Seperti pagi-pagi yang biasa, Iqdyah gemar bangun pada jam 5 setengah pagi untuk memasak sarapannya sebelum bersiap kesekolah. Selimut berwarna biru langit tanpa bermotifkan apa-apa corak mahu pun tulisan dilipat lalu diletakkan dengan kemas. Perlahan langkahnya menuju ke dapur setelah memastikan bilik tidurnya telah kemas dan tersusun rapi. Tangga yang menghubungkan tingkat atas dan tingkat bawah dituruni dengan berhati-hati. Suasana sepi dan sunyi sudah menjadi kebiasaan bagi gadis yang berumur 16 tahun tersebut. Baginya itu adalah perkara yang menenangkan. Kebisingan hanya mampu membuatkan kepalanya sakit dengan serta merta. Bahkan magrinnya boleh menyerangnya dengan sangat kejam tanpa memikirkan rasa sakit yang dia akan terima.
Roti diambil dari peti sejuk lalu dimasukkan kedalam pembakar roti dan masa yang sesuai ditetapkan. Sambil menunggu, Iqdyah segera menyambut air panas dari mesin pemasan air yang telah dia gunakan sejak 3 bulan lalu. Nescafe latte 3 in 1 menjadi pilihannya untuk menemani dia sarapan pagi ini. Gelas kaca berwarna putih diletakkan diatas meja yang berada di ruang makan. Iqdyah kembali masuk kedapur setelah bunyi loceng alat pembakar roti telah berdenting menandakan masa pembakaran telah tamat. Dengan berhati-hati Iqdyah mengeluarkan roti bakar yang panas dan meletakkannya di piring kaca lalu dibawa ke meja makan. Nutella disapu pada roti tersebut membuatkan Iqdyah semakin berselera untuk memakannya. Tanpa ragu dia segera memakan sarapannya pada pagi itu tanpa ditemani sesiapa pun.
Kehilangan papa dan mamanya sejak dia berumur 12 tahun menjadikan dia seorang yang tabah dan mampu berdikari. Hanya pada mulanya dia merasa sangat rapuh dengan berita kematian kedua orang tuanya akibat kemalangan yang tidak dapat dielakkan. Kereta yang dinaiki secara tiba-tiba tidak mampu berhenti setelah break ditekan berkali-kali membuatkan kereta tidak dapat berhenti, memaksa untuk mengelakkan kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan dan menyebabkan kereta tersebut jatuh kedalam gaung lalu meletup kerana tangki minyak yang telah pecah. Iqdyah belajar untuk menerima kenyataan setelah sebulan hanya meratapi nasib dan menangis. Bahkan matanya saja sudah hampir buta kerana menangis pada setiap hari. Nasihat dan dorongan dari sepupunya membuatkan dia bangkit kembali dan tetap untuk kekal tabah. Tidak hanya itu bapa saudara yang merupakan adik kepada papanya telah merampas semua harta yang sepatutnya menjadi milinya kecuali tempat latihan tinju sekali gus menjadi rumahnya kini kerana hanya dokumen The True Fight ini sahaja dengan rasmknya atas nama Iqdyah yang tidak mampu pakciknya ubah. The True Fight merupakan tempat latihan tinju yang sesuai. Tingkat bawah terdapat gelanggang tinju dan beberapa alat untuk berlatih serta alat untuk bersenam. Dapur dan ruang tengah juga berada di tingkat bawah. Ruang yang sangat besar disini tidak menjadikan ianya sesak walaupun terdapat 3 ruang yang berbeza disini, tempat latihan, ruang tamu yang digabungkan dengan ruang makan dan dapur. Tingkat atas terdapat Bilik tidur Iqdyah, Bilik Kerja, Bilik untuk Iqdyah melepaskan penat seperti bermain game atau menyanyi dan juga bermain muzik, dan 2 bilik tidur yang lengkap dengan bilik mandi tanpa penghuninya. Iqdyah langsung tidak ingin menggunkan bilik tersebut. Kerana bilik tersebut boleh menjadi temlat tetamunya untuk berehat sekiranya ingin tidur rumah.
♡♡♡♡♡♡
Perjalanan yang hanya memakan 10 minit sahaja membuatkan Iqdyah sampai awal di Aifel Girls High School. Perlahan dia membuka helm dan jaket yang biasa dia pakai saat menaiki motor kawasakinya lalu membetulkan rambut perang yang indah miliknya membuatkan beberapa fansnya yang telah datang terpesona dengan kelakuannya yang dianggap mengoda. Wajahnya cantik dan hansome menurut beberapa fans menjadikannya salah seorang gadis yang hot sekaligus menyandang status sebagai primadona di Aifel Girls High School ini. Bibir nipis yang berwarna merah sangat menggoda bagi sesiapa sahaja yang memandangnya. Tingginya yang boleh dikatakan sangat ideal iaitu 170 cm menambahkan lagi nilai kecantikannya bahkan Iqdyah juga merupakan pelajar harapan sekolah. Dia juga mempunyai ramai fans perempuan mahupun lelaki. Kecantikannya tidak boleh dipertikaikan lagi sehingga pelajar sekolah lain boleh mengenalinya.
"Hey you.. let's go!!" Seketika Iqdyah ditarik terkejut oleh gadis yang lebih rendah darinya. Dirinya berasa sangat terkejut namun riak wajahnya tetap dingin dan terkesan sangat sombong.
"Dah sarapan??" Tanya gadis itu dengan lembut pada Iqdyah. Iqdyah hanya menganggukkan kepalanya dan terus berjalan menuju ke kelas mereka tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang memerhatikannya. Gadis rendah yang juga mempunyai wajah baby face serta sifatnya yang lembut dan manja membuatkan setiap fans iri kerana hanya gadis yang bernama Syaza Ireza berani bermanja pada Iqdyah. Dia adalah sahabat Iqdyah sejak berumur 14 tahun. Dan ketika itu Iqdyah sedikit kesulitan dengan urusan mempromosikan pusat latihan tinjunya. Dengan bantuan Syaza, akhirnya The True Fight boleh terkenal pengunjung semakin ramai terutamanya pada malam hari.
"Morning Yaya.." sapa Syaza pada Alya Haziqah sesampainya mereka di kelas. Iqdyah hanya menyapanya dengan senyuman tipis tanpa bicara. Alya memang sdh kenal dengan sifat Iqdyah hanya melemparkan senyumannya. Iqdyah mengambil tempat ditengah-tengah antara Syaza dan Alya. Dia melirik jam tangan hitamnya yang menunjukkan jam 7:40 pagi lalu meletakkan kepalanya untuk tidur sebentar sementara kelas akan bermula pada jam 8 pagi.
"Dah sarapan short-short??" Tanya Alya pada Syaza yang sedang mengemas bukunya di laci meja. Syaza menoleh pada Alya dan menggelengkan kepalanya.
"Jom...
"Saya bawa awak ke kantin." Ariyana segera memotong ajakan Alya kerana dia baru sahaja terdengar perbualan mereka tadi. Ariyana segera menarik lengan Syaza tanpa kerelaan Syaza. Dia tahu Ariyana menyukainya namun Syaza tidak suka dengan perangai Ariyanayang kasar."Ariyana lepas." Kata Syaza dengan ketakutan. Alya pun segera mendekati Syaza apabila melihat kekerasaan yang dilakukan Ariyana pada sahabatnya.
"Lepaskan tangan Syasya!!" Alya berusaha melepaskan cengkaman Ariyana dari lengan Syaza. Ariyana memang tidak menyukai apabila ada orang yang cuba menghalangnya untuk bersama dengan cintanya Syaza, dia semakin menguatkan cengkamannya pada lengan Syaza yang membuatkan gadis manja itu meringis kesakitan.
"Lepas lah!! Tak nampak Syaza sakit!!" Ariyana tetap menguatkan cengkamannya. Kuku tangannya yang tajam seakan menusuk masuk kedalam kulit lengan Syaza. Perlahan gadis berambut hitam itu mengalirkan air matanya. Sakit pada lenganya mungkin meningggalkan luka.
"Kau pergi baru aku lepaskan!!" Ugut Ariyana pada Alya tanpa mempedulikan Syaza yang sudah terisak.
"LEPASLAH!! TAK FAHAM BAHASA KE!!!" Iqdyah segera melepaskan tumbukan pada pipi kanan Ariyana. Serangan Iqdyah yang tiba-tiba itu tidak mampu dihalang oleh Ariyana dan dia terdorong kebelakang. Cengkamannya pada lengan Syaza pun terlepas.
"APA MASALAH KAU HAH!!" Iqdyah maju lalu memukul perut Ariyana dengan kuat menyebabkan Ariyana terjatuh di lantai. Sifat panas barannya memang tidak boleh dibawa berbincang. Iqdyah memang tidak mudah marah tetapi jika itu menyangkut ketiga sahabatnya, dia memang tidak akan berdiam diri. Dia menarik kolar baju Ariyana untuk memaksanya bangun.
"Iq sdh lah tu..." Syaza yang berada dalam pelukan Alya berkata dengan lembut. Dia sangat tidak menyukai apabila monster Iqdyah keluar dan menjadikannya ganas ibarat haiwan yang liar.
"KAU KACAU SYAZA LAGI... JANGAN HARAP KAU BOLEH HIDUP!!!" Iqdyah melepaskan kolar baju Ariyana dengan sedikit penolakkan yang kasar. Dia berjalan menuju kearah Syaza lalu menarik sahabat manjanya kedalam pelukannya. Alya hanya tersenyum melihat keadaan tersebut. Dia tahu yang Iqdyah sangat melindungi Syaza kerana antara mereka berempat Syaza adalah paling lemah dan harus dilindungi.
"Iq... Syasya takut...hiks...hiks.. sangat...hiks...hiks..." Syaza menangis dalam dakapan Iqdyah. Iqdyah hanya mengusap lembut belakang Syaza lalu mencium lembut puncak kepala Syaza. Dia tahu segala yang Syaza takutkan. Termasuk monsternya yang agak menyeramkan.
YOU ARE READING
Take care of love
القصة القصيرة"Jadi kenapa kalau ada pelajar baru??" tanya Iqdyah Irene dengan nada yang sangat dingin.Hampir kesemua pelajar di Aifel Girls High School tersebut sedang bergosip ria tentang kehadiran seorang pelajar dari luar negara namun tidak bagi Iqdyah. Dia l...