Suasana yang dingin kerana embun pagi masih terlihat menjadi pendorong Iqdyah untuk tetap tidur dipangkuan Syaza. Syaza mengelus lembut rambut perang Iqdyah dengan penuh kasih sayang. Suasana Taman Aifel Girls yang sunyi menjadikan hati keduanya tenteram. Secara perlahan Syaza mendekatkan wajahnya pada wajah Iqdyah yang berada di pangkuannya.
Chup..
Syaza mengucup lembut dahi Iqdyah. Dia sangat menyayangi Iqdyah. Orang yang telah melindungi dan menjaganya selama mereka berkenal."Iq.. awak akan jaga saya selamanya ke?? Saya risau satu hari nanti awak dah tak boleh ada dengan saya.. saya takut awak dah tak kesah pasal saya nanti.. saya...hiks.. saya tak sanggup bila awak tinggalkan saya..hiks.. saya tahu saya egois.. tapi tolong stay dengan saya walau apapun yang jadi..hiks.." ucap Syaza lirih, air matanya bahkan mengalir dipipi mulus miliknya. Dia tahu Iqdyah tidur dan langsung tidak ada kemungkinan untuk dia mendengar kata-kata Syaza. Entah apa yang merasuk fikiran gadis manja itu sampai dia membayangkan yang Iqdyah akan pergi menjauh darinya. Entah kenapa hal itu tiba-tiba terlintas dalam fikirannya. Dipagi yang indah namun hatinya sangat penuh dengan ketakutan bahkan kesedihan.
"Syasya..." panggil Iqdyah manja pada Syaza. Mantanya sudah terbuka luas memerhatikan wajah Syaza yang memerah akibat menangis. Perlahan dia bangun dari pangkuan Syaza lalu mendekatkan tubuhnya dengan Syaza. Mengelus lembut pipi yang basah akibat air mata.
"Kenapa hmm??" Tanya Iqdyah lembut pada Syaza yang dibalas dengan gelengan. Walaupun Syaza tidak menjawab pertanyaan Iqdyah tapi Iqdyah tahu apa yang merunsingkan fikiran sahabat manjanya iu. Dia tidur tapi mungkin Syaza lupa yang telinganya sangat sensitif apabila dia tidur. Dia mendengar semua luahan Syaza dengan jelas.
"Saya janji takkan tinggalkan awak.. selagi saya mampu jaga awak, saya akan buat.. saya akan lindungi awak Syasya.." Iqdyah segera memeluk Syaza dan membelai leher belakang Syaza yang ditutupi dengan ramput panjang hitam milik Syaza.
"Promise me Iq..." pintah Syaza dengan suara yang sedikit serak akibat menangis. Iqdyah segera mengangguk tanpa ragu. Baginya meninggalkan para sahabatnya adalah hal yang terakhir bahkan tidak akan dia lakukan dalam hidupnya.
"I'm promise.." Iqdyah mengucup lembut dahi Syaza yang masih berada dalam rangkulannya. Syaza tersenyum dengan perlakuan Iqdyah. Bukan hal yang luar biasa apabila Iqdyah mencium sahabat-sahabatnya. Dia akan melakukan hal tersebut apabila ingin menenangkan sahabatnya yang sedang bersedih. Bahkan ketika mereka birthday Iqdyah akan mencium dahi mereka dengan lama.
"What a sweet couple.." Secara tiba-tiba aksi romantik keduanya dilihat oleh Faizah dan Alya. Mereka langsung melepaskan pelukan dengan muka yang tebal menahan malu. Langsung tiada rasa cemburu pada Syaza kerana mereka bertiga akan dapat layanan yang sama dari Iqdyah.
"Takde lah.. dah jom balik kelas sayang~~"ujar Iqdyah lalu merangkul pinggang ramping milik Alya dari samping dengan selamba. Alya hanya tersenyum, tidak membantah malah membenarkan posisi mereka agar posisi Iqdyah memeluk Alya dari belakang.
"Dah lah playgirl betul Iq ni.." ucap Syaza merajuk sambil menarik tangan Faizah untuk ikutnya berjalan menuju ke kelas mereka. Dengan senyuman penuh kemenangan Faizah mengekori langkah Syaza. Iqdyah segera mengejar Syaza dan Faizah sambil merangkul tangan Alya dari samping. Nampaknya dia perlu memujuk baby syasya yang merajuk padanya.
♡♡♡♡♡♡
Dengan langkah yang tergesa-gesa Madam Ilhanie hampir melanggar seorang pelajar yang berjalan dengan lambat dihadapannya.
"Excuse me.." dengan muka masam Madam Ilhanie terpaksa memintas pelajar tersebut. Tanpa rasa bersalah pelajar tersebut hanya selamba memberikan laluan.
YOU ARE READING
Take care of love
Short Story"Jadi kenapa kalau ada pelajar baru??" tanya Iqdyah Irene dengan nada yang sangat dingin.Hampir kesemua pelajar di Aifel Girls High School tersebut sedang bergosip ria tentang kehadiran seorang pelajar dari luar negara namun tidak bagi Iqdyah. Dia l...