chapter 6 - penipuan

53 3 1
                                    

     Mungkin Seri bersalah dalam hal ini...
Selepas magis pemilikkan...badan Seri tidak seperti dahulu lagi.Sepertinya dirasakan kuasa magis Seri tiada had batas,tidak seperti sebelum dia mengunakan magis tersebut..akan tetapi kuasa magis ini hanya boleh digunakan selepas tuan pemilikkan itu mengizinkan mengunakannya..
.
.
.
.
atau boleh digunakan walaupon tanpa izin?
.
.
.
Seri,selepas rumah Haziq kemas dan teratur dia mengambil masa untuk mengunakan kuasanya.Sementara menunggu Haziq pulang dari kerjanya dia menguji kaji kuasanya sendiri...

Ternyata benar,dia tidak mampu mengeluarkan kuasa penuh magis yang dimiliki..segala magis yang digunakan berakhir gagal ataupon terjadi pada skala kecil..
itulah merupakan syarat Magis pemilikkan..oleh sebab itu kaum pari-pari tidak dibenarkan sama sekali mengunakan Magis ini..

"Apa Seri boleh buat...Demi nak selamatkan Haziq waktu itu..Magis ini sahajalah jalan terakhir untuk Seri dan Haziq"-kata Seri.

      Pada waktu itu,suasana hampir senja,Haziq sudah memberitahu Seri akan dia bakal balik lewat pada hari itu..Seri seorang diri berada di rumah..setelah siap mengemas..dia mengambil masa untuk berehat,dia menghidupkan television dan menonton rancangan yang ditayang pada ketika itu..

"Dengan kuasa bulan akan menghukum mu!!!"-jerit salah satu watak di dalam rancangan itu..

"woo woo..gadis itu boleh bertukar!!"-seri teruja pabila melihat gadis magik yang berada di rancangan itu..

"Rasakan kekuatan bulan!!"

Dengan segala perbuatan yang berada di rancangan itu, Seri ikuti setiap langkah...

Sehinggalah.....

"bertukar!!!!"-Seri menjerit mengikuti rancangan itu..

secara tiba-tiba,badan Seri bersinar-sinar,saiz badannya membesar..
rambutnya bertukar kuning keemasan.telinganya menjadi bulat dan tidak tajam.bajunya bertukar merah dan dilengkapi reben di kolar bajunya..

Semua berlaku sekelip mata,Seri terkejut dengan pertukaran yang berlaku pada dirinya..dia sudah menjadi gadis normal seperti manusia!!

"apa yang sudah berlaku!!"-tanya Seri.

"ding dong"

bunyi loceng kedengaran dan itu bukanlah Haziq kerana Haziq tidak pernah akan menekan loceng.Seri mengagak bahawa itu tuan kepada rumah sewa itu....

"Hello Haziq,ada dekat dalam ke? "-katanya

Seri ingin berdiam diri akan tetapi...

"Siaran berita pada hari ini...."

television masih lagi hidup!! Seri perlu buat sesuatu..

"Haziq.. television rumah tu terbuka takyah kamu nak sembunyi"-kata tuan sewa itu lagi

Dalam keadaan panik,Seri berulang alik jalan di satu tempat memikirkan idea untuk mengalih tumpuan tuan sewa itu..

Dia berjalan dan tiba di depan cermin.Dia melihat dirinya yang hampir sempurna seperti manusia..

"das!!!" Seri memetik jari..dia sudah mendapat idea..

lalu Seri pon menuju ke depan pintu dan membukanya..

"Siapa ya?"-kata Seri sambil melihat siapa yang menekan loceng tersebut..

tekaannya tepat..tuan sewa rumah berada di depan rumah Haziq..Dia masih tidak tahu motif kedatangan tuan Sewa itu..

"ehh,awak siapa?mana Haziq?"-tanya tuan itu..

"sa..saya? saya adik Haziq.."-jawab Seri.

"Haziq hari ini balik lewat sikit..ada apa ya?"-tambahnya lagi

tuan sewa itu menghulurkan bekas makanan di hadapan Seri..dia ingin memberi makan lebihan yang dia masak pada Haziq..

"Ni nanti bagi pada Haziq ya.. terima kasih"-tuan sewa itu menyerahkan bekas makanan itu lalu pergi meniggalkan rumah Haziq..

Rumah tuan itu dan Haziq tidak jauh,hanya satu tingkat bawah dari Haziq

"huh selamat tak kantoi.."-Seri menghembus nafas lega..kerana dirinya yang merupakan seorang pari-pari tidak diketahui orang lain.

kerana dirinya yang merupakan seorang pari-pari tidak diketahui orang lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

mungkin ini akan menjadi rahsia Seri..dia tidak akan memberitahu tentang kuasa penukarannya pada Haziq sehingga suatu hari nanti..

Pada belah tuan sewa itu...

"hurmm pelik..Sejak bila Haziq ade adik?"-tanyanya pada diri sendiri..

"setahu aku..Haziq tu...tiada siapa lagi dah.."-tambahnya lagi..

"ehhhhhhhh"

cinta si pariWhere stories live. Discover now