~ Every Human Needs A Partner ~~5 tahun yang lepas, Di kawasan Taman Bunga~
Maliq memandang seorang yang di cintainya, Nur Iman Safiyyah. Wanita yang telah berjaya mengetuk hatinya apabila mereka berjumpa. Dengan senyuman dia yang manis, tawa dia yang menawan membuat Maliq tidak tidur malam mengenangkan wanita itu. Memang orang kata dia angau overboard mengenangkan wanita itu. Dia memang mahu berkahwin dengan wanita yang sempurna di matanya.
Ciri ciri pilihan hati yang dia mahukan semua ada pada gadis itu. Iman sangat menjaga batas pergaulan, menghormati orang tua, penyayang. Walaupun gadis itu freehair, dia masih memakai pakaian yang menutup aurat. Maliq pernah bertanya, kenapa Iman tidak memakai pakaian seksi malah memakai pakaian menutup aurat sedangkan di dalam universiti itu boleh dikira hanya beberapa wanita sahaja yang menutup aurat. Jawapan Iman sangat mudah, walaupun dia tak pakai tudung, dia tak akan benarkan sesiapa lihat auratnya, auratnya hanya la untuk suami dia yang sah.
Hanya suaminya boleh melihat, boleh menatap auratnya. Insha Allah, bila dia dah terima hidayah, dia akan pakai tudung. Jawapan Iman membuatkan Maliq terkedu. Sungguh dia tak sangka jawapan Iman sebegini rupa. Dan jawapan itu jugakla dapat memperkuatkan lagi cinta Maliq. Membuatkan Maliq bertambah pasti bahawa pilihan hatinya tidak salah.
"Hey! Termenung apa tu? Mengalamun ehh..." Iman mengusik Maliq, dia baru sedar jejaka tidak memberi respon apabila dia menyanyakan soalan.
"Mana ada la, Maliq just terfikir. Bila la parents Maliq nak balik dari London. Maliq dah tak sabar."
"Alahai, tunggu je la. Mesti parents Maliq akan balik jugak. Tak kan la dia nak tinggalkan anak tunggal kesayangan dia ni dekat Malaysia sorang sorang. Maliq pun mesti faham parents Maliq tu busy sikit. Sabar je la, eh?"
"Maliq bukan tak sabar nak tunggu diaorang balik, Maliq tak sabar nak bagitahu yang diaorang akan dapat bakal menantu dengan cepat. Maliq tak kesah kalau diaorang lama lama kat situ."
"Eh eh, macam tu pulak? Eeee, Maliq anak derhaka. Sanggup cakap Maliq tak kesah diaorang lama lama kat sana. Tak sangka Maliq sejahat tu." Iman mencebik bibir.
"Tak ada la, Maliq gurau je. Iman macam tak kenal Maliq pulak. Gurau pun tak boleh. Serious sangat Iman ni. Tapi jahat jahat sekali pun, "someone" tu tetap sayang titeww jugak." Maliq mengukir senyuman sambil mengangkat sebelah kening kirinya.
"Iman tak pernah cakap ehh, Maliq yang beria ia sangat. Perasaan jer lebih." Iman menjeling manja.
"Maliq tak maksudkan Iman, Maliq cakap "someone" okay?
Eh, sekarang ni bukan Maliq yang beria ia. Iman yang lebih lebih, perasan!" Maliq mengusik Iman."Malique Faliq!! Ish dia ni, jangan cakap dengan Iman la macam ni, Iman benci Maliq." Iman memijak kaki Maliq. Dia terus berjalan tanpa berpaling ke belakang langsung.
"Aduhhh, sakit la. Iman, tolong la Maliq. Kaki maliq sakit." Maliq merengek meminta simpati dari Iman. Elehh, aku pijak perlahan je tadi, merengek macam kena pijak dengan tayar lori, desis Iman dalam hati. Iman berlalu pergi.
Malangnya, rengekkan Maliq sudah dibawa pergi oleh sang angin. Iman meninggalkan Maliq keseorang, kesepian tanpa menolong Maliq langsung. Maliq memperbetulkan semula kasutnya, tak sakit pun sebenarnya. Saje nak melebih mintak simpati wanita kesayangannya itu. Namun, gagal. Macam kena reject pulak rasanya. Eh eh, pernah kena ke?
Dia perlu mengejar Iman di hadapan, perlu di pujuk rajuk wanita itu. Kalau tidak, merana la hati. Dah biasa kalau Iman merajuk, cuma dia tak biasa kalau tak mengusik Iman sehari. Hidup dia tak tenang rasa kalau tak mengusik. Haila hati, kalau dah kata sayang, apa pun tak boleh tolak.
.
.
.
.
.~ Your are my love. You are my everything. You are my world. Your are my sunshine ~
LOVE FROM~
CutieLatte_.
YOU ARE READING
Two Similar Man? ( Slow Update )
RomanceTengku Aaron Fayz Shah X Nur Iman Safiya Tengku Aaron Fayz Shah Siapa yang tidak kenal seorang CEO yang terkenal? Dia menjadi dambaan semua gadis di luar sana kerana ketampanan dia. Mempunyai segalanya termasuk harta, rupa dan gadis ii. Dia bukan s...