~ Every Human Needs A Partner ~(Di hospital swasta)
Di sebabkan ia hospital swasta, tidak ramai yang mampu untuk pergi ke hospital ini kerana tidak mahu menanggung bil yang menggunung setinggi gunung everest. Ramai yang pergi hanya la terdiri daripada keluarga keluarga yang berduit sahaja. Walaupun ia kedengaran agak sunyi, tetapi ia bukan la keputusan untuk Nur Iman Safiyah membawang sepanjang hari.
~Iman POV~
Aku duduk di kerusi sambil menonton cerita kegemaranku, "Romantic Doctor, Teacher Kim". Aku menunggu cerita ini sepanjang hari untuk mengetahui penamat pada cerita itu tetapi ada seekor setan yang selalu mengacau dan menghasut aku time aku tengah syok tenang diri, minda dan badan. Farah Imani seorang kawan yang baik, pendengar yang setia, akan tetapi perangai dia yang serupa setan sumpah membuatkan aku rasa mahu gigit kepala dia sehingga tercabut. Walaupun begitu, perangai dia yang gila gila menunjukkan hati dia baik je sebenarnya. Ia malah merapatkan lagi keakraban kami.
Lamunan aku terhenti apabila ternampak Farah mendekati diri ku. "Hmm, kenapa?" Soal ku.
"Kau buat apa Iman Safiyyah oii. Penat ku mencari kau di merata tempat, tetapi tidak ku jumpa jua". Dengan lenggang legok dia tu. Sudah mula pulak perangai dia yang suka membuat drama pukul 7, desis ku dalam hati.
"Aku kat sini je la, macam tak pernah kenal aku la kau ni. Aku kan memang kat sini je kalau tak kerja". Jawabku dengan nada geram.
"Hehe, kau tengah buat apa ? Buat janji temu ehh ? Buat dah la tak ajak, tak kan la kau nak kawan kau ni membujang je sampai ke tua." Farah dah buat muka puppy face.
"Alahai kau ni, mana ada la. Aku tak kata apa apa lagi, kau dah menyampuk. Aku layan drama korea je la, suka sangat merapu." Aku tergelak melihat telatah Farah. Kantoi ahh pernah bukak website blind date.
Tanpa kami sedari, seseorang datang menghampiri kami.....
"Haa! Buat apa tu!" Dia menerjah kami secara mengejut. Dan apa lagi, Farah yang terkejut pun...
"Oi jantan! Perangai kau tak boleh nak elok lagi ke? Aku hempok dengan sofa tu karang." Farah memarahi Rayyan. Aku tergelak lagi sekali. Betullah kata orang, Farah dan marah berpisah tiada.
Rayyan yang dimarahi hanya ketawa angin. Macam tak biasa pulak kena marah dengan Farah.
"Aku tengok korang macam hambar je, aku saje la nak buat joking sikit. Just nak hiburkan korang je. Aku kan tempat korang berhibur." Rayyan menjawab dengan nada, ada aku kesah.
"Lawak apakah, buat orang sakit hati je. Kau kata kau buat lawak? Dah la bosan, hambar pulak tu. Dasar single!" Farah membalas semula apabila dia menyedari alasan Rayyan tidak munasabah.
"Iman, tengok Farah. Dia reject aku macam tu je. Dah la kata aku bosan dengan hambar. Kata aku single pulak tu. Sampai hati." Rayyan meminta simpati dari Iman. Hanya Iman akan memujuknya.
"Rayyan Rayyan, kau ni memang la. Dah tahu Farah ni sejenis makhluk yang cepat marah, jangan la usik dia lagi. Dia terajang kau sampai ke Brunei karang, kau jangan main main dengan dia."
~End POV~
"Aku tengok korang cam bosan je, aku saje je la nak kacau. Nak gelak gelak sikit ke apa. Sekali kena marah daaa. Tapi aku tak sangka Farah boleh terajang aku, dengan badan dia yang serupa minion tu. Ada hati nak terajang aku yang serupa --"
Belum sempat Rayyan menghabiskan kata kata nya, Farah sudah menyampuk dengan cepat.
"Terung, kepala kecik tapi perut buncit. Lagi satu, sape benarkah kau panggil aku minion? Suka hati kau je en. Aku yang comel molek ni kau panggil minion?!" Farah memarahi Rayyan, kau mengejek aku ehh.
YOU ARE READING
Two Similar Man? ( Slow Update )
RomanceTengku Aaron Fayz Shah X Nur Iman Safiya Tengku Aaron Fayz Shah Siapa yang tidak kenal seorang CEO yang terkenal? Dia menjadi dambaan semua gadis di luar sana kerana ketampanan dia. Mempunyai segalanya termasuk harta, rupa dan gadis ii. Dia bukan s...