Ya sayang Lisa nk cakap apa?" tanya Pn. Choi lembut.

"Lisa tak nak kawin, Lisa takut Ma, Lisa muda lagi perjalanan panjang lagi. Ada banyak hal Lisa nak capai, izinkan Lisa berkahwin dengan orang yang Lisa cinta" Lisa betul-betul takut.

"Kenapa, sekarang ni Lisa dah ada seseorang ke?" tanya Papa Lisa datar, sambil menghirup kopi hitamnya.

Lisa yang melihat reaksi Papanya yang dingin itu mula berpikir adakah dia perlu jujur.

"Sayang Mama faham, Lisa anak baik, Mama dengan Papa nak yang terbaik untuk Lisa" ada bunga bahagia mendengar jawaban Mamanya, adakah Mama bersetuju dengan penolakan Lisa?






Happen Ending (Lizkook) Malay FfWhere stories live. Discover now