Waktu pagi,cuaca terang disinari cahaya matahari, kedengaran penggera telefon berbunyi..
"kringg,kringg"
Haziq mencapai telefonnya dan mematikan telefonnya..
Sudah beberapa hari Seri menumpang rumahnya...dan menjadi rutin Haziq untuk mengejutkannya pada waktu pagi..
"Seri,Seri bangunn"-Haziq mengejutkan seri..
Tak lama kemudian Seri pon bangkit..
dengan air liur basi mengalir di pipi..dia mengesat-ngesat pipinya..lalu terus menuju ke bilik air.Sambil menunggu Seri siapkan diri.Haziq menpersiapkan sarapan.dia membancuh milo dan memanggang roti untuk dijadikan roti bakar.Tidak lupa sekali roti yang dipotong saiz kecil untuk diberi pada Seri.
5 min kemudian seri keluar bilik air dengan berpakaian sweater yang diberi Haziq tempoh hari.
"sudah tiba masa Seri beli baju baru"-fikir Haziq.
Seri bergerak menuju ke tempat makannya.
Usai sarapan,Seri membaranikan diri untuk berkata
"Haa.. Haziq"
"Ya?"-Jawab Haziq
"Aku nak keluar dari rumah kau..aku perlu pulang ke tempat aku"-kata Seri
Haziq kelihatan sedih mendengar kata-kata itu
"Kenapa kau kata begitu Seri?"-tanya Haziq
''Seri tidak mahu terus menerus membebankan kau,manusia"
"Ada masalah yang perlu aku selesaikan di tempat aku "-jawab Seri
"Aku tak kesah kalau kau nak tinggal sini terus.."
"Kau tahu jalan pulang kau?"-tanya Haziq
Seri menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu..
"Jadi bagaimana kau mahu pulang?"- tanya Haziq kembali.
"Aku akan ke tempat tu kembali..dan mencari.."-jawab Seri
Haziq diam seribu bahasa.Hasratnya untuk membeli baju Seri kian musnah..
"Kau lawa-lawa ni,nak kemana haziq?"-tanya Seri
"Aku?"
"Aku nak pergi kerja hari ini"-jawab Haziq
Seri kehairanan.Dia tidak tahu apa itu 'kerja'.
"apa itu?"-tanya seri
"kerja tu perbuatan manusia sara dirinya di alam manusia ini,dia alam pari-pari tiada ke?"-jawab Haziq
"macam hamba ke?sebab kami hanya mengunakan magis untuk semua perkara... hanya hamba yang tiada kuasa untuk menyara diri mereka"- Kata Seri.
"Hamba eh..hahaha tak adalah sampai begitu"-jawab Haziq
suasana menjadi sunyi seketika...
"Mungkin ada betulnya juga,aku ni kais pagi,makan pagi..."-kata Haziq
"kais petang,barulah aq makan petang"-kata Haziq lagi
Seri hanya mengangguk tanda faham
"Kalau kau nk keluar dari sini,aku izinkan"-jawab Haziq
Seri hanya membisu...
"Aku tiada hak atau kuasa untuk menghalang"-katanya lagi
Seri melihat raut wajah Haziq yang kian muram...ada sesuatu pada diri Haziq yang tidak membenarkan dirinya keluar...
tanpa berfikir panjang seri keluar dari rumah tersebut...
"terima kasih"-kata Seri.
dengan terbang mengunakkan sayapnya dia menuju ke langit ditemani awan.
selepas agak jauh dari apartment rumah Haziq,dia menoleh kebelakang.."Adakah pilihan aku betul?"-Seri menanyakan pada diri sendiri
Seri meletakkan tangan yang digenggam erat di dadanya,dan terus menuju ke kawasan lorong tersebut.
Haziq yang berada di rumah menelefon rakan sepejabatnya
"Weh hari ni aku cuti...Aku tak berapa sihat"
YOU ARE READING
cinta si pari
Storie d'amorekisah tentang pertemuan antara haziq dan seri di suatu lorong.pertemuan yang tidak disengajakan membawa mereka mengenali lebih rapat tentang diri masing-masing dan bakal menempuh cabaran dan halangan bersama. "tuan,siapakah gadis itu?"-tanya seri se...