🌹Putra-putri Rasulullah🌹

757 55 0
                                    

1. Al-Qasim
Al-Qasim lahir sebelum Nabi Muhammad ﷺ diangkat menjadi Nabi.  Ia meninggal dunia ketika berumur 2 tahun , sebelum kenabian Baginda.

2. Abdullah, dipanggil ath-thayyib dan ath-thahir
Dia lahir setelah Nabi Muhammad ﷺ  diangkat menjadi Nabi. Ada yang mengatakan dia tidak mengalami masa kenabian ayahnya.  Ada pula yang mengatakan dia bernama ath-thayyib bukan ath-thahir.

3. Ibrahim
Ibrahim dilahirkan di Madinah oleh ibunya Mariyah al-Qibthiyyah. Umur Ibrahim tidak panjang,  ia meninggal dunia ketika masih kecil.

4. Zainab
Dialah anak perempuan sulung Nabi Muhammad ﷺ . Menikah dengan ibnu al-ash bin ar-rabi' setelah pemuda tersebut memeluk islam. Zainab melahirkan anak lelaki bernama Ali yang kemudian meninggal ketika masik anak-anak.  Zainab kemudian melahirkan lagi seorang anak perempuan bernama Amamah. Ketika masih anak-anak,  Amamah pernah digendong oleh Rasulullah ﷺ sambil mendirikan sholat. 

5. Ruqayyah
Dia salah satu anak perempuan Rasulullah ﷺ.  Menikah dengan Usman bin Affan dan melahirkan seorang anak lelaki bernama Abdullah. Ruqayyah meninggal dunia ketika Zaid bin Haritsah datang memberitahukan tentang kemenangan orang islam dalam Perang Badar.  Usman selepas itu menikah pula dengan adik perempuan Ruqayyah yaitu Ummi Kaltsum.

6. Ummi Kaltsum
Anak perempuan Rasulullah ﷺ yang meninggal dunia pada bulan Syaaban 9 H,  ketika masih bersama Usman bin Affan. Sebab itulah Usman dipanggil Zu an-Nurain (yang mempunyai dua cahaya yaitu dua anak Rasulullah ﷺ).

7. Fatimah az-zahra
Dia anak perempuan baginda yang menikah dengan Ali bin Abi Thalib dan melahirkan tiga anak lelaki : al-Hasan,  al-Husain dan Muhsin juga tiga anak perempuan: Ruqayyah, Zainab dan Ummi kaltsum. Muhsin meninggal ketika masik anak-anak dan Ruqayyah meninggal ketika masih remaja. Zainab menikah dengan Abdullah bin ja'far dan melahirkan anak lelaki bernama Ali. Akan tetapi,  tak lama kemudian dia meninggal dunia.  Ummi kaltsum menikah dengan Umar bin al-Khattab dan melahirkan anak lelaki bernama Zaid. 

Catatan:
Semua anak lelaki dan perempuan adalah hasil dari pernikahan Rasulullah ﷺ dengan Khadijah selama 15 tahun, kecuali ibrahim.
Semua anak perempuan Baginda hidup ketika Baginda masih menjadi Nabi dan mereka semua berhijrah ke Madinah.
Mereka semua wafat ketika Nabi Muhammad ﷺ masih hidup kecuali Fatimah,  dia meninggal selepas 7 bulan kewafatan Nabi.

Biografi Rasulullah ﷺTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang