CHAPTER 12

8.9K 232 26
                                    

I'M HIS SURROGATE
BY MARR ROSLINA
CHAPTER 12

⚠ 🔞🔞

-----------------Chapter 12------------------

IRINE P. O. V

Sudah tiga minggu saya tinggal bersama Raul. Tiap hari perangai Raul macam terlebih gupla. Habislah dia diangkat sama semut nanti. Saya dilayan macam permaisuri dalam apartment mewah dia itu.

Walaupun, setiap kali dia pergi kerja saya memang akan merasa bosan. Kawan saya hanyalah TV, perabot dan dinding. Mau buat kerja mengemas tapi apa mahu dibersihkan lagi. Apartment Raul itu sentiasa kemas dan bersih disebabkan hanya ada kami berdua sahaja dalam rumah. Lainlah kalau ada anak kecil mesti rumah akan bersepah setiap masa.

Saya mahu call mamy pun, Raul sudah bagi warning sedia. Kalau mahu call satu kali seminggu saja. Sebab kan saya tulis surat untuk mamy tu hari saya bilang saya kena keluar negara sebab dapat tawaran kerja. I miss mamy and Edmond. Nasib baik mamy percaya juga saya kerja di luar negara cuma saya tidak bagitahulah negara mana saya pergi. Angel dan Dillan yang bawa mamy berpindah ke rumah sewa yang saya minta Raul tolong carikan itu. Angel sendiri pun berdosa sudah sebab menipu mamy lagi depan-depan. Padan muka kau, Angel! ahaha..

Disebabkan saya terlampau bosan saya ambil Ipad Raul dan masuk aplikasi YouTube. I don't know. Sejak 2 minggu lepas tiba-tiba saya suka betul dengar Shila Amzah menyanyi. Sebelum ini, pernah juga dengar lagu Shila Amzah but tidaklah sampai macam ni. Macam saya mengidam pula mahu dengar suara dia. Weird right??

Raul pun naik pelik sama saya. Asal saya on lagu atau masuk aplikasi YouTube mesti Shila Amzah punya lagu yang saya pasang. I don't know but I like hear her voice.

Sedang saya melayan YouTube di ruang tamu kedengaran pintu utama dibuka dari luar. Lantas saya berdiri dan berjalan menuju ke depan.

"Raul?? Awalnya balik? Sekarang kan belum jam 5 lagi. Why? Raul sakit kah? " Ipad yang saya pegang tadi saya letak atas kabinet kasut. Raul yang sedang menanggalkan kasut kulitnya itu saya dekati. Saya pegang dahinya.

Tidak panas pun.

Raul pegang tangan saya yang melekap di dahinya. Dia tersenyum dan mengucup lembut dahi dan bibir saya. Saya tidak terkejut sudah sebab saya sudah biasa dia buat begitu sama saya.

Mata dia sempat menjeling Ipad yang masih berON itu dan tersenyum membelai pipi kanan saya.

"Shila Amzah again, huh?? " soal dia.

Saya hanya tersengih sambil menggaru kening. Raul hanya menggeleng kepala melihat gelagat saya begitu. Kemudian dia memeluk pinggang saya dan menyambung semula kucupan di bibir saya. Tangan dia mula masuk dalam singlet biru yang saya pakai. Saya tahan tangan dia. Hmm. Mesti ada sebab ni dia balik awal.

"Raul belum jawab soalan saya tadi. Kenapa balik awal ni? Sekarang kan baru jam 2 petang. "

"I... I want to take you somewhere. Mahu keluar tak? " bilang Raul dengan senyumannya yang selalu buat hati saya berdebar laju. Dengar saja perkataan keluar tu laju saya anggukan kepala. Excited betul saya rasa. Yalah. Sudah 3 minggu kot duduk di rumah, belum keluar-keluar lagi. Tidak jugalah bosan kalau ada Raul di rumah. Tapi itu sajalah macam setiap masa pula aktiviti buat baby kalau ada Raul.

Sebenarnya saya rasa macam saya sudah berkahwin pula. Macam seorang isteri yang menunggu suami di rumah balik dari kerja. Masakkan makanan untuk suami. Mengemas rumah. Pakaian suami, isteri yang cuci, jemur dan lipat. Waktu pagi sediakan baju kerja dan sarapan untuk suami. Banyak lagi sebenarnya.

Begitulah saya rasa sekarang. Saya rasa Raul macam ada perasaan sama saya tapi dia tidaklah ada cakap apa-apa. Dari cara dia layan saya macam saya rasa ada sesuatu. Angel ada cerita sama saya tapi itupun Dillan yang ceritakan. Angel bilang Raul sebenarnya dingin bila dengan perempuan. Yes. Saya pun boleh nampak bila Raul bercakap dengan Angel. Kasar semacam. Tapi bila dengan saya tidak juga pun. Terlampau sweet adalah sampai bersemut ni rumah sebab Raul.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 22, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I'm His Surrogate( Completed )Where stories live. Discover now