CHAPTER 5

6.7K 251 17
                                    

BAB 5

IRENE GRACE POV

Pagi ini cuaca kelihatan mendung, mungkin tidak lama lagi awan akan memuntahkan hujan turun ke bumi. Cuaca seperti ini memberi kesenangan untuk saya berada di luar dengan keadaan penyakit saya ini. Setiap kali sebelum keluar dari rumah mamy akan memastikan saya memakai krim pelindung dari sinar UV, kaca mata hitam dan jaket yang menutup sehingga ke leher.

Tugas sebagai juruwang sudah menjadi tugas tetap saya bekerja di kedai bakery ini, disebabkan penyakit yang saya alami ini, saya tidak boleh berada dalam keadaan panas atau berada di bawah terik matahari.

Saya duduk termenung di atas bangku berhadapan mesin mengira wang. Tiba-tiba telefon bimbit saya berdering menandakan ada panggilan masuk.

Angel Calling...

Dua minggu berlalu baru ini perempuan call? Saya disini susah hati sudah. Tinggal dua minggu lagi tempoh tu along bagi. Tanpa berlengah saya terus menjawab panggilan Angel.

"Hoi!! Onton,kenapa baru sekarang kau call? kau tahukah saya susah hati sekarang ni? Tinggal dua minggu lagi tempoh tu along bagi. Kau mahu saya kena jual pergi  Thailand kah ni?"

Bertubi-tubi soalan saya tembak sama dia. Mengeluh Angel di sebelah sana saya dengar.

"Amboii... bukan main banyak soalan kau. Sebab ni lah saya call kau ni. Kau ada customer sudah. So malam ni kita jumpa. Ada saya mau ajar kau sikit."

"What?? Ada sudah??" saya menyoal dalam nada terkejut. Bukan terkejut sebenarnya tapi saya sudah rasa gementar sangat.

"Yalah. Kau juga yang tidak sabar kan? Besok malam tu orang mau jumpa kau sudah." bilang Angel lagi membuatkan saya mati kata disitu.

"Eee...." hanya itu yang mampu saya suarakan saat ini.

"Jangan kau eeee sana. Sudah. Ni saya mahu tanya. Kau sudah cukur segala bulu kah?

Apa punya soalan bah dia ni. Bikin malu betul. Kalau dia di depan mata saya sekarang ni, saya ketuk-ketuk juga kepala dia tu.

"Sudah. Saya sudah cukur bagi bentuk love lagi. Supaya romantik sikit. Puas hati?"

"Hahahahaa... bagus. Nanti saya mahu tengok. Cantik kah tidak kau kasi bentuk."

"Mulau(gila) kau sana. Bah, ada customer ni. Nanti malam ambil saya di rumah."

"Okey Bye, Onton." saya terus menamatkan panggilan.

Padahal tiada juga bah customer datang. Malas saya Angel mahu mengejik. Saya tahulah saya punya hutan belantara tidak pernah diteroka. Mahu juga kunun dicukur? Wajib kah? Entah. Saya pun ikut saja arahan dari tu perempuan.

Punyalah penat tu. Terkial-kial lagi saya mencantas tu dahan-dahan si hutan belantara. Mahu minta tolong mamy pun, bikin malu saja. Sudah besar panjang pun benda begitu pun mau minta tolong mamy. Aduii.. geli pula hati teringat kejadian mencantas semak-samun.

Teringat saya kata-kata Angel tadi. Dia sudah dapat 'customer' yang akan akan merasmikan mahkota saya. Tiba-tiba berdebar pula hati ini. Rasa menyesal pun ada tapi saya tidak boleh pentingkan diri sekarang. Nyawa mamy dan Edmond pun dalam bahaya.

It's okey, Irine Grace. Just do it for mamy and Edmond. Fighting..!!

Uisshh.. macam mahu pergi ambil SPM saja bah. Mahu fighting segala. Apalah Angel mahu ajar kunun tu?

Dia mahu ajarkah macam mana mahu have sex untuk kali pertama? Terasa seram sejuk pula saya tiba-tiba. Kenapa tidak pandai berhenti berdebar ni?

Adoiii hati tolonglah kau tenang sikit. Bagi saya relax kejap. Saya tarik nafas, hembus nafas. Okey, tenang sudah sikit.

I'm His Surrogate( Completed )Where stories live. Discover now