Beberapa bulan selepas kejadian,Seri menetap di rumah Haziq secara tetap...dia melepaskan hasratnya untuk kembali ke alamnya kerana belom tiba masanya..
Buat masa ini dia ingin membalas jasa Haziq terhadap dirinya.Dia amat terhutang budi pada Haziq.Kini dia menjadi seperti pembantu rumah dengan mengemas rumah Haziq yang agak beselerak..
Akan tetapi dia tidak dapat memasak,bukan kerana dia tidak mahir dalam memasak,cuma dia tidak tahu cara masakan di alam manusia.Dia perlukan mentor yang boleh dia pelajari.
.
.
.Dia berfikir ingin belajar dengan tuan kepada apartment ini..tetapi dia juga tidak mahu kakak itu salah faham dengan hubungan Seri dan Haziq.Lebih-lebih apabila Seri merupakan Pari-pari.Seperti Haziq memberitahunya tempoh hari,kewujudan Seri di alam manusia patut dirahsiakan daripada maklumat manusia.
Lelaki gemuk yang tempoh hari juga telah di hilangkan ingatannya tentang Seri.
Jadi untuk sementara waktu Haziq seperti biasa akan makan diluar.....
"knock,knock"
bunyi ketukkan pintu terdengar..ketukan yang mempunyai ritma menandakan bahawa Haziq pulang dari kerja.
"Selamat pulang,tuan"
"Tuan nak air ke? atau nak makan? atau nak...."sudah menjadi rutin pabila Haziq pulang..
Seri akan berkata begini."cukuplah bertuan ngan Haziq..Haziq tak selesa"-balas Haziq dengan menghayunkan tangannya ke arah Seri.
"eh mana boleh,sudah termaktub dalam magis..tuan tak ingatkah?"-jawab Seri.
Haziq hanya memandang Seri sekali lalu bergerak ke sofa empuknya..
Seri pon terbang ke bahu Haziq
"Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"-tanya si Seri
"jom ikut aku"-kata Haziq.
Niat di hati Seri ingin menanyakan kemanakah Haziq ingin membawa dirinya..tapi dia hanya mendiamkan diri dan mengikut Haziq..
Mereka berdua masuk ke dalam Kereta lalu bergerak ke sebuah pasar raya yang terletak berdekatan dengan apartment Haziq.
Di dalam pasar raya mereka menuju ke suatu kedai yang menjual anak-anak patung yang berbagai saiz.Ada juga watak-watak anak patung pernah Seri tontoni di television turut muncuk di situ..
"tuan, tu bukan ke H*tsune m**u?"
"tuan,tuan itu itu, sawachika ***!!"Seri teruja melihat patung-patung tersebut
Terdetik di hati Seri"mengapa Haziq membawa Seri ke sini?"
lalu Haziq berkata kepada Seri
"pilihlah yang mana kamu nak,Seri" sambil mengukir senyuman di mukanya..jelas kelihatan hasrat Haziq untuk membelikan baju baru untuk Seri tercapai..
"Eh,tak apalah tuan,buay susah-susah ja.."-kata Seri
"tiada masalah pon,pergilah pilih..tapi pastikan jangan ada sesiapa nampak kau ya.."-Haziq berkata sambil memberi peringatan
lalu terbang la si pari-pari kecil itu mencari baju idaman..banyak untuk dipilih menjadi rambang apabila dilihat..
Tak lama kemudian Seri membawa baju kesukaanya.Baju blaus biru mmengikut ukuran Seri.Haziq mengambilnya dari Seri lalu membawanya..
Di rumah,Seri terus memakainya tanpa sempat berehat..
jelas riak di wajahnya,dia amat menyukai baju itu.
Hinggakan dia memakai baju itu pabila tidur..
keesokkannya,seperti rutin biasa Seri mengemas rumah Haziq...
Tiba di suatu bilik berkunci..Seri ingin membukanya tetapi gagal..dia teringat bahawa Haziq sudah melarang dirinya untuk memasuki bilik itu...
lalu dia begerak membersihkan bahagian lain di rumah itu....
"kenapa bilik itu berkunci ya?kenapa Haziq melarang untuk Seri masuk kedalam?"..
YOU ARE READING
cinta si pari
Romancekisah tentang pertemuan antara haziq dan seri di suatu lorong.pertemuan yang tidak disengajakan membawa mereka mengenali lebih rapat tentang diri masing-masing dan bakal menempuh cabaran dan halangan bersama. "tuan,siapakah gadis itu?"-tanya seri se...