💗 Chapter 15 - Rancangan Bermula 💗

35 3 0
                                    

Imran bagai kehilangan kata. Mulutnya terkumat kamit bergerak tetapi satu patah perkataan pun tidak keluar.

"Dia tak cam kau ke? Bukan dulu dia pernah jumpa kau ke? And aku, dulu pun dia pernah jumpa aku en? Asal dia tak tegur aku? Aku takut kau silap orang je Aaron."

"Aku pasti Im, aku dah cek biodata dia banyak kali, maklumat yang aku dapat masih sama. Aku rasa dia tak ingat kita kot. Sebab tu dia tak tegur."

"Huh, dasar perempuan murahan! Cepat betul lupa diri lepas ape yang dia dah buat selama ni. Boleh pulak dia 'act like everything is okay'. Macam tak ade apa apa yang berlaku sebelum ni. Jahanam punya perempuan!"

Tanpa dia sedar, Aaron sudah berapi rapi memandang sepupunya. Dia ni lupa ke pekak?! Aku dah kata jangan kata apa apa kutuk pasal perempuan tu depan dia kan ?!

"Kau memang dah lama hidup ke Imran? Dah cukup pahala yang kau kumpul selama kau hidup? Nak aku bunuh kau guna ape? Aku bagi kau pilih. Pisau ada, parang ada, kapak ada, gergaji ada, pedang samurai pun ada."

"Sila pilih dengan berhemah sebelum anda merasai saat kematian okay." Aaron memandang Imran dengan pandangan Bad Boy. Macam separuh pandangan sinis, separuh pandangan membunuh.

Imran yang baru menyedari dia terlanjur kata sudah berdehem kuat. Sumpah Scary bila Aaron pandang dia macam tu! Dia masih sayang nyawa dia, dia tak kawin lagi!

"Okay okay, sorry. Aku terlepas cakap." Cepat cepat Imran meminta maaf sebelum badan dia disembelih untuk bagi tapir makan. Bukan boleh main main dengan Aaron bila dia tengah serius.

Tapi Imran pun tak faham, kenapa Aaron pertahankan perempuan tu? Dia dah sakitkan hati Maliq kot! Tak kan nak biarkan je macam tu?

Ke atau pun.....

Aaron dah jatuh cinta dengan Iman? No no, dia tak kan biarkan benda tu berlaku sama sekali!

"So, ape rancangan kau? Biasanya manusia manusia Genius macam kau ni ade je plan nak jatuhkan orang."

Aaron tersenyum sinis.

"You are really know about me Imran."

"Of course, i'm your cousin. This is Tengku Imran Faizal Shah okay. Everything about you, I know."

Aaron hanya tersenyum senget apabila Imran memuji diri sendiri. Dasar mamat kurang kasih sayang. Boleh pulak dia puji diri sendiri?

"So, ape plan nya?"
     

                        ----------💗-------💗----------

"Hai, Iman." Aaron menyapa Iman.

"Waalaikumsalam, Tengku. Ape yang Tengku buat kat sini? Bukan Tengku dah lama check out ke?"

"A'ah, memang saya dah lama keluar. Saya datang sini nak jumpa someone."

"Owh, okay."

Telah seminit Iman membiarkan Aaron berdiri di sebelahnya. Aaron masih belum berganjak walaupun seinci.

"Aik, Tengku. Tadi kata nak jumpa someone? Kenapa tak pergi lagi?"

"Saya dah terjumpa la someone tu."

Iman yang mendengar terangkat sebelah kening. Dia menoleh kiri dan kanan. Tak ade sesiapa pun kat sini?

Dia lihat Aaron ketawa macho. Aduh, perempuan ni. Asal bengap sangat?

"Someone tu dah ade kat depan mata saya."

Kening Iman masih terangkat. Dia memandang mata Aaron kearah mana. Mata itu betul betul tertumpu pada dia.

Two Similar Man? ( Slow Update )Where stories live. Discover now