"Weyh bro, awalnya sampai? Aku tak sangka la pulak kau dah sampai seawal ni."
Diam seketika.
"Weyh bro kau dengar ke tak ni?"
Diam seketika lagi.
"Brooooooo, are you hear me?"
Dan diam seketika lagi.
"Ya Allah, dia nikan. Assalamualaikum Encik Imran." Aaron sudah menahan geram. Dia ni tak dengar ke pekak?!
"Haa? Nak ape? Kau panggil aku ke?" Imran baru tersedar dari lamunannya langsung memandang ke arah Aaron.
"Kau apahal sial? Termenung jauh nampak? Teringat dekat siapa? Awekss eh?" Aaron sudah tergelak.
"Mana Ade, aku just ternampak bidadari lalu depan aku tadi, hehe. Eh tapikan kau memandai je en, aku mana ada awekss! Awek aku sorang je. Aku cepuk kau karang." Imran mengangkat tangan seolah olah mahu memukul Aaron.
Dia melihat Aaron masih belum berhenti gelak. Ape dia ingat Aaron baru je kenal dia ke? Awek sorang je konon, padahal bersepah.
Ish, geramnya aku dengan dia ni! Akhirnya terlepas la jugak geram apabila dia sudah melayang tamparan maut di baju Aaron.
"Adu du adu du....... Sakit la Imran! Aku gurau je.." Aaron mengosok tempat yang telah dipukul oleh Imran. Boleh tahan sakit jugak sebenarnya tamparan Imran tu.
"Ceh, kau ni. Acah je lebih, pikir aku tak tau kau tu suka berpura pura sakit. Ni, asal kau ajak lunch ni? Aku rasa kau ajak aku datang ni bukan sebab lunchkan?"
Aaron tersenyum sinis, memang Imran kenal dia sangat sangat. " A'ah, bukan pasal lunch. Pasal anak buah kita."
"Asal? Ada yang kena tangkap ke?"
"Jom ikut aku, aku tunjukkan time kita dah sampai ke markas. Kena cepat sikit, aku dah penat tahan sabar dengan diaorang tu." Aaron sudah mencorak langkah ke hadapan.
Imran hanya membuntuti Aaron dari belakang.
-------💓-----💓-------
Terlihat ada beberapa anak buah Aaron berada di markas ketika mereka sampai. Apabila sudah menjejaki lantai markas mereka, masing masing menunduk hormat kepada ketua mereka. Aaron tanpa melengahkan lagi masa terus memanggil anak buahnya itu.
"Mana pengkhianat tu? Aku tak sabar nak pukul orang sampai mati." Aaron menyeluk poket seluarnya, dia berjalan perlahan lahan ke arah seorang lelaki apabila anak buahnya menunjukkan jalan. Nampaknya orang tu sudah digari di dinding.
"Wow, ini rupa pengkhianat aku rupanya. Hmm, cukup sifat. Ada mata... ada hidung... ada mulut... ada pipi. Wowww, aku dah tak sabar nak toreh muka kau, bagi lagi cukup sifat." Aaron sudah mula mengeluarkan sisi gelapnya.
Dia meminta pisau rambo dari anak buahnya, dia bermain dengan pisau itu beberapa kali. "Bagi tahu aku, siapa yang arahkan kau? Kau dah khianati aku sampai hampir 5 anak buah aku nak kena tangkap, masih berani nak tunjuk muka kau kat sini?"
Lelaki itu hanya menundukkan muka, tidak berani hendak melihat muka Aaron yang sedang marah. Dia kalau marah, memang menakutkan.
"Hey, kalau aku tengah cakap dengan kau, pandang la aku!!
Aku cakap dengan kau!! Bukan dengan dinding!! Bukan dengan tiang!! Bukan dengan muka kau yang macam taik yang tak suci ni!!" Aaron menghambur rasa amarahnya.Imran hanya memandang Aaron dari jarak yang agak jauh, bukan kerana dia takut. Dia hanya tak nak baju dia terkena percikkan darah lelaki yang sedang terduduk lemah tu. Mesti kuat bau darah, dia sudah tahu riwayat lelaki itu akan berakhir pada hari ini juga. Aaron tak akan lepaskan sesiapa yang mengkhianatinya, Aaron tak suka anak buahnya yang jadi pengkhianat! Tak ada sesiapa yang mampu menenangkan hati Aaron yang sedang panas sepanas api neraka itu.
YOU ARE READING
Two Similar Man? ( Slow Update )
RomanceTengku Aaron Fayz Shah X Nur Iman Safiya Tengku Aaron Fayz Shah Siapa yang tidak kenal seorang CEO yang terkenal? Dia menjadi dambaan semua gadis di luar sana kerana ketampanan dia. Mempunyai segalanya termasuk harta, rupa dan gadis ii. Dia bukan s...