Aaron hanya melihat Bella bersembang dengan rakan rakan nya. Biasa lah perempuan, kalau tak membawang bukan perempuan la namanya tu. Tengah mata nya melilau lilau pandang sekeliling, mata dia tepat berhenti ke arah Iman. Kenapa mata aku ni susah sangat nak alihkan pandangan dari dia?
"Sebab dia cantik kot? Memang betul betul kena dengan citarasa aku." Bisik hati Aaron.
Tiba tiba...
That's right, my type..
Gaseumeun geojismal an hae...Sijakdwaesseo nae aneseo...
Waheomhan sinhoreul benae...
Don't be afraid...
Love is the way...
Shawty I got it...
You can call me monster...I'm creeping in your heart babe...
Dwijipgo maneoteungo samkyeo...Tiba tiba hp Iman berbunyi lagu "Monster by EXO"🎶🎶
"Kejap ek, boss aku panggil" Iman meminta izin untuk pergi setelah menjawab panggilan.
Dia menghantar Iman dari lirik mata sahaja. Kalau pandang betul betul dia kena ceramah lagi sekali.
'Pantang tengok perempuan cantik' Kena cemuh.
'Mata tu tengok je dah kenapa?' Kena marah.
'Ape pandang pandang? Nak kena jolok biji mata guna berus tandas?' Kena ugut.
'Dasar lelaki miang. Dah ade awek pun pandang perempuan lain.' Kena judge.
Yang paling sakit...
'Ade duit, ade rupa tapi single.' kena sinis.
Pergh... Tak mau tak mau. Jatuh imej dia kena tegur macam tu. Nanti dah tak ade gelaran 'Jaguh Playboy Idaman Malaya'.
Dia bukan tak laku tapi dia berhati hati okay. Dia lelaki yang cermat, perempuan apa tau? Membawang je kerja.
Sedang sibuk Aaron mengalamun, Bella berdehem kecil.
"Boss dah kenapa? Tenung kawan saya macam nak tembus?"
Aaron cepat cepat menyedarkan diri, dia tersengih kecil.
"Bila masa pulak saya tenung kawan awak Bella? Saya fikir pasal kerja office yang berlambak kalau saya duduk je kat hospital ni lama lama." Aaron cepat cepat menafikan.
"Tak payah tipu saya la boss, saya perasaan masa saya sembang dengan Iman boss dok tenung dia macam 'something wrong somewhere'. Kenapa boss? Boss dah jatuh cinta ke?" Bella cuba mengorek isi hati bossnya. Mana tahu betul. Boleh dia jodoh jodohkan. Mana tahu kalau boss dia tu suami kawan dia sendiri, boleh la selalu ambik cuti. Ehekk.
"Jangan pandai pandai pulak Bella. Mana ade saya tengok dia. Saya hanya fikirkan masa hadapan."
"Okay la boss, saya bukan ape. Kalau boss rasa boss jatuh cinta kat dia, baik boss lupakan je. Dia tak layan lelaki macam boss. Bukan macam boss la, semua kaum Adam la senang kata."
"Kenapa pulak? Tak kan lah dia....?"
Tengku Aaron memandang dengan pandangan yang susah nak di tafsirkan.
"Eh eh boss ni, memandai je cakap kawan saya macam tu. Boss jangan salah tafsir dia tu pulak. Dia tak terpengaruh lagi la sampai macam tu sekali. Dia kata dia tak kan sebab perempuan ni 'complicated'. Dia tu lurus lagi ek."
"Perempuan memang complicated pun." Aaron bercakap perlahan.
"Setiap orang ade sebab sebab tersendiri, dia pun sama. Ada sebab tersendiri kenapa dia jadi macam tu. Dan dia pun tak terkecuali."
"Kenapa? Ape yang jadi? Dia pernah dikecewakan? Perempuan macam tu pernah kena tinggal? Serius la?" Tak sangka perempuan yang cantik dan pandai pun pernah ditinggalkan. Wow, dasar lelaki tak reti bersyukur. Kalau aku dapat, aku kurung dia dalam bilik. Tak nak bagi sesiapa pandang.
YOU ARE READING
Two Similar Man? ( Slow Update )
RomantikTengku Aaron Fayz Shah X Nur Iman Safiya Tengku Aaron Fayz Shah Siapa yang tidak kenal seorang CEO yang terkenal? Dia menjadi dambaan semua gadis di luar sana kerana ketampanan dia. Mempunyai segalanya termasuk harta, rupa dan gadis ii. Dia bukan s...