TAKE CARE OF LOVE_3

1.3K 36 0
                                    

Pergaduhan yang terjadi dikelas 4.1 seminggu lalu masih lagi menjadi topik bualan para penggosip Aifel Girls High School. Iqdyah bahkan sudah kebal dengan segala kata-kata cacian dan ancaman dari Black Cat iaitu para geng Ariyana. Walaupun bukan salahnya sepenuhnya namun tetap sahaja geng tersebut tidak berpuas hati terhadap Iqdyah. Pasti ada sahaja yang dilakukan oleh mereka untuk membalas dendam seperti sekarang, Elin, Syaqira dan Qistina berada di kantin untuk mengganggu Iqdyah dan kedua sahabatnya makan.

"Anak yatim piatu!! Oh anak yatim piatu!!" Elin sengaja memanggil Iqdyah dengan panggilan tersebut bagi memancing emosi Iqdyah. Namun pembawaan Iqdyah yang memang sangat dingin langsung tidak menghiraukan panggilan tersebut padanya.

"Bukan anak yatim piatu lah Lin... Anak pembawa sial, kalau mak bapa dia mati memang sebab budak ni bawa sial!!" Kata Qistina pedas. Antara geng Black Cat Qistina merupakan ahli yang mempunyai mulut yang pedas. Terumatanya apabila bab menyindir seperti sekarang.

"Korang kenapa?? Tak puas ganggu kitaorang!!" Alya bangun dari tempat duduknya bagi membela Iqdyah. Walaupun bukan dia yang disindir namun telinga memang panas apabila Iqdyah disindir sebegitu rupa.

"Wow.. takde mak bapa tolong back up ada pula cewek cantik ni ye.." Syaqira menghampiri Alya ingin menyentuh gadis yang sdh berani membela Iqdyah. Iqdyah dan para sahabat serta geng Black Cat juga merupakan gadis hot disekolah ini. Tidak hairan apabila perdebatan mereka menjadi tontonan oleh pelajar lain sekarang.

"Jangan sentuh!!" Iqdyah menepis tangan Syaqira kasar apabila gadis liar itu cuba menyentuh wajah cantik Alya. Dia sangat sensitif apabila sahabatnya dikacau apalagi disentuh oleh musuh-musuhnya. Syaqira tersenyum sinis dengan perlakuan Iqdyah.

"Berani juga. Aku sangka tak... kenapa aku tak boleh sentuh?? Bukan gf kau kan..." kata Syaqira sambil tertawa sinis. Iqdyah hanya melemparkan pandangan tajamnya pada Syaqira.

"Kau pula bukan sesiapa bagi kami.. kau cuma sampah yang tak layak untuk menyetuh salah seorang dari kami!!" Suara dari belakang mereka membuatkan Syaqira tersentak dan segera menoleh. Faizah tersenyum dengan wajah panas Syaqira yang dihina sebegitu rupa olehnya. Syaqira mengetapkan giginya geram dengan senyuman kemenangan Faizah.

"Baik kau blah, aku malas nak tengok sampah depan mata.." Faizah menunjukkan wajah jijiknya dan dengan selamba menghalau sebahagian geng Black Cat tersebut.

"Kau jangan ingat kau terlepas Iq!! Kau tunggu je nanti!!" Kata Elin dengan senyuman jahatnya dan berlalu meninggalkan area kantin bersama Syaqira dan Qistina.

"Iq~~" Faizah segera memeluk erat tubuh sahabatnya yang sangat dia rindukan. Perlahan Iqdyah melepaskan pelukan Faizah dan duduk kembali di tempatnya yang berada disamping Syaza. Faizah sedikit tersentak dengan kelakuan Iqdyah yang melepaskan pelukan tanpa membalasnya. Dia pun mengambil tempat di hadapan Iqdyah dan bersebelahan dengan Alya.

"Kemana selama ni??" hati Faizah semakin tersentak dan sakit apabila Iqdyah bertanya dengan nada yang dingin dan cuak. Bahkan langusng tidak ada nada yang lembut dan hangat seperti selalunya. Faizah hanya diam tanpa berniat untuk menjawab pertanyaan Iqdyah.

"Kenapa diam!! Penat nak jawab... Call saya awak tak angkat, mesej saya awak tak reply!!" Iqdyah kembali bersuara dengan sedikit bentakan. Syaza yang sedar suasana sedang tegang segera menggenggam tangan Iqdyah diatas meja, berharap agar emosi Iqdyah semakin menurun.

"Saya...saya cuma... huh" Faizah langsung tidak mampu menjawab hanya helaan nafas yang berat dikeluarkan..

"Maaf..." hanya itu yang mampu dia ucapkan... Dia 5ahu penjelasannya pada saat ini langsung tidak berguna apalagi Iqdyah marah padanya..

"Masuk kelas... Sekarang!!" Iqdyah segera menarik tangan Syaza namun dengan lembut berjalan menuju ke kelas mereka yang berada tidak jauh dari kantin. Faizah hanya mampu menatap kepergian kedua sahabatnya.

"Dh.. Iq risaukan awak bukannya dia marahkan awak." Alya mengusap perlahan bahu Faizah bertujuan untuk menenangkannya. Helaan nafas berat Faizah menjadi petanda bahawa dia sangat penat dan lelah. Buakn penat dengan perangai Iqdyah, cuma dia baru sahaja dari airport dan terus ke sekolah untuk berjumpa dengan sahabat-sahabatnya.

Alya segera menarik tangan Faizah yang masih berdiri mematungkan diri segera ke kelas mereka kerena waktu rehat akan habis tidak lama lagi.

Take care of loveWhere stories live. Discover now