BAB 1
IRENE POV
Pagi ini saya bangun seperti kebiasaannya. Tepat jam 6 pagi alarm saya berbunyi menandakan hari baru bagi saya akan bermula. Tetapi sejujurnya saya tidak cukup tidur semalam. Semalam dady balik dalam keadaan mabuk lagi.
Seperti hari-hari yang berlalu dady akan memukul mamy sehingga lebam sana sini di badan mamy. Tidak kurang juga saya dan adik lelaki saya, Edmond pun dapat tempiasnya juga. Saya bosan dengan perangai dady yang kuat minum dan berjudi pada setiap hari. Anak dan isterinya dia tidak pedulikan langsung.
Dady balik ke rumah hanya dengan satu tujuan iaitu meminta duit sama mamy. Bila mamy bilang tiada duit, mulalah dady memukul mamy. Saya dan Edmond yang akan melindungi mamy bila dady mula memukul mamy. Kami tidak peduli bila badan kami disepak terajang oleh dady. Apa yang penting mamy tidaklah teruk sangat dipukul. Saya dan Edmond tidaklah dapat menandingi kudrat dady. Edmond walaupun dia lelaki tapi dengan umurnya yang baru 11 tahun itu mustahil dia dapat menghalang dady. Oleh sebab itu, kami hanya menerima perbuatan dady terhadap kami.
Saya bangun dan mencapai tuala lalu menuju ke kamar mandi yang berada di dapur. Keluar saja dari bilik saya terhidu sesuatu yang wangi. Mesti mamy sudah bangun. Laju saya melangkah masuk ke dapur.
"Morning mamy. " saya peluk mamy dari belakang. Dia yang sedang mengacau nasi goreng itu berpaling dan mencium dahi saya.
"Morning Reen. Bah pigilah mandi, nanti lambat Reen pergi kerja. Kita breakfast sama-sama. Si Ed lagi tu belum bangun. " bilang mamy terus dia sambung balik kerja dia yang tergendala tadi.
"Okey mamy. Hmm.. mamy okey jugakah? " soal saya. Saya nampak ada lebam di pipi kanan mamy tadi.
"Mamy okey bah Reen. Jangan kau risau. Mamy okey." jawab mamy. Saya tahu mulut kata lain tapi dalam hati mamy rasa lain. Walaupun apa yang dikatakannya tadi itu hanya untuk menyenangkan hati saya sahaja. Saya tidak mahu cakap apa-apa lagi dan terus meloloskan diri dalam kamar mandi.
Sebenarnya saya bosan dengan kehidupan kami begini. Hidup yang serba kekurangan ini, ditambah lagi oleh dady dengan perangainya yang lebih kurang serupa syaitan. Kalau boleh saya mahu juga balas bila dady pukul mamy tapi mamy selalu menghalang.
'Jangan Reen. Walau apapun dia tetap bapa kamu. Bapa kandung kamu. Kamu tiada di dunia ni kalau bukan disebabkan dia. Biar saja dia begitu. Kita berdoa supaya dady akan berubah seperti dulu lagi.' begitulah kata-kata mamy setiap kali saya menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap dady.
Saya pun hairan dengan mamy. Macam mana dia boleh bertahan perangai dady macam itu. Boleh dikatakan hampir setiap hari dady akan memukul mamy. Kalau saya jadi mamy, sudah lama saya melarikan diri dan meninggalkan dady.
Mungkin mamy sangat sayang sama dady dan dia hanya bertahan dan bersabar dengan perangai dady. Pernah saya terdengar mamy menangis di dalam biliknya sambil dia berdoa untuk dady supaya cepat berubah. Saya pun tidak berapa pasti kenapa dady boleh berubah mendadak seperti sekarang ini.
Dulu masa saya masih berumur 17 tahun. Itulah kali terakhir dady melayan kami dengan penuh kasih sayang. Dengar dari cerita mamy, dady tertekan apabila kawan baiknya menipu dady. Dady dan kawannya itu ada membuka satu bisnes yang saya pun tidak tahu bisnes apa yang mereka jalankan. Sedangkan mamy sendiri pun tidak tahu apa bisnes yang dady jalankan.
Sehinggalah suatu hari kawan dady melarikan semua duit modal dan untung mereka dalam bisnes yang mereka jalankan bersama. Tertekan dengan keadaan itu, dady mula menjinakkan diri meminum minuman arak dan berjudi.
Bermula dari sana dady yang penyayang sudah hilang dari kami.*****
LOVELY BAKERY
Hari ini saya ditugaskan menjadi cashier. Salina dan Beth pula bertugas di bahagian dapur menolong Chef Aryan. Kamal pula macam biasa jadi delivery man dan jarang ada di kedai. Belum banyak customer yang datang kedai kami waktu ini. Jam baru menunjukkan pukul 10 pagi. Selalunya masa lunch baru banyak customer yang datang.
YOU ARE READING
I'm His Surrogate( Completed )
RomanceI'm His Surrogate Sinopsis Hanya disebabkan satu masalah yang dilakukan oleh ayah kandung Irine Grace,dia dengan terpaksa menjual tubuhnya.Dengan bantuan rakannya,Angel yang bekerja sebagai pelacur kelas atasan. Dia mendapat seorang 'customer' yang...