CHAPTER 2

7.3K 271 14
                                    

BAB 2

IRENE POV

"Beth, saya duluan balik ar. Nanti saya ketinggalan bas pula." saya buka loker dan mengambil bag tangan. Beth pula masih duduk di bangku sedang main game mobile lagend. Kusyuk betul ini seekor perempuan bermain game.

"Okey Reen. Hati-hati kau balik."dia bilang tapi mata tidak lepas dari memandang telefon bimbitnya. Gila game betul. Saya pukul bahu Beth. Hampir terlepas telefon bimbitnya dari tangan dia.

"Reen! Kau tengok saya mati sudah." dia bilang, sedih.

"Apa mati? Kau masih sihat walafiat juga ni depan saya sekarang."

"Eee..kau ni kan. Suka betul kau kacau saya main mobile legend. Sanalah kau balik." marah betul sudah Beth. Saya cuma tersengih memandangnya.

"Kau apahal pula ni? tersengih-sengih macam orang gila."

"Peluk bah. Kau ni betul-betul lupa kawan kan kalau sudah menghadap tu game kau."

Kebiasaannya saya sama Beth sebelum balik kerja mesti berpelukkan dulu. Kami rapatkan sampai si chef pernah cemburu dulu. Dia ingat kami berdua ini dulu lesbian. Halahaiii.. chef! Siap dia bagi saya warning, hokey.

"Sorry Reen. "

"It's okey bah. Okey lah saya duluan ar."

"Careful Reen."

Lepas mengucapkan selamat tinggal dan berpelukkan sama Beth, saya keluar dari kedai dan berjalan menuju ke perhentian bas dimana saya selalu menunggu bas mahu pulang.

Tepat jam 6 petang saya tiba di rumah. Tapi saya hairan kenapa pagar depan sama pintu rumah terbuka. Takkan mamy lupa tutup pula? Mamy mana pernah lupa mahu kunci  pagar kalau petang sudah menjelang.

BAMM!! PRAKK!!

Belum sempat kaki saya melangkah masuk di kawasan rumah kedengaran bunyi seperti barang dihempas dari dalam rumah. Langkah saya terhenti sejenak disebabkan terkejut.

"ARGHH!!! " itu macam suara momy yang menjerit. No! Mesti dady sudah balik. Dengan langkah yang pantas saya berlari masuk dalam rumah. Masuk saja dalam rumah, sekali lagi saya terkejut. Sangkaan saya meleset. Bukan dady yang berada di dalam rumah tapi dua orang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki botak dan bertatto di leher itu sedang menarik rambut mamy manakala yang seorang pula sedang memijak belakang Edmond yang tertiarap di lantai ruang tamu.

"Hoi!! Lepaskan mereka!!" saya menjerit saat itu juga. Panas hati saya melihat keadaan momy dan Edmond. Saya datang kearah lelaki yang memegang rambut momy dan saya tolak tubuhnya sekuat hati. Terlepas juga genggaman  lelaki itu dari rambut mamy. Terundur dia dua langkah ke belakang. Lepas itu saya tolak juga lelaki yang memijak belakang Edmond. Saya tarik Edmond berdiri. Saya peluk mamy dan Edmond dengan erat.

"Kamu kenapa serang keluarga saya ni? Kami ada buat salahkah sama kamu?! " saya menyoal mereka dengan nada kasar dan menghadiahkan mereka jelingan maut saya. Dua orang lelaki tersebut hanya tersengih jahat sambil bercekak pinggang.

Penampilan mereka ini ketara sangat macam samseng jalanan. Sudahlah kepala botak. Kening tiada separuh. Telinga sama hidung ada anting-anting. Seluar pun koyak-rabak sudah. Badan besar berotot tapi saya sama sekali tidak takut sama mereka ini. Kecil besar kecil besar saja saya nampak ini dua ekor beruk depan kami sekarang.

"Benny, saya tidak tahu pula si keparat Giani tu ada anak perempuan yang cantik dan seksi, huh? " bilang tu lelaki. Dia tengok saya dengan wajah miangnya sambil urut-urut dagu dia. Shit! Kalau ada kapak sekarang dekat saya, saya kapak juga kepala dia ini. Biar terbelah dua. Puas hati saya.

I'm His Surrogate( Completed )Where stories live. Discover now