Keadaan Iqdyah masih sama seperti dulu bahkan setelah kejadian Olivia hampir diserang tanpa Iqdyah tahu pelakunya, dia kembali kepada sifat dingin dan tatapan tajamnya. Kelas bermula dan berakhir seperti biasa tanpa ada apa-apa perubahan. Tubuh Iqdyah telah pun membaik setelah sebulan dirawat oleh sahabatnya, baginya 2 minggu cukup untuk menyembuhkan lukanya namun sahabatnya yang terlalu risau padanya menyebabkan ia mengambil masa selama sebulan sebelum melakukan aktiviti lasak.
"Iq.. teman saya lepas ni pergi kedai buku jap.." permintaan Syaza segera Iqdyah tunaikan. Dia segera mengemas buku dan alat tulisnya lalu memasukkannya ke dalam beg.
"Jom Syasya, kita pergi naik kereta awak. Saya drive" Iqdyah menggenggam erat tangan Syaza lalu pergi ke tempat letak kereta di belakang blok mereka. Faizah dan Alya sudah pulang kerana ada urusan yang mereka berdua harus selesaikan.
Iqdyah segera menghidupkan enjin kereta milik Syaza setelah mereka berdua mengambil tempat masing-masing. Sedikit masa diambil untuk memanaskan enjin kereta. Syaza hanya diam ditempat duduknya sambil memandang keluar tingkap. Sedikit kerisauan terpancar pada wajah comel Syaza membuatkan Iqdyah yang melihatnya menjadi tidak sedap hati.
"Syasya.. kenapa??" Tanya Iqdyah sambil mengelus lembut tangan kanan Syaza yang berada di paha kanannya. Syaza sedikit terkejut dengan perlakuan Iqdyah lalu menggeleng cepat.
Iqdyah hanya mengelah nafas berat lalu menukarkan gear untuk menggerakkan kereta Syaza yang dia pandu. Keadaan masih sama sunyi tanpa ada percakap dari kedua. Walaupun berasa janggal namun Iqdyah tetap menahan diri dari bertanya bermacam soalan kepada Syaza, dia berfikir mungkin gadis tersebut sedikit tekanan dengan exam yang akan datang. Tidak salah mempunyai sangkaan begitukan fikir Iqdyah.
♡♡♡♡♡♡
KOREA, KEDIAMAN IRENE
"Tak perlu nak buang muka macam tu Iqfyrah" ucap Momo yang masih duduk dengan santai di sofa sambil merenung wajah kusut sepupunya yang sedang duduk di sofa hadapannya. Iqfyrah mendengus kasar, dia masih marah pada Momo atas tindakan drastik Momo pada Iqdyah?"Dia okay je Fyrah, awak tak payah risau" Momo masih lagi memujuk Iqfyrah yang dia tahu masih marah padanya. Serangan terhadap Iqdyah yang Momo dan Olivia rancang tanpa pengetahuan Iqfyrah, entah bagaimana pewaris utama Irene tersebut tahu tentang rancangan tersebut.
"Awak tak fikir sebelum bertindak ke Momo?? Kalau Iqdyah mati macam mana?? Lagi-lagi bila Olivia menawarkan bayaran sekiranya mampu membunuh Iqdyah!! Dia adik saya Momo!! Macam mana saya tak risau bila 10 lelaki awak upah untuk bunuh Iqdyah?? Dan..." ucapan amarah Iqfyrah terhenti seketika dan merenung gambarnya bersama mama dan papa ketika dia berusia 4 tahun seketika, lalu menatap Momo dengan tatapan yang kecewa.
"Awak langsung tak bincang apa-apa dengan saya.. awak tak bagi tahu pun tentang hal ni sehingga saya yang tahu sendiri.." ucap Iqfyrah dengan lirih, dia sangat tertekan sekarang. Momo yang menyedari keadaan Iqfyrah yang semakin stress membuatkan dirinya rasa bersalah.
"Awak anggap saya apa Momo?? Iqdyah adik saya, awak nak saya kehilangan lagi ke??" Iqfyrah menundukkan wajahnya. Mencuba untuk menenangkan dirinya, dia sangat kecewa pada Olivia dan Momo yang seolah mengabaikan dirinya. Apapun yang terjadi Iqfyran berhak tahu kerana dia masih kakak kepada Iqdyah dan Olivia.
"Maaf..." ucap Iqfyrah dengan sangat perlahan, tapi cukup untuk telinga Momo menangkap ucapannya. Denagn langkah yang perlahan Iqfyrah meninggalkan Momo di ruang tamu menuju ke biliknya.
Dia kecewa, sangat kecewa bahkan dia marah pada dirinya yang tak mampu menahan emosinya pada Momo, sepupunya yang dia sayang.
YOU ARE READING
Take care of love
Short Story"Jadi kenapa kalau ada pelajar baru??" tanya Iqdyah Irene dengan nada yang sangat dingin.Hampir kesemua pelajar di Aifel Girls High School tersebut sedang bergosip ria tentang kehadiran seorang pelajar dari luar negara namun tidak bagi Iqdyah. Dia l...