Perlahan nafas berat hanya mampu Iqfyrah kerluarkan, sedari tadi dirinya tidak mampu untuk bertenang dan hanya berjalan mundar-mandir di ruang tamu yang sederhana luasnya. Momo yang melihat kegusaran Iqfyrah sejak tadi membuatkan gadis jepun tersebut berdiri lalu menghentikan langkah Iqfyrah yang ingin berbalik. Seketika Iqfyrah menutup matanya dan menarik nafas perlahan lalu menghembuskannya.
"Dah lah tu, tak penat ke?? Sini duduk" perlahan Momo menarik tangan Iqfyrah agar duduk diantara dirinya dan Sana . Momo menggenggam erat tangan Iqfyrah yang terasa dinginnya.
Dia tahu sepupu dekatnya itu cemas sekali gus takut untuk rancangan mereka pada hari ini. Mereka merancang untuk menjelaskan perkara yang terjadi akhir-akhir ini serta keadaan keluarga Irene yang sebenarnya. Tentu Iqfyrah berasa cemas dia takut dengan reaksi yang dia dapat dari Iqdyah. Entah apa pandangan Iqdyah padanya, kakak yang langsung tidak bertanggungjawab terhadap adiknya. Bayangkan Iqdyah yang tinggal sendirian tanpa ada apa-apa harta yang tertinggal kerana Eric berjaya merampasnya.
"Kejap lagi mereka sampai"ucap Olivia membuatkan Iqfyrah semakin tidak tenang. Sana mengelus lembut bahu Iqfyrah untuk menenangkan gadis yang sudah berusia 17 tahun tersebut.
Entah, dia langsung tidak tahu adakah ini hari yang tepat untuk Iqdyah tahu segalanya?? Hari ini dimana Iqfyrah dan Iqdyah lahir dan beranjak dewasa. 26 April mereka berdua dilahirkan pada tanggal yang sama hanya berbeza tahun. Sana kembali memerhatikan ruang tamu Iqdyah yang kemas tersusun dan memerhatikan beberapa insan yang penting disini termasuk Anisha, Faizah, dan Alya. Sahabat Iqdyah telah mengetahui hal ini dahulu kerana Momo meminta pertolongan mereka untuk menjaga Iqdyah ketika mereka tidak berada disini. Telah setahun setengah mereka menyimpan rahsia ini, dari pengetahuan Iqdyah atas permintaan Momo. Walaupun rasa bersalah sering kali bersarang dalam hati mereka namun janji tetaplah janji yang tidak harus dimungkiri.
"Olive keluar jap, ambil Iq.. get ready" Olivia mengingatkan semua yang berada disana lalu keluar dengan penuh keberanian. Sejujurnya dia juga takut untuk melihat reaksi Iqdyah. Terlabih lagi dia tahu yang Iqdyah sangatlah tidak menyukai dirinya, apakah Iqdyah akan menerima dirinya sebagai adik tiri??
¥¥¥¥¥¥
"Siapa sebenarnya Iq??" agak sayu kedengaran pertanyaan Iqdyah setelah terdiam beberapa minit selepas mendengar semua penjelasan dari Olivia, Iqfyrah dan Momo. Otak nya beku memikirkan kenyataan yang terpaksa dia terima, walaupun dia tidak pernah membayangkan kejadian ini akan berlaku apatah lagi membayangkan nya.
"Iq ingat rantai yang pernah mama bagi??" Tanya Momo kepada Iqdyah yang dijawab dengan anggukan lemah. Momo tersenyum manis memandang Iqdyah lalu mengambil tangan Iqdyah dan menggenggam nya.
"Iq adalah 'Lion of Irene', Iqfyrah adalah 'Flower of Irene' dan Olivia adalah 'Cat of Irene' " ucap Momo yang berjaya membuatkan Iqdyah sedikit faham dengan kenyataan baru yang dihadapinya. Iqdyah mengalihkan pandangannya pada Iqfyrah dan Olivia yang duduk bersebelahan di hadapannya.
"I have a siblings, and both of you are my sisters?" tanya Iqdyah dengan nada tidak percaya, sukar benar otaknya berhubung diwaktu sekarang untuk memahami semuanya.
"Yup, so untuk sekarang. Iq kena kemas semua barang dan kita akan balik ke Korea malam ni juga" ucap Momo dan secara spontan kesemua yang terlibat dalam berbincang tersebut bubar kecuali Alya, Syaza dan Faizah yang masih tetap di tempat mereka.
"Iq, maafkan saya" ucap Syaza perlahan sambil menundukkan kepalanya, air mata kesedihannya jatuh dari kelopak mata setelah berusaha di tahan sejak tadi. Iqdyah juga tertunduk mendengar ucapan Syaza disertai dengan esakan halus akibat tangisan si gadis manja tersebut.
Seakan menyedari perpisahan yang akan terjadi Faizah dan Alya mula ikut menangis bersama Syaza. Mereka mengetahui lebih awal yang perpisahan ini akan terjadi namun hati siapa yang mampu bersedia untuk menerima pemergian?? Iqdyah segera memeluk sahabat-sahabatnya sambil mencium dahi mereka satu per satu seakan ingin menenangkan mereka.
"Saya janji saya akan balik untuk jumpa awak bertiga" ucap Iqdyah disertai dengan senyuman manis yang mampu dia ukirkan walaupun matanya mula mengalir kan air mata. Dia kembali memeluk sahabat-sahabatnya kerna dia menyedari perpisahan ini bukan lah dalam jangka masa yang pendek malah boleh memakan masa dalam bulan atau pun lebih tepat tahun.
Author
Kehadapan para pembaca story ni, so citer dia macam ni. Nak sambung tapi rasa story ni macam melebih" plot dia and aku rasa dah mula mengarut😂😂. Ada niat nak stop tapi memandang kan ramai yang baca, so aku nak korang pilihlah nak aku terus kan citer ni atau padam,tolong komen sebab aku pon tengah bingung sekarang ni😂😂 maaf ye sebab lambat sangat updatenya.Sekian terima kasih,
Hidyahhh
YOU ARE READING
Take care of love
Short Story"Jadi kenapa kalau ada pelajar baru??" tanya Iqdyah Irene dengan nada yang sangat dingin.Hampir kesemua pelajar di Aifel Girls High School tersebut sedang bergosip ria tentang kehadiran seorang pelajar dari luar negara namun tidak bagi Iqdyah. Dia l...