Iman pun menceritakan dari A sampai Z. Walaupun ada yang tersangkut sangkut tapi okay la. Baru Farah tahu problem Iman sebenarnya. Ape yang Iman fikirkan sampai termenung jauh, entah ingatkan sape?
"Abah aku minta aku untuk lupakan orang yang aku sayang selama ni dan lupakan ape yang dia dah lakukan. Kau pun tahu aku ni macam mana, aku susah nak terima kemaafan dari orang lain. Aku tak boleh terima yang aku dengan dia dah tak ada apa apa hubungan. Aku bukan tak nak maafkan tapi benda tu susah nak diterima sampai aku susah nak maafkan kesilapan dia."
"Hmm, kesian jugak aku tengok kau tapi kalau aku jadi kau, aku akan maafkan dia serta merta, bukan aku tak sokong ape yang kau buat, ape yang kau buat tu ada betulnya jugak. Tapi kau kena ingat, dia tu Abah kau, hanya dia seorang Abah kau. Seteruk teruk mana sekali pun kelakuan dia, dia masih Abah kau. Itu je yang aku nak kau ingat, jangan simpan amarah kau kat dia hanya disebabkan kesilapan masa lalu. Sedangkan Allah pun maafkan hambanya, apatah lagi kita?"
Iman terdiam, dia masih memikirkan kata kata Farah. Ada betulnya jugak, semua orang melakukan kesilapan Iman, tak ada sesiapa yang perfect kat bumi ni. Semua orang buat silap, masing masing ada kekhilafan sendiri. Akhirnya Iman mengangguk, dia sudah faham ape yang Farah cuba sampaikan.
Dia mengeluh, ahh sudah. Dia tak suka perasaan ni, perasaan serba salah yang melampau.
"Okay, aku dah faham apa yang kau nak sampaikan, panjang lebar nasihat kau. Alhamdulillah, manusia yang bernama Nur Farah Imani sudah mendapat hidayah. Harap harap dia akan teruskan perjalanan yang terbaik ini. Amin, insha Allah." Iman tergelak.
Sempat memyempat lagi kau mengutuk aku ehh Iman. Farah menjegilkan matanya ke arah Iman.
"Apa apa? Aku doakan kau je, tak nak aku doakan sudah. Dah la aku doakan tak nak aminkan." Iman sudah mula mengenakan Farah. Okay, hal Iman makin lama makin selesai. Dah boleh nampak Iman gelak tu, dah okay la.
"Amiiiiiiiiiiin, haa sudah. Itu namanya doa banyak makna, sambil doa sambil perli, mengutuk orang." Farah pun tergelak. Bongok jugak kawan dia yang sekor ni.
Tiba tiba, seseorang datang menghampiri Iman.
"Doc Iman, ada operation yang dah nak dijalankan. Doc tak nak bersedia ke? Penat saya mencari doc tadi." Nurse itu tecungap cungap mengambil nafas.
"Allah, aku lupa pulak!" Iman yang mendengar apa lagi? Memang kelam kabut la jadinya. Iman bangun dan berlari menuju ke bilik operation, memang dia ada operation tapi dia terlupa. Sibuk sangat nak sesi meluahkan masalah, sampai lupa ada operation. Aduhaiiii, nyesal pulak rasa.
Farah yang melihat Iman kelam kabut itu tergelak, apa punya "Doc Perfect'' la ni. Tergelak dia tengok Iman kelam kabut. Dah macam ribut pun ada.
Farah akhirnya mengambil keputusan untuk menutup pintu serapat yang mungkin dan baring di sofa itu sambil menunggu Iman menghabiskan tugasnya.
Tugasnya dah habis, boleh la dia melelapkan mata seketika. Apa? Pikir jadi doc ni tak penat apa? Penat apa, macam nak terkeluar semua sendi sendi dalam badan ni tau.
Lebih baik aku tidur sementara dia tengah operation, kalau aku tunggu, mati kebosanan la aku jawabnya. Farah bersandar di sofa. Akhirnya matanya pun tertutup.
----------💗-------💗----------Iman keluar dari bilik operation, penatnya bekerja sebagai doktor. Dia akhirnya kembali semula ke officenye.
"Farah dah balik kot, ke dia tunggu aku sampai aku habis opperation? Dia dah balik kot tapi tak mungkin kot." Banyak persoalan kot kot di minda Iman.
YOU ARE READING
Two Similar Man? ( Slow Update )
RomanceTengku Aaron Fayz Shah X Nur Iman Safiya Tengku Aaron Fayz Shah Siapa yang tidak kenal seorang CEO yang terkenal? Dia menjadi dambaan semua gadis di luar sana kerana ketampanan dia. Mempunyai segalanya termasuk harta, rupa dan gadis ii. Dia bukan s...