Ariyana terbaring lemah dikatil VVIP yang telah ditempah oleh Elizsya, kakak kepada Ariyana. Dia menatap wajah adiknya yang lebam di bahagian pipi kerana pergaduhan disekolah 2 hari lepas dengan perasaan sedih. Dia tidak mampu menyalahkan sesiapa untuk kesalahan yang Ariyana lakukan. Berkasar untuk mendapatkan seseorang yang dicintai tentu bukan salah satu cara yang mampu meluluhkan hati si dia yang dicintai. Bahkan mampu menimbulkan kekacauan yang menyebabkan pihak yang lain campur tangan dalam hal ini. Elizsya hanya mampu menghelakan nafas kasar setelah beberapa kali berfikir dengan keras agar adiknya tidak lagi melakukan hal yang sama terhadap Syaza.
"Kak... nak air.." Perlahan mata Ariyana telah terbuka dan langsung meminta air kerana kerongkongnya terasa sangat kering. Elizsya segera mengambil air yang berisi dalam gelas kaca lalu membantu untuk Ariyana minum.
"Masih sakit lagi??" Tanya Elizsya sebaik sahaja adiknya kembali baring dan melemparkan pandangan kosong keluar jendela bilik tersebut.
"Tak berapa.. lagi sakit dekat dalam.." seketika Elizsya terdiam. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Ariyana.
"Sakit sangat.. kenapa dia tak boleh terima Ari?? Ari jahat sangat ke?? Ari cuma risaukan dia.. Ari cintakan dia.." Ariyana melepaskan apa yang terpendam pada kakaknya tanpa ragu. Dia tahu Elizsya akan cuba memahami situasinya walaupun dia merasa bukan sepenuhnya salah nya.
"Ari.. tak salah bila kita risau kan seseorang.. macam Ari risaukan Syaza tapi yang salah nya bila Ari guna kekerasan untuk dapatkan apa yang Ari nak.." Elizsya cuba untuk menasihati Ariyana dengan lembut. Dia memandang wajah adiknya dengan penuh sayang. Dia tahu Ariyana kesepian kerana tidak ada orang yang menemaninya dirumah dari kecil sehingga dia besar dsn memberontak dengan cara kasar.
"Ari.. cuma nak dia tahu yang Ari sayangkan dia sangat tapi dia tak pernah nampak Ari.. Ari sunyi dan dia yang ada dekat hati Ari.. yang buat Ari rasa bahagia sangat.." Ariyana tertunduk apabila menyedari yang air mata nya mengalir perlahan menandakan kesakitan yang dia rasakan sangat menikam jantungnya...
Brak..
Pintu bilik tersebut dibuka dengan kasar membuatkan Kedua beradik tersebut terkejut dengan kehadiran sosok yang sangat garang dan ganas. Wajah Ariyana langsung pucat melihat seorang lelaki yang tegap dan bengis itu. Dia tahu dia kan mendapat sesuatu yang menyakitkan dari lelaki tersebut. Elizsya segera menggenggam tangan adiknya. Dia juga sdh dapat mengagak apa yang akan terjadi.♡♡♡♡♡♡
Suasana sangat bising ditingkat bawah membuatkan Iqdyah segera naik ke biliknya. Magrain yang selama ini kerap mengganggu nya kini datang bertamu tanpa sebab yang jelas. Perlahan dia merebahkan diri dikatil lalu mengurut kepalanya dengan lembut. Matanya tertutup bagi menghalang cahaya daripada membuatkan matanya silau dan magrain nya semakin sakit.Pikiran tertuju pada salah seorang sahabatnya yang tidak tahu kemana. Sudah seminggu sejak kali terakhir mereka berjumpa sehingga sekarang masih tidak ada khabar apa-apa.
"Magrain lagi.." secara tiba-tiba ada suara yang lembut menegur Iqdyah malah membantu dia untuk mengurut kepala Iqdyah. Tanpa membuka matanya dia tahu siapa yang telah membantu untuk mengurutnya.
"Entah.. bising sangat dekat bawah tadi." Kata Iqdyah yang masih memejamkan matanya. Itu hanyalah alasan untuk punca penyakitnya yang sebenar. Iqdyah hanya stress dengan kehilangan sahabatnya yang dia sayangi. Oleh sebab itu akhir-akhir ini dia lebih banyak berfikir tentang sahabatnya itu.
"Iyalah tu.. selama ni okay je awak urus semua tetiba hari ni boleh magrain." Ujar Momo yang merupakan sepupu kepada Iqdyah. Dia lah yang membantu Iqdyah untuk mengembangkan The True Fight sebelum sahabat-sahabatnya. Dia berhenti untuj mengurut kepala Iqdyah dan ikut berbaring disebelah sepupunya yang tersangat dingin sikapnya itu.
"Awak fikir pasal Faizah kan?" Tekaan yang betul Momo tanyakan pada Iqdyah. Iqdyah segera memalingkan wajahnya kearah Momo. Reaksi mukanya jelas menunjukkan yang dia tersangat terkejut. Entah kemana hilangnya wajah datar tanpa apa-apa reaksi sebelum ini.
"Hahaha... lucu lah bila Iq buat muka macam tu.." gelak Momo tanpa menghiraukan sisi cemberut Iqdyah yang telah keluar. Hanya pada Momo dan sahabatnya akan banyak ragam Iqdyah keluar.
"Alah... janganlah merajuk.. okay Momo serius dah ni.." Momo segera mengubah mood nya untuk lebih serius berbincang dengan Iqdyah. Dia tahu yang Iqdyah sekarang lebih serius dengan perkataanya.
"Tahu dari mana yang saya risaukan Faizah??" Tanya Iqdyah sambil memainkan hujung rambut panjang milik Momo. Momo hanya tersenyum mendengar pertanyaan Iqdyah. Dia tahu yang Iqdyah akan menanyakan hal tersebut.
"Tak perlu saya nak tahu dari mana... saya kenal awak sejak kecil Iq.. saya tahu semua pasal awak.. " kata Momo lalu tersenyum kecil melihat Iqdyah yang masih memainkan rambutnya.
"Tak boleh awak tinggal dengan saya??" Tanya Iqdyah dengan penuh pengharapan walaupun dia tahu yang Momo tidak akan mahu tinggal berdua dengannya. Bukan tidak mahu akan tetapi Momo masih ada beberapa urusan yang harus dia selesaikan.
"Awak tahu jawapan saya Iq.. Ini pun saya singgah kejap sebelum ke airport.. flight saya jam 9 malam.." Iqdyah berhenti memainkan hujung rambut Momo lalu menghela nafas berat. Dia tahu yang Momo harus kembali ke ketempatnya iaitu Jepun. Momo kesini hanya untuk urusan kerja. Iqdyah memejamkan matanya kembali lalu menganggukkan kepalanya faham.
"Maaf Iq.. saya kena pergi sekarang nanti saya terlepas flight" Momo melirik jam tangannya yang sudah menunjukkan jam 8:30 p.m. Dengan perlahan dia mencium dahi Iqdyah dengan lama. Dia sangat menyayangi sepupunya yang sangat special ini.
"Saya faham.. " singkat sahaja jawapan Iqdyah. Momo seakan memahami perasaan Iqdyah yang selalu berat hati untuk melepaskan dia pulang setiap kali dia melawat Iqdyah.
"Saya pergi dulu Iq.. Love you" Momo segera bangun dan melangkah keluar dari bilik Iqdyah dengan senyuman tipis miliknya. Perlahan tangan ditarik lalu tubuhnya dirangkul erat. Iqdyah memeluknya erat sambil mencium aroma milik Momo dilehernya.
"Love you too.." bisik Iqdyah dengan suara yang serak. Selalu akan terjadi begini sekiranya Momo akan meninggalkannya pergi. Iqdyah akan menangis seakan tidak rela melepaskan Momo.
"Saya akan datang juga nanti.. Saya harap awak tak sunyi lagi lepas ni.." Momo melepaskan pelukan mereka lalu mengusap air mata Iqdyah yang mengalir dipipi. Dia tersenyum melihat sifat manja Iqdyah padanya yang tidak berkurangan.
"Bye.." Momo sekali lagi mengucapkan kata perpisahan dan terus melangkah keluar. Keadaan The True Fight yang sunyi menjadikan Iqdyah semakin sedih melihat pemergian Momo. Tidak lama kemudian baru dia tersedar.
'Mana semua orang ni?? Bukan tadi ramai ke??' Monolog Iqdyah memandang sekitar gelanggang tinju yang langsung tiada seorang pun disana. Baru sahaja dia ingin melangkah keanak tangga kepalanya kembali diserang Magrain. Dia kembali ke biliknya untuk berehat bagi mengurangi perasaan sakitnya. Membiarkan persoalan demi persoalan bermain difikirannya tanpa dia ketahui apa yang akan berlaku.
YOU ARE READING
Take care of love
Short Story"Jadi kenapa kalau ada pelajar baru??" tanya Iqdyah Irene dengan nada yang sangat dingin.Hampir kesemua pelajar di Aifel Girls High School tersebut sedang bergosip ria tentang kehadiran seorang pelajar dari luar negara namun tidak bagi Iqdyah. Dia l...