CHAPTER 3

6.8K 225 12
                                    

BAB 3

IRENE POV

Angel geleng kepala tengok saya. Raut wajahnya jelas kelihatan dia tidak setuju dengan cadangan saya itu.

"Jangan jadi macam saya, Reen. Kerja macam saya ni kotor kau tahukah?" bantah Angel, keras.

"Apa lagi jalan yang ada, An? Kau mahu saya serah diri sama tu along kalau saya gagal sediakan duit mereka. Kau mahu saya kena jual sama orang lain atau mungkin saya kena jual ke negara lain,kau mahu? " tanya saya sama Angel. Laju kepala Angel menggeleng.

"Lagi bagus saya jual tubuh saya daripada berjauhan sama mamy dan Ed. Sama kau lagi. Kalau saya buat kerja macam kau, at least saya masih boleh jaga mamy sama Ed, An. Please.. Hanya ini saja jalan yang cepat. Help me, please?" rayu saya sama Angel.

Angel tarik nafas dalam-dalam dan dia hembus perlahan. Kemudian dia mengeluh.

"Okey. I'll help you. But.. saya yang akan bagi harga. Nanti saya aturkan pertemuan kau  sama client pertama kau nanti. Tapi saya kena bincang dulu sama manager saya. Sebab nanti bayaran kau kena bagi dua. Are you okey with that?" lebar terus senyuman saya. Saya peluk tubuh Angel, erat. Angel balas pelukkan saya sambil dia usap perlahan belakang saya.

"Thank you, An. Just do what you want to do." ucap saya ikhlas.

"Your welcome, Reen. I'm so sorry sebab tidak dapat bagi duit untuk lunaskan hutang dady kau tu." bilang Angel serba salah.

"It's okey. Lagipun itu kan duit simpanan kau. Yang penting kau sudah tolong saya cara lain." saya lepaskan pelukkan dan kami berbalas senyuman.

"Okey. Kalau sudah dapat client, nanti saya call, okey?" saya angguk kepala saja menjawab soalan Angel.

Jam 12 tengah malam kereta Angel sampai depan rumah. Saya buka tali pinggang dan bersedia ingin keluar. Sebelum buka pintu. Angel tiba-tiba menahan pergelangan tangan saya.

"Reen. Betul ni kau sudah fikir masak-masak?" soal Angel inginkan kepastian. Saya senyum.

"Betul, An. Ini saja cara yang cepat boleh dapat duit kan? Atau kau ada cara lain?" soal saya balik. Angel geleng kepala dia.

"So.. nanti kau tolong saya tahu. Kalau sudah dapat jangan lupa call saya, okey?"

"Okey Reen." balas Angel perlahan.

"Bah. Saya masuk dulu." baru saya mau buka pintu Angel tahan lagi lengan saya. Saya pusing dan angkat kening sama dia.

"Wait." dia bilang. Dia ambil handbagnya dan keluarkan wallet. Dia keluarkan satu kad dan hulur sama saya.

"Buat apa kau bagi saya ni kad?" soal saya hairan.

"Dalam ni ada RM1000 lebih. Kau guna ni duit shopping baju yang cantik dan seksi sikit. Kau pergi salon kah buat rambut. Cukur-cukur apa yang patut." Angel bilang sambil tersengih nakal. Saya tampar lembut bahu dia. Buat malu saya saja.

"Mesti kau cukur tu ar. Kasi cantik sikit. Kalau tidak nanti tidak berselera tu client kau nanti." tambah Angel lagi. Meletus tawa dia yang macam pontianak hilang anak. Ini kali saya rasa muka saya panas sudah. Saya jeling saja Angel disebelah. Saya tahu apa maksud Angel tadi tu. Malas saya mau explain. Pandai-pandai kamulah mahu faham sendiri apa yang Angel cakap tadi.

"Ish.. kau ni. Yalah. Saya masuk dulu. Bye."

"Hehehe.. okey bye Reen." bilang Angel masih dengan sisa tawanya itu.

Saya masuk rumah perlahan-lahan. Takut terganggu lena mamy nanti. Tiada pula tu orang tua balik. Kalau dia balik nanti, ni kali saya akan beranikan diri melawan. Saya penat sudah dengan keadaan begini. Ditambah lagi masalah yang baru dady timbulkan.

I'm His Surrogate( Completed )Where stories live. Discover now