"Adoiii, sebab keta nilah aku lambat. Hish, menyusahkan betullah." ngomel Aisyah sendirian. Sudah beberapa tahun usia kereta Mercedes hitam itu, kereta tinggalan arwah Aisy lah katakan. Sayang nak dijual.Aisyah berlari ke dewan kuliah secepat yang mungkin. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 9.15 pagi. Sah, dia dah lewat 15 minit dah ni.
Aisyah terus membuka pintu dewan dan berlari ke dalam selepas mengetuk beberapa kali. Lecturer nya hanya senyap sahaja.
"16 minutes late dear young girl, explain." ujar professor wanita itu dengan nada mendatar. Aisyah dapat merasakan banyak mata melihatnya. Dahlah dia lewat, dia terbuat bising pulak tu.
"My car-"
"Semua orang dah ada partner untuk new project. You?" tanya professor itu. Lidah Aisyah terasa kelu untuk menjawab soalan itu. Dalam kelasnya, langsung tiada member Emperiors sebab Aisyah ambik course Law sedangkan hampir semua ahli Emperiors ambik Engineering dan Science.
Tiba-tiba sepasang bunyi tapak kaki memasuki dewan kuliah. Aisyah menghela nafas lega, bukan dia seorang yang datang lambat agaknya.
"How about you, young man? 20 minutes late." tanya professor itu pula. Aisyah curiga dan menoleh ke belakangnya dan hampir terkejut apabila melihat wajah Syed Qairul Noah berdiri tegak dengan muka serius dan yakin di situ.
Hampir tercabut jantung Aisyah. Ingatkan Qairil tadi. Fuh.
"I was switched to this course. I was a Chemistry student. Seems like my lecturer recommend me to take this class and so here I am and will always be. I was late as I just fetch my new time table from dean. This is the proof." tutur Noah panjang lebar dengan kepetahannya bercakap. Sehelai kertas dengan satu tanda tangan diberi kepada professor.
Professor itu kelihatan puas hati dan agaknya sudah mula menyukai kebijaksaan dan kepetahan Noah.
"Patutlah kena tukar. Cakap macam lawyer yang tak pernah kalah kes. Bagus, gaya dah ada." ujar professor itu. Aisyah memandang tempat duduk student dan memang, sudah ada beberapa orang perempuan memerhati Noah atas ke bawah. Huh, gatal!
Noah membalas pujian itu dengan senyuman kecil.
"Disebabkan this Miss datang lambat to class, and you yourself pun belum ada partner, better both of you pair up with one another. Now take your seat and I will explain your task. Go." tambah professor itu.
Aisyah dan Noah berpandangan buat seketika. Jelas yang Noah agak terkejut dan tidak menyangka, reaksi wajahnya menceritakan segalanya. Aisyah pula hanya tersenyum kelat dan mengambil tempat duduknya. Noah duduk bersebelahan Aisyah tanpa banyak bicara.
Noah memandang Aisyah, namun Aisyah sibuk mengeluarkan barang.
Tidak dinafikan yang Aisyah memang wanita yang cantik dan rupawan. Disebabkan dia merupakan mix Pakistan, Arabic dan Sabah, Aisyah memang ada rupa dan diminati ramai. Even Noah pun kadang-kadang ada juga terpandang Aisyah lama.
Noah pula kacukan British-Malaysian, namun rupa parasnya dan Qairil lebih kepada Malaysian. Dan kalau mereka berdua berbaik dan selalu bersama, memang hot stuff lah jawabnya.
"Noah?" panggil Aisyah. Noah tersedar dari lamunannya dan meraut wajahnya.
"Did I missed anything?" tanya Noah, mula risau yang dia sudah terlepas apa-apa point dari task professor itu. Aisyah menggeleng kepala dan menyarankan Noah untuk fokus kerana professor itu sudah memberi amaran yang dia akan menerangkan sekali sahaja.
Lihat gaya dan cara catatan nota sudah tahu yang Aisyah tu student 4 flat. Noah hairan juga kenapa perempuan seperti Aisyah sanggup berlari mengejarnya semalam sampai terjatuh. Apa motif Aisyah? Dan apahal dia tak dengan kumpulan bodoh dia tu?
Noah tahu ada yang tak kena dan dia akan siasat, tak kira apa.
***
"Noah, I thi-"
"Rule number one, jangan anggap saya sebagai kawan. Rule number two, kita hanya berbincang tentang assignment SAHAJA. Rule number three, kalau ada tak puas hati tentang hasil kerja saya, tell me. Rule number four, do not pull any idiotic prank to me or face the consequences. Rule number five, DATANG MASA DISCUSSION. Aku akan tetapkan masa, dan siapa untuk di temubual. Kau, uruskan benda lain. Itu je, ada faham?" terang Noah panjang lebar seraya memotong percakapan Aisyah.
"Faham, tapi-"
"Okay, bye then." ujar Noah lalu melangkah pergi dengan sepantas kilat.
"YOUR NUMBER? CAMNA I NAK CONTACT?" jerit Aisyah dari jauh memandangkan jaraknya dan Noah sudah terlalu jauh. Noah memerhati Aisyah buat beberapa saat kemudian berpusing balik.
Aisyah tidak dapat menahan senyumannya. Memang, mission ni ada harapan walaupun susah. Aisyah tahu, dia mampu berjaya dan dia akan berjaya menjatuhkan Qairul Noah.
"Give me your number." ujar Noah lalu memberi telefonnya kepada Aisyah. Aisyah terus menyambut laju tanpa memberi Noah masa untuk berfikir dua kali akan tindakannya. Noah mengangkat keningnya, apahal perempuan ni teruja sangat agaknya?
"Here you go." kata Aisyah lalu menyerahkan kembali telefon kepada Noah. Noah mengangguk dan kemudian berlalu. Aisyah senyum sinis.
Semakin hari semakin ada banyak peningkatan. Tak sangka misi ni tak semustahil dan sesusah mana.Namun, personaliti Noah membuatkan Aisyah tertanya.
Macam mana lelaki pintar seperti Noah boleh berfikiran untuk membunuh ibu dia sendiri seperti yang Qhai ceritakan agaknya?
Aisyah merasa pelik buat seketika namun mencampakkan idea itu ke tepi buat sementara waktu. Dia perlu banggakan Emperiors, dia perlu banggakan Qairil. Itulah impian utamanya.
Tiba-tiba telefon Aisyah berdering menandakan ada mesej masuk. Aisyah terus mencapai telefon bimbitnya di dalam beg dan membaca mesej yang dihantar dari nombor tak dikenali itu.
Salam, first discussion at Library Campus, tomorrow at 3 p.m. - Noah
Aisyah tersenyum. Esok, dia perlu memanfaatkan peluang cerah itu.
YOU ARE READING
The Syed's Twin
RomanceSyed Qairul Noah dan Syed Qairil Nevin merupakan kembar seiras namun jauh beza personalitinya. Si abang, Qairul Noah merupakan pemuda yang bijak namun serius, jarang sekali mengukir senyuman. Pendek kata, hati batu. Heartless. Si adik, Qairil Nevin...