Ending Scene

272 8 0
                                    

"Lisa perkahwinan ni bukan setakat hubungan bisnes, melainkan mengikat hubungan pershabatan menjadi keluarga. Lagi pun keluarga Oh tu baik-baik, jadi Papa percaya Sehun adalah pilihan yang tepat." Papa Lisa begitu tegas bersuara.

"Mama percaya Lisa tak akan hampakan kami, Lisa anak baik, inilah yang terbaik  yang kami buat untuk Lisa" Lisa rasa ingin menangis sekuatnya ketika ini. Disangkanya Mama akan brsetuju dengan penolakan Lisa ternyata Mama sama dgan Papa.

"Pa Ma Lisa pergi dulu, ada janji dengan kawan" dengan wajah menahan tangis Lisa berangkat pergi.
-
-
-
-
-
-
-
Di cafe Jungkook telah sampai dahulu,   dia telah siap-siap memesan minuman kesukaan Lisa, Chocolate Iced. Dilihatnya pintu cafe, Lisa masih belum muncul, untuk menghilangkan bosan Jungkook bermain PUBG di handphonenya.

"Lama tunggu?" Terdengar suara lembut seorang perempuan. Jungkook mendongak, ternyata Lisa telah sampai, senyumnya merekah melihat Lisa.

Lisa mengambil tempat dikerusi hadapan Jungkook, lalu mengambil minuman yang telah tersedia diatas meja, disedutnya perlahan minuman tersebut.

"My Fav, tq Jung, tahu je saya haus" kata Lisa sambil tersenyum.

Jungkook meletakan telefonnya diatas meja, diperhatinya Lisa. Akhirnya rindunya tuntas setelah melihat wajah sang kekasih. Lisanya manis memakai dress biru lembut selutut.

"Awak manis Lisa, semanis Banana Milk kesukaan saya" Lisa terkekeh pelan mendengar pujian Jungkook. Mungkin pujian ini akan bertukar dengan kata makian jika Jungkook tahu apa yang akan dikata Lisa padanya.

"Jungkook saya tak boleh lama disini."  Lisa terlihat gelisah, sebaiknya dia perlu cepat memberitahu kputusannya, seblum berlama disini melihat Jungkook, lalu mengubah keputusannya.

"Memang awak ada janji lain ke?" Jungkook menautkan kedua keningnya heran.

"Pernah tak awak dengar orang cakap yang duit tak boleh beli segalanya?" Lisa menatap mata Jungkook yang kelihatan bingung.

"Yup pernah terus kaitannya?" seakan   tak faham arah perbincangan mereka Jungkook bertanya.

Lisa menghirup kembali air coklatnya, cuba menelan kegugupan yang singgah, tangannya pun mula berpeluh. Dia takut akan reaksi Jungkook pada ucapannya nanti.

"Tapi Jung semua dari kita tahu, segalanya dalam dunia ini perlukan duit" kata Lisa. Jungkook cuba memahami kata2 Lisa, tapi dia tetap tak faham.

"Saya perempuan yang dilimpahi harta Jungkook, saya dibesarkan dengan kemewahan, untuk berfikir hidup susah pun saya ngeri, jadi saya minta sampai sini sahaja hubungan kita Jung" Lisa menghela nafas berat, wajahnya cuba di buat bersahaja.

"Saya yakin awak tak mampu menjaga saya. Bila difikir balik buang masa kalau diteruskan hubungan ini. Selama kita bercinta, pernah awak bagi hadiah mewah kat saya, tak kan? Paling pun sepotong puisi, tak pun sekadar lagu ciptaan awak, jangan risau Euphoria lagu yang bagus" lanjut Lisa.

Bagaikan halilintar, Jungkook trkejut mendengar kenyataan Lisa. Apa? Putus katanya? Apa Lisa gila? Atau mungkin mabuk? Fikir Jungkook.

Selama ini Lisa tak pernah ada masalah, malahan dia menangis ketika Jungkook menghadiahkan lagu ciptaanya dihari ulang tahun Lisa.

"Kalau ni semacam prank Lisa, ini tak lawak. Tak kelakar Lalisa Choi" sedikit tinggi suara Jungkook. Tangan Lisa mengepal erat, dia mula gugup, tapi dikuatkan juga hatinya.

"Tak ini tak lawak Kwon Jungkook ini kenyataan, mungkin awak lupa, saya terima awak sebb saya kesian. Kesian dengan awak yang terlalu mencuba cari perhatian saya" Jungkook melihat Lisa tajam cuba mencari kebohongan dari katanya tapi wajah Lisa tetap sama.

"Nak tahu apa kaitan kata-kata saya tadi, saya dengan awak tu bagai langit dengan bumi. Kita tu tak setaraf Jungkook, memandangkan kita dah tamat blajar dan kita masing2 boleh ambil jalan sendiri, tiba masanya kita berpisah." Jungkook mencengkam wajah Lisa kuat, dia tak peduli sama ada mereka dilihat orang sekelilingnya, hatinya mendidih mendengar tutur Lisa soal taraf mereka.

" Jadi kau nak kata selama ni kau tak pernah cinta kan aku, kau cuma terima aku sebab kasihan sahaja?" tanya Jungkook perlahan tetapi suaranya sedikit ditekan, seakan menahan amarah. Hilang kata sayang, kata saya awak, kini diganti kau aku.

Lisa menarik tangan Jungkook dari wajahnya. Air matanya cuba ditahan, Jungkook itu sedikit posesif dan memaksa, kalau Lisa tak setuju dengan apa yang dia suka mula la Jungkook akan menggunakan pelbagai cara supaya Lisa menurut.

Tapi dia bukan lah lelaki kasar. Cengkaman tadi adalah pertama kali Jungkook lakukan ke Lisa, ini bermakna Jungkook benar2 marah.

"Saya katakan skali lagi sebagai peringatan Jung, bapa awak tu cuma Supervisor kilang, sedangkan bapa saya pemilik syarikat besar Jungkook, awak ingat ni drama akasia tv3 ke? Terima lah kenyataan untuk setakat duduk satu meja dengan saya pun tak layak. Dan oma awak pun blajar setakat SPM, lain la Mama saya lulusan dari Seoul Universiti, dan awak-"

" LALISA CHOI, hentikan ucapan kau, aku tak kisah kau nak herdik aku tapi bukan mak bapak aku. Ku peringatkan Lisa hentikan sekarang" Jungkook menatap Lisa tajam seakan tatapan tersebut mampu membunuh.

"Okay, saya rasa awak cukup faham Jung, lalu berhentilah mencari saya, berhenti hubungi saya, selepas ini kita ibarat orang asing sahaja. Ingat itu!" Lisa bangun dan terus beredar. Jungkook masih duduk cuba mencerna segala yang terjadi.

Jungkook tak habis fikir, seharusnya hari ini adalah hari dimana dia dan Lisa melepas rindu, tetap apa? Yang ada dia dan Lisa putus.

Sanggup Lisa menghina keluarganya, ini bukan Lisa yang dia kenal. Lisa itu bebeza Jungkook yakin pasti ada sesuatu. Tak apa nanti Jungkook akan pastikan lagi, dia akan cari tahu.

Lisa terus berlari ke dalam keretanya, tangisnya pecah didalam kereta.
Segala hinaannya terhadap Jungkook seakan merobek hatinya. Cintanya tulus, dia tak pernah berpura. Mengapa dunia kejam pada mereka yang bercinta?




Happen Ending (Lizkook) Malay FfWhere stories live. Discover now