Haziq rebah ke tanah apabila dipukul dengan kayu dari arah belakang.Seri yang berada di depan mata Haziq tercengang dengan perkara yang berlaku.Lelaki gemuk itu tidak berputus asa untuk mengambil Seri.
Seri semakin takut,tambahan lagi pabila tiada siapa yang dapat menyelamatkan dirinya.Dia tidak boleh menjerit,bergerak mahupon terbang akibat kecederaannya...
lagipula,dia tidak mahu kecohkan kewujudannya di alam manusia."sekarang ini hanya ada kau dan aku sahaja pari-pari"-kata lelaki gemuk itu.
Lelaki itu semakin lama,semakin berganjak ke arah Seri..
Haziq memegang kaki kanan lelaki itu bagi menghentikan lelaki itu...
"Dia milik aku...kau tak boleh ambil dia.."-kata Haziq dengan tereksak-esak
"Kau siapa? aku yang jumpe dia dulu"-kata lelaki itu
"bukan kau... tapi aku.."-jawab Haziq
"kau yang tak berdaya ni? pergi mati je lah.."-kata lelaki itu lalu menendang Haziq.
Haziq terpelanting ke belakang.
"Adakah ini penamatnya?"
"Adakah aku akan gagal sekali lagi?""Aku gagal..."
"Maafkan aku.."
"Lisa...."
Haziq bermonolog sendiri,pendengarannya kian pudar...penglihatannya semakin kabur
Tiba-tiba kedengaran panggilan yang memangil Haziq dari jauh...
"Haziq..."
"Haziqq....."
"bangkitlah..."
"Haziqq!!!!!"
Tangan lelaki itu mencapai Seri lalu dihentikan oleh Haziq dengan memegang tangannya..
"Aku dah kata dia aku punya!!"-Haziq menjerit
Dengan melulunya lelaki gemuk itu menumbuk ke arah Haziq.Haziq mengelak dan menepis serangan itu.
Haziq mempersiapkan kekudanya dengan rapi dan bersedia menerima serangan yang kedua..
Lelaki itu berlari dan menumbuk lagi dengan sekuat hati.
"Arghhhhhh rasa kan ni!!!"-jerit lelaki itu.
Apabila tangannya memasuki ke kawasan Haziq..Haziq mengelak dan menangkap tangan lelaki itu lalu membanting lelaki itu ke belakang.Haziq hanya memanipulasikan daya yang dihasilkan oleh lelaki gemuk itu..
Dia tidak mengunakan kekuatan dirinya sepenuhnya..
lelaki itu terhentak ke tanah dengan kuat
Semasa lelaki itu berada di tanah,dengan serta merta Haziq menumbuk-numbuk muka lelaki itu hingga dia tidak berdaya untuk bangun..
Darah mengalir-ngalir dari muka Haziq akibat daripada pukulan kayu lelaki itu.
"Haziq cukup...Seri dah selamat"-tegur Seri apabila melihat tindakkan Haziq yang tidak berhenti memukul lelaki itu.
Beberapa ketika Haziq berhenti dan melihat ke arah seri...
Seri dengan air matanya mengalir,sedih melihat apa yang terjadi..
Kemudian Haziq rebah semula,denyutan nadinya kian lemah...
Seri perlu buat sesuatu sebelum Haziq akan benar-benar mati akibat dari kehilangan banyak darah.Seri memikirkan sesuatu..
Sesuatu cara yang dapat menyelamatkan diri Haziq..dia sanggup mengadaikan Nyawanya sendiri.
Terlintas di fikirannya,tentang magis pemilikkan..magis yang membuka sepenuh kuasa yang dimiliki oleh pari-pari..Akan tetapi Magis ini akan memilih tuan...yang mana,segala magis ini dapat dilepaskan sekiranya diizikan oleh tuannya..
dan sekiranya Seri mengunakkan Magis ini..Haziq akan serta merta menjadi tuan kepada Seri..
Keadaan Haziq semakin kritikal.Seri tiada banyak masa lagi untuk dibazirkan.Dengan tanpa berfikir panjang Seri bergerak ke arah dada Haziq dan menggunakan Magis tersebut...
"Shoyū-sha!!!" Seri mengenakan magis
pemilikkan..Cahaya bersinar dikeliling Haziq dan Seri.Sayap Seri dengan sendirinya pulih,kakinya yang patah juga beransur baik..
Luka di muka Haziq kian memudar dan menghilang.Magis Seri berhasil..
Dengan segala kuasa yang berbaki pada Seri,dia mengunakan Magis tersebut pada Haziq..dan Seri pengsan akibat dari terlebih guna Magisnya...."Hiduplah Haziq...."
YOU ARE READING
cinta si pari
Romancekisah tentang pertemuan antara haziq dan seri di suatu lorong.pertemuan yang tidak disengajakan membawa mereka mengenali lebih rapat tentang diri masing-masing dan bakal menempuh cabaran dan halangan bersama. "tuan,siapakah gadis itu?"-tanya seri se...