TAKE CARE OF LOVE_9

1K 23 2
                                    

KOREA, KEDIAMAN IRENE
Suasana yang aman dan damai di kediaman keluarga Irene sedikit terganggu dengan kehadiran Eric, pengkianat kepada pewaris Irene. Suasana agak mencengkam dan tegang dengan renungan tajam antara Momo dan Eric. Entah apa yang Eric inginkan sehingga Eric datang tanpa diundang dan mengganggu perbincangan mereka pada hari ini. Momo yakin yang Eric ada rancangan licik yang akan menguntungkan dirinya.

"Kenapa kau perlu tunjukkan muka dekat sini!!" Tanya Iqfyrah Irene kepada Eric. Dia sungguh benci pada sosok tubuh yang sedang duduk berhadapan dengannya di meja mesyuarat yang berada di ruang kerja milik keluarga Irene.

"Aku cuma nak bagitau yang Olivia sekarang dah tinggal dengan Iqdyah" senyuman licik jelas tergambar di wajah pengkianatnya. Momo terus membuang muka memancarkan kebenciannya pada Eric.

"Habis tu kenapa?? Biarlah diorang tinggal sama-sama.." ucap Iqfyrah seakan tidak peduli dengan keadaan Iqdyah dan rancangan licik Eric. Namun dalam hati ingin tetap timbul sejuta kerisauan terhadap Iqdyah.

"Ouh.. jadi agak lah apa perasaan Iqdyah bila tau yang Olivia tu adik tiri dia?? Ops terlepas..hahaha" Eric tertawa sinis melihat perubahan pada wajah Sana. Sana agak terkejut dengan kenyataan yang Eric nyatakan tadi namun tidak bagi Iqfyrah dan Momo, mereka agak tenang seperti telah mengetahui hal tersebut.

"Baik kau keluar sebelum aku bunuh kau!!" Momo tersenyum licik kepada Eric yang berjaya membuat semangat lelakinya sedikit tergugat.

Siapa yang tidak mengenali Hirai Momo?? Pewaris kepada Keluarga Hirai yang mengusai Jepun. Mengikat janji persahabatan bersama Keluarga Azuma yang merupakan salah satu kongsi gelap yang hebat seperti keluarga mereka. Apapun yang mereka katakan, mesti terlaksana. Terutamanya ketika mereka sudah mengatakan sesuatu disertai dengan kelicikan mereka.

"Ingat!! Urusan kita belum selesai!!" Ucap Eric mencuba menyembunyikan rasa takutnya lalu beredar keluar dari ruangan tersebut dan disambut oleh anak buahnya yang menunggu di luar sejak tadi.

"So... Momo jelas kan pada saya apa maksud Eric tadi" ucap Sana serius yang mampu membuatkan Momo kecut perut. Siapa yang tak takut bila buah hati marah dan merenung tajam seperti yang Sana lakukan pada Momo sekarang.

"I need to g..."
"No!! Stay here!!"ucapan Iqfyrah untuk menyelamatkan diri terpotong oleh Sana yang berkata dengan serius. Iqfyrah kembali duduk di sebelah Momo dan menatap lurus ke arah Sana.

"Maaf Sana.." ucap Momo tertunduk. Dia sangat tidak menyukai pandangan yang tajam dan dingin dari Sana.

"Saya tak perlukan permintaan maaf awak Momo" ucap Sana tegas dengan nada yang sangat dingin. Iqfyrah menelan liurnya yang terasa sangat pahit. Tubuhnya tegang setegang suasana ruang kerja pada saat ini.

"Mm... Sana calmdown saya yang akan jelaskan semuanya..." ucap Iqfyrah cuba untuk menenangkan suasana hati Sana yang sedang terbakar oleh api kemarahan. Dia berasa kesian pada Momo yang sedari tadi cuma menundukkan wajahnya, takut untuk bertentangan mata dengan Sana.

"Saya sebenarnya kakak kepada Iqdyah, saya tinggal disini sejak saya lahir dan saya langsung tak pernah bersua muka dengan adik saya... bila umur saya beranjak kepada 1 tahun, mommy dan daddy saya perpisah dan saat tu mommy mengandungkan Iqdyah.. mommy and daddy tetap bersama dengan status cerai untuk mengkaburi Iqdyah... mereka tak nak adik saya merasakan apa yang saya rasa, perpisahan yang menyakitkan... itu yang saya rasa dari dulu sampai sekarang... sebab tu bila balik ke Malaysia sahaja mommy and daddy akan bersama...selepas lahirkan Iqdyah mama berkahwin dengan Uncle Jackie dan mengandungkan anak pertama mereka Olivia... lepastu daddy masih menyendiri sampai mereka kemalangan haritu..." jelas Iqfyrah dengan tenang namun matanya menggambarkan kesedihan yang teramat sangat.

"And yang saya dapat tahu sekarang mommy dan daddy kemalangan sebab ada orang yang sabotaj kereta yang mereka naiki..." sambung Iqfyrah dengan senyuman kecil yang tergambar di bibirnya. Dia menutup matanya perlahan untuk menyeimbangkan emosinya pada saat ini. 

Dia tidak mau terbawa perasaan lalu menangis. Dia tidak suka apabila dirinya menjadi lemah kerana dia adalah pewaris Irene, kumpulan kongsi gelap yang terkenal di Korea. Pihak berkuasa bahkan takut dengan mereka. Namun perasaan rindu itu masih lagi dapat dia rasakan. Kerinduan pada kedua ibu bapanya, pada adiknya yang tidak pernah bersua, pada Olivia yang dia anggap sebagai adiknya walaupun selalu bersua sekiranya Olivia mengunjunginya di Korea.

Sana terdiam mendengar penjelasan dari Iqfyrah. Dia merenung kearah wajah Iqfyrah yang sedang menutup mata dengan rasa bersalah. Dia sepatutnya tidak terbawa emosi seperti tadi. Sana segera menoleh ke arah Momo yang memandang Iqfyrah dengan mata yang mengalirkan air mata. Dia menggenggam tangan Moko yang berada di atas meja dengan lembut bertujuan untuk menenangkan hati Momo.

"Maaf kami tak bagi Sana tahu pasal hal ini.. kami memang nak jelaskan hari sebab tu kita ada dekat sini, tapi tak tahu pula Eric dah bocorkan rahsia tu dulu... sekali lagi saya minta maaf.." ujar Iqfyrah lalu keluar dari bilik tersebut. Dia sudah tidak sanggup menahan air mata yang ingin mengalir apabila kepahitan kembali menerja fikiran dan perasaan nya...

Take care of loveWhere stories live. Discover now