JEPUN, KEDIAMAN HIRAI MOMO
"Cik Momo ada laporan dari Malaysia berkenaan dengan sepupu anda, Cik Iqdyah..." lapor salah satu anak buah Momo yang bertubuh seksi dan menawan. Momo hanya mengisyaratkan untuk anak buahnya itu memeruskan laporan yang ingin dia sampaikan."The True Fight telah diserang oleh salah seorang penembak rambang kita atas arahan cik dan Cik Iqdyah tidak mengalami sebarang kecederaan hanya sahabatnya Syaza yang pengsan.." Momo hanya mengangguk faham dengan laporan yang disampaikan oleh Yuzu. Dia segera menaip sebilangan nombor di Iphone milinya lalu membuat panggilan.
"Selamat malam Cik Momo..." sapa penjawab panggilan Momo.
"Selamat malam.. macam mana dengan tugas tadi??" Tanya Momo sambil memainkan pistol silver yang berada di atas meja lampu bersebelahan dengan katilnya.
"Saya minta maaf Cik Momo, nampaknya Cik Iqdyah dapat mengesan kehadiran saya sebelum saya melancarkan serangan."
"Dia perasan kehadiran kamu?? Sebab tu kamu tak dapat cederakan dia biar sikit pun??"
"Y-ya.. saya minta maaf Cik Momo.."
"Segera lah kembali ke Jepun..." ucap Momo lalu menamatkan panggilannya. Dia tersenyum puas mendengar laporan dari penembak rambangnya.
"Tolong uruskan tiket saya dan Sana ke Korea... saya nak kami bertolak besok" arah Momo kepada Yuzu. Yuzu menganggukkan kepalanya tanda faham.
"Awak boleh keluar dan tolong panggil kan Minatozaki Sana..." ucap Momo lalu Yuzu segera keluar dari bilik Momo dan bergegas ke kolam renang untuk melakukan arahan Momo.
"Maaf Cik Sana... Cik Momo panggil Cik Sana untuk ke biliknya.." Sana segera menoleh kearah Yuzu dan tersenyum. Dia segera keluar dari kolam renang yang cukup luas tersebut dan May yang merupakan asisten Sana segera menghulurkan tuala dan bathrobe.
"Baiklah terima kasih Yuzu..." Sana segera ke bilik mandi untuk membuka pakaian renangnya dan memakai bathrobe yang diberikan oleh May tadi.
♡♡♡♡♡♡
Iqdyah masih merenung melihat keadaan The True Fight yang sangat kucar-kacir. Barang-barang kaca hampir semuanya pecah. Tv nipis yang dia beli menggunakan duitnya hancur, sehancur-hancurnya. Bahkan gambar keluarga yang dia letakkan di ruang tamu pun habis berlubang dan framenya pecah. Entah apa perasaannya pada saat ini. Sudah 3 hari setelah penyerangan penembak rambang tersebut berlaku dia masih betah bertahan untuk tinggal di sini. Walaupun Faizah, Alya bahkan Syaza menawarkan untuk tinggal bersama mereka buat sementara waktu namun dia tetap tidak ingin.
"Iq... kita kemas semua ni sama-sama okay.." Alya mengelus lembut bahu Iqdyah untuk memujuk hati lembut sahabatnya itu. Perlahan Iqdyah mengangguk.
Rancangan mereka untuk mengemas The True Fight telah mereka rancang dari hari pertama TTF diserang namun terpaksa ditunda kerana pihak polis masih menjalankan penyiasatan. Hanya 2 hari yang diperluka oleh pihak polis untuk penyiasatan dan hari ini mereka dibenarkan masuk. Tidak seperti sebelum ini hanya Iqdyah yang dibenarkan masuk.
"Gambar ni Iq nak buat apa??" Tanya Faizah sambil memegang frame yang berisikan gambar keluarga Iqdyah. Iqdyah hanya tersenyum kecil lalu mengambil frame tersebut dari Faizah.
"Mmm... Iq nak simpan dalam box..." ucap Iq sambil merenung wajah kedua orang tuanya. Merenung wajah kegembiraan keduanya.
Senyuman yang terlihat sangat tulus bahkan kebahagiaan jelas terpancar dari senyuman tersebut. Wajah cantik mommy nya dipandang. Rambut hitam yang panjang membuatkan mommy kelihatan seperti wanita muda. Wajah kacak daddynya dipandang. Rambut yang sentiasa kemas dipotong dan disisir menjadikan daddynya pusat perhatian sekiranya mereka sekeluarga keluar untuk meluangkan masa bersama-sama. Seketika dia tersentap. Merenung kembali wajah mommynya. Dari mata, kening, bibir dan senyumannya. Seperti ada yang mempunyai mata dan kening yang hampir sama dengan mommynya.
"Iq... simpan dulu okay, kita kemaskan dulu ni..." Syaza menegur Iqdyah yang terlalu asyik merenung gambar keluarganya. Dia tahu Iqdyah merindukan kedua orang tuanya namun ini bukan lah waktu yang tepat untuk Iqdyah melakukan hal sebegitu. Mereka perlu mengemas dan membersihkan tempat ini.
"Mm... Iq mana Olivia?? Rasanya dah berapa harikan dia tak balik sini.." tanya Alya apabila mereka berehat seketika setelah 2 jam mengemas dan membersihkan TTF.
"Entah.. Saya pun tak tahu, kebelakangan ni lepas habis class terus dia pulang dengan Anisha budak 4.2" jelas Iqdyah yang membuatkan ketiga sahabatnya mengangguk.
"Cepat betul diorang berdua tu rapat kan... apa hubungan diorang eh??" Pertanyaan Faizah berjaya mengusik fikiran Iqdyah. Dia sendiri tidak tahu akan jawapannya.
Dia tahu Olivi telah menjadi salah satu Primadona Aifel Girls High School. Namun peribadi Olivia yang sangat tidak menunjukkan persahabatan membuatkan Iqdyah menjangkakan yang Olivia tidak mempunyai rakan. Tapi siapa Anisha bagi Olivia. Mereka berdua sangat rapat. Dan Iqdyah tahu yang Anisha dan Olivia telah kenal lama. Sewaktu dia meninggalkan Olivia sendiri di kantin dia kembali untuk menemani Olivia. Mana sanggupdia meninggalkan orang yang minta teman dengannya. Oleh itu dia tidak sengaja mendengar perbualan antara Anisha dan Olivia. Tapi, apakah hubungan keduanya??
YOU ARE READING
Take care of love
Short Story"Jadi kenapa kalau ada pelajar baru??" tanya Iqdyah Irene dengan nada yang sangat dingin.Hampir kesemua pelajar di Aifel Girls High School tersebut sedang bergosip ria tentang kehadiran seorang pelajar dari luar negara namun tidak bagi Iqdyah. Dia l...