TAKE CARE OF LOVE_4

1.2K 32 0
                                    

Keadaan malam yang sunyi di The True Fight membuatkan Iqdyah semakin bersemangat untuk berlatih tinju. Peluh yang mengalir di dahi dan lehernya langsung tidak dihiraukan. Dia masih dengan penumbuk tinjunya dan batal untuk dia sasarkan penumbuk.

"Wow... wow... wow..." dia dikejutkan oleh suara yang sangat dia benci. Walaupun tertanya-tanya namun kepalanya langsung tidak menoleh malah masih meneruskan latihannya.

"Tangkap dia bawa kesini.." arahan yang jelas Iqdyah dengar dan segera melihat apa yang telah berlaku. 4 orang lelaki yang berpakaian serba hitam sedang berjalan menuju kearahnya. Sedangkan lelaki yang memberi arahan tersebut cuma tersenyum sinis melihat sisi lemah Iqdyah.

IQDYAH IRENE P.O.V
Aku tidak ingin melawan malah terus kehadapan lelaki yang aku benci selamanya. Aku tahu sekiranya aku melawan tak mungkin aku akan menang bertarung dengan 4 org bodyguardnya. Aku menampilkan wajah yang sangat malas. Aku malas menghadapi lelaki yang paling munafik dalam keluargaku. Lelaki yang telah mengambil hampir semua harta yang telah ditinggalkan untuk ku.

"Tak nak salam uncle Iq??" Tanya nya sinis yang langsung tidak hiraukan. Perlukah menunjukkan kesopanan terhadap orang yang telah mengambil kesempatan atas kesusahan mu.

"Tak perlu nak sopan-sopan sangat.. kau bukannya sesiapa bagi aku!!" Tegas aku berkata tanpa perasaan takut ataupun ragu. Aku langsung tidak peduli dengan kemungkinan yang dia akan memarahi ku.

"Bagus kau pun cuma sampah bagi aku.." Lelaki yang pernah aku panggil Uncle Eric itu pun membelas kata-kataku dengan sedikit hinaan. Marah?? Tidak untuk apa aku marah. Aku langsung tidak terasa dengan kata-katanya.

"Jadi kenapa kau datang tempat ni??" Tanya ku terus pada point. Aku benci untuk mempunyai urusan dengannya. Sangat benci.

"Well.. aku cuma nak kau jaga Olivia Eqysya.. Anak kepada kawan aku.." kata Eric dengan penekanan. But wait untuk apa aku jaga anak kawan dia. Langsung tak pernah aku berfikir nak jaga. Lagipun gadis tu bukan budak-budak lagi.

"Tak nak.. dia bukan budak-budak lagi.." aku melawan perkataannya dengan sedikit bentakan. Aku sangat tak suka apabila disuruh-suruh sedemikian rupa.

"Ouh... jadi tempat ni baguskan untuk lupuskan sampah.. aku tak kesah kalau nak ke tak nak ke yang penting mulai esok kau jaga budak tu kalau tak The True Fight hancur!!" Ujar Eric mengugut lalu segera beredar dari tempat ku. Aku hanya memandang mereka kosong. Seperti fikiran ku sekarang sangat kosong. Memang semua orang kaya boleh menindas golongan seperti aku?? Atau memang takdir yang nak aku selalu kena tindas. Entah siapa juga lah yang tak pandai jaga anak nak juga suruh aku jaga.

Aku segera naik kebilik ku untuk mandi kerana badanku yang sedikit melekit kerana peluh. Aku ingin melupakan sejenak hal tadi. Perkara yang aku benci untuk bertemu dengan Eric.

"You nak kemana??" Baru beberapa anak tangga aku pijak dah ada org tegur aku. Aku menoleh ke bawah lebih tepat dikerusi untuk penonton yang mengelilingi gelanggang tinju. Terlihat seorang gadis yang berwajah cina. Mungkin mix chinese and.. dia tinggi lebih tinggi dari aku tapi boleh lah cantik juga.

"I Olivia Eqysya and you Iqdyah Irene kan.." Gadis yang bernama Olivia itu berjalan mendekati aku tanpa senyuman dibibir. Take note tanpa senyuman. Sombong?? Yes dia lah tu. Nampaknya aku akan menghadapi satu lagi masalah yang sangat besar..

♡♡♡♡♡♡

Malam semakin larut namun Faizah masih tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya merawang memikirkan Iqdyah. Perlakuan Iqdyah yang sangat dingin sungguh menyakitkan hati Faizah. Tidak pernah dia diperlakukan sebegitu dingin oleh sahabatnya yang paling dia sayangi. Dia tahu yang dia salah. Namun adakah orang di dunia ini yang mengakui kesalahannya sendiri?? Kerana ego dia sukar untuk meletakkan kesalahan itu pada dirinya. Faizah berfikir dia ada sebab yang kukuh untuk menperjelaskan mengapa dia hilang 2 minggu tanpa khabar. Perlahan Faizah mengambil iphonenya yang terletak di meja yang meletakkan lampu tidur sebelah katilnya. Nama Iqdyah dicari lalu tombol call ditekan. Menunggu penuh kesabaran dengan segala kemungkinan.

'Mm.. kenapa pi??' Hati Faizah melonjak kegembiraan mendengar suara Iqdyah yang serak mungkin baru bangun tidur. Jam tangan dijelingnya yang menunjukkan sudah pukul 12:30 pagi.

"Iq.. saya tak boleh tidur.." adu Faizah manja. Dia memang selalu menelefon Iqdyah ketika dia sukar untuk tidur. Dia mengalami sindrom insominia yang menambahkan lagi kesukaran untuk tidur.

'Pi dekat mana ni?? Rumah ke apartment?' Tanya Iqdyah penuh kerisauan. Faizah tersenyum mendengar panggilan Iqdyah padanya. Pi panggilan manja Iqdyah pada Faizah.

"Apartment.. bosan duduk dekat rumah" balas Faizah sambil matanya meliar menyapu pandangan kesetiap penjuru biliknya.

'Iq datang.. buka pintu, jangan tidur dulu' semakin gembira hati Faizah apabila Iqdyah ingin datang ke apatmentnya. Panggilan manja Faizah, datang apartment. Ini bermakna Iqdyah tidak lagi marah padanya.

"Baik.. call kalau dah sampai.." ucap Faizah yang dijawab dengan deheman dari Iqdyah. Panggilan pun ditutup secara sepihak oleh Iqdyah. Mungkin nak cepat kot, fikir Faizah.

Dia masih dengan senyuman dibibir. Senyuman yang sukar untuk hilang. Entah kenapa hal yang membuatkan Faizah paling gembira adalah Iqdyah. Dan itu juga hal yang paling menyedihkan baginya. Mengingat yang Iqdyah akan segera datang Faizah segera bangun dari katilnya lalu menuju ke ruang tamu apartment nya. Menunggu kedatangan Iqdyah dengan hati yang hangat penuh kerinduan. 2 minggu tidak bersua muka membuatkan rindu Faizah sudah tidak tertahan. Apalagi saat menerima perlakuan dingin Iqdyah padanya pagi tadi.

Take care of loveWhere stories live. Discover now