"Awak, awak dah siap tak assignment prof tu?" tanya Noah kepada Aisyah yang sibuk bermain telefonnya. Aisyah mengangguk."Boleh tolong terangkan sikit tak? Saya dah jumpa prof tadi tapi tak faham la penerangan dia part yang ni ha." tunjuk Noah. Aisyah membaca hasil kerja Noah dah mengangguk perlahan, mengenalpasti kesalahan Noah.
"Ok, macamni-" belum habis Aisyah bercakap, kata-katanya dipotong.
"Fayyana Aisyah. Hello." ujar lelaki itu. Berderau darah seluruh badan Aisyah. Di hadapannya berdiri lelaki yang dia anggap darah dagingnya sendiri, Harith Zaeem. Abang.
"Ha-Harith?" tanya Aisyah. Noah bangun dari kerusinya, mendekati Noah.
"Tenang, bro, tenang. Aku nak cakap baik-baik. Jangan cari pasal dengan aku. Aku boleh gaduh, tapi bukan depan adik aku. Faham?" kata Harith berupa ugutan. Noah melangkah selangkah ke belakang dan melindungi Aisyah.
Typical Noah. Selalu jaga Aisyah, biar diri dia sendiri terdedah.
"Aku nak cakap sikit dengan kau, Aisyah. Boleh?" tanya Harith dengan nada mendatar. Matanya memandang Aisyah dengan tulus sehingga sampai rasa aura kerinduan tu.
"Rith, not now." ujar Aisyah lalu merangkul lengan Noah, bersedia untuk berjalan pergi. Hampir luluh jantungnya mendengar kata-kata Harith. Ni mesti ada something ni.
"Sayang, awak nak saya halang dia ke?" tanya Noah lalu menarik Aisyah rapat dengannya.
Hampir terkeluar biji mata Harith.
SAYANG?
"Sa-sayang? Aisyah, kau gila ke otak kau letak kat lutut ha?" bentak Harith. Sudah, itu sudah cukup mencabar kesabaran Noah.
"Hoi, kau belah ah. Dia taknak kan jumpa kau. Berambus!" balas Noah lalu menolak Harith dengan kasar. Harith yang terdiam terus membisu dan memandang Aisyah dengan pandangan keji dan tidak percaya.
Aisyah menarik Noah pergi sebelum rahsianya terbongkar.
***
"Aisyah, kenapa ni?" tanya Noah selepas ditarik Aisyah pergi tadi. Kini, dia dan Aisyah di dalam keretanya, dengan nafas Aisyah yang tercungap-cungap dan keadaan Noah yang kehairanan.
"Just go, far from here. GO!" arah Aisyah lalu memicit dahinya dengan kasar. Tanpa bertanya lagi, Noah terus memecut pergi. Berkali-kali juga Noah asyik menjeling Aisyah, risau Noah dibuatnya. Tiba-tiba moody je ni.
Setelah beberapa minit memandu, Noah tidak dapat menahan mulutnya lagi. Dia melihat Aisyah di tepinya. Masih memandang luar tingkap, macam tengah memikirkan sesuatu je gaya budak ni. Asal jangan fikir laki lain sudah.
"Awak? Okey ke? Saya hantar gi klinik ye? Awak sakit kepala ke apa ke, saya belikan ubat. Just.. tell me. Talk to me, Aisyah." ujar Noah dengan nada yang lembut dan memujuk.
Dia cintakan Aisyah, sanggup buat apa-apa untuk bahagiakan dan lihat senyuman manis Aisyah semula. Yelah, tak pernah-pernah Aisyah moody sampai pandang Noah pun tak camni, tiba-tiba je. Gila tak risau.
"Tak payah. Just pandu je." jawab Aisyah.
"Sayang, mana lah saya tahu awak nak ke mana. Pandu tanpa haluan macam ni tak berguna, yang. Cakap, Aisyah nak pergi mana, Noah bawak." pujuk Noah lagi. Dari sudut matanya, Noah dapat lihat Aisyah roll eyes. Rasa lucu pun ada. Masa moody pun sempat lagi nak rasa menyampah pulak kat Noah!
"Saya cakap pandu je kan? Pandu jelah. Kalau susah sangat, berhentikan saya kat tepi jalan nih, taulah saya balik sendiri." ugut Aisyah pula. Terbatuk Noah dibuatnya.
"Sayang, sayang nak balik guna apa?" tanya Noah. Haa, ni sah cari gaduh ni.
"Teksi, uber berlambak tau." jawab Aisyah dingin. Eeee geramnya. Dalam masa-masa camnilah si Noah nak buat-buat bodo pulak, main-main lagitu.
"Kalau takde teksi, takde uber? Camne yang?" tanya Noah lagi lalu terketawa kecil dan menyembunyikan tawanya dengan batuk. Ni, haaa, ni memang cari nahas dengan si Aisyah.
"EH SUKATI SAYA LAH! Ingat saya tak boleh jalan kaki ke balik? Sudahlah! Malas layan awak ni." ujar Aisyah yang takat didihnya hampir mencecah 100 Degree Celcius.
Dahlah otaknya serabut lepas pertembungan dengan Harith. Pastu dia fikir pulak yang tentunya Harith gerenti report dengan member lain. Kalau hal ni sampai ke telinga Qhai, mampus.
"Sayang nak jalan kaki pulak dah? Astaghfirullah, sayang saya ni. Sanggup ye, sakitkan kaki tu." jawab Noah lagi berunsur gurauan. Makin Aisyah marah, makin suka Noah mengusiknya.
"Eh, kalau ikutkan hati saya ni, saya nak cubitttttt je awak ni tau. Saya mengenangkan nyawa kita dua je sebab saya tak cubit awak. Yelah, awak drive. Kang tak pasal-pasal masuk parit pulak sebab melatah kena cubit." ugut Aisyah geram lalu mengetap giginya.
Wajah Noah ditatap lama. Meskipun berjuta ugutan, berjuta pertelingkahan, berjuta usikan, Noah sentiasa menangkan Aisyah. Tak pernah sekalipun Noah tidak mengalah. Memikirkan itu, hati Aisyah terasa dicuit sedikit.
Noah ketawa. Hehe, selamatlah katakan.
"Kalau camni, selalulah saya jadi driver Cik Aisyah. Bolehlah saya usik dia habis-habisan pasni." kata Noah lagi. Aisyah roll eyes. Makin dilayan makin menjadi!
"Sayang, janganlah merajuk. Saya bergurau je. Awaklah permata, bintang, buah hati jantung pisang saya. Janganlah camni. Maafkan saya?" ujar Noah. Berkali-kali jugak dia mengerling ke arah Aisyah yang macam sengaja je taknak bagi reaksi.
Eeeee dia buat perangai la pulokkk.
"Ye ye." jawab Aisyah akhirnya apabila Noah asyik melihat ke arahnya sahaja. Dahlah tengah memandu tengah-tengah jalan, boleh pulak dia asyik pandang orang tepi. Noah ni memang!
"Okayy yessss! Jom makan, ada benda sikit saya nak cakap dengan awak." ajak Noah dengan nada ceria.
"Ye, sayang, ye." jawab Aisyah.
Noah mengukir senyuman.
YOU ARE READING
The Syed's Twin
RomanceSyed Qairul Noah dan Syed Qairil Nevin merupakan kembar seiras namun jauh beza personalitinya. Si abang, Qairul Noah merupakan pemuda yang bijak namun serius, jarang sekali mengukir senyuman. Pendek kata, hati batu. Heartless. Si adik, Qairil Nevin...