Setelah kelas tambahan Sabtu mereka yang bermula jam 7:30 a.m dan berakhir lebih cepat dari yang biasanya iaitu jam 12:30 p.m, Olivia segera menghampiri Iqdyah yang masih sibuk mengemas buku kimia yang dia gunakan tadi. Dia berdiri dihadapan Iqdyah membuatkan Alya yang masih duduk disamping Iqdyah menatap Olivia dengan pelik bahkan Faizah dan Syaza pun merasakan hal yang sama. Iqdyah yang sangat peka dengan keadaan sekeliling tersebut tahu bahawa Olivia sedang berdiri di hadapannya tanpa sebab hanya mengabaikannya.
"Iq.." panggil Olivia lembut membuatkan mahu tak mahu Iqdyah melihat si pemanggil. Kerutan di dahi Iqdyah cukup menjelaskan pada Olivia yang dia pelik sekaligus bingung dengan tindakannya pada saat ini. Olivia hanya mengukir senyuman manisnya pada Iqdyah.
"Boleh teman saya lepas ni??"tanya Olivia sambil manatap dalam anak mata Iqdyah yang berwarna hitam pekat. Seketika Iqdyah tersentak setelah menyedari senyuman Olivia hampir sama dengan senyuman mamanya.
"Kemana??" tanpa ragu Iqdyah bertanya dengan dingin seperti selalu bagi menutupi perasaannya saat ini. Dia bingung, terkejut dan pelik sekaligus. Bukan Iqdyah namanya jika tidak hebat memalsukan keadaannya dan memakai topengnya.
"Awak ikut je saya kalau awak boleh teman saya... kalau tak boleh takpe saya boleh pergi sendiri" ucap Olivia masih dengan senyuman tanpa menjawab pertanyaan dari Iqdyah. Seketika Iqdyah berfikir lalu menatap Alya lalu Syaza dan Faizah yang setia menunggunya unuk pulang bersama.
"Awak temanlah dia Iq, kitaorang okay je" ucap Alya sambil mengangguk pada Iqdyah. Dia tahu sahabat aisnya itu sedang risau tentang mereka bertiga.
"Lagipun awak tak risau dia pergi sendiri??" sambil Alya sambil memandang Olivia yang menunggu jawapan dari Iqdyah. Entah kenapa namun sambungan ucapan Alya mampu membuatkan Iqdyah risau pada Olivia yang jelas-jelas bukan seseorang yang bererti dalam hidupnya kecuali pengacau walaupun dia tidak menghiraukan hal tersebut.
"Betul tu Iq, saya akan hantar Syasya pulang jangan risau"sokong Faizah membuatkan Iqdyah hanya mampu menghelakan nafas berat, seberat hatinya untuk melepaskan sahabatnya pulang tanpa dirinya. Dia beralih menatap Olivia, meski dengan berat dia tetap mengangguk setuju. Lalu dia berjalan mendekati Syaza lalu mengusap pipi gadis manjanya dengan lembut. Syaza tersenyum lalu memeluk Iqdyah.
"Saya pulang dengan yang lain Iq.. jangan lambat pulang tau, malam ni kan kita jumpa dekat apartment Faizah" nasihat berserta ingatan rancangan mereka malam ini dari Syaza yang sudah berada dalam pelukan hangat Iqdyah . Gadis itu mendongak melihat Iqdyah yang setia mengusap lembut kepalanya. Seolah faham dengan perlakuan Syaza, Iqdyah melepaskan pelukan mereka lalu mencium lembut kening Syaza. Syaza yang menerima perlakuan Iqdyah hanya tersenyum dan menutup matanya menikmati ciuman yang menyalurkan kasih sayang Iqdyah padanya.
Chup..
Chup..Iqdyah beralih mencium kening Alya dan Faizah, mereka yang dicium pun hanya tersenyum menerimanya. Mereka tahu yang Iqdyah hanya mengungkapkan kasih sayangnya melalui ciuman singkat ini.
"Kitaorang balik dulu Iq, jangan lupa tau"ucap Faizah sambil mengucup lembut pipi kanan Iqdyah lalu keluar dari kelas mereka sambil memegang erat tangan Syaza.
"Take care Iq" ucap Alya sambil tersenyum lalu berjalan sedikit laju mengekori Faizah dan Syaza yang meninggalkannya. Iqdyh dan Olivia hanya menghantar pemergian sahabat Iqdyah melalui pandangan mereka sahaja.
"Jadi.. kita nak kemana??" Tanya Iqdyah pada Olivia
"Ikut je.. naik kereta saya" ucap Olivia lalu menarik tangan gadis dingin tersebut menuju ke tempat letak kereta Aifel Girls High School.
YOU ARE READING
Take care of love
القصة القصيرة"Jadi kenapa kalau ada pelajar baru??" tanya Iqdyah Irene dengan nada yang sangat dingin.Hampir kesemua pelajar di Aifel Girls High School tersebut sedang bergosip ria tentang kehadiran seorang pelajar dari luar negara namun tidak bagi Iqdyah. Dia l...