𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 19

558 40 1
                                    


"NOTHING TO REPORT? ARE YOU KIDDING ME?" ujar Qairil dengan mata penuh kekecewaan. Aisyah menunduk, tidak berkata apa.

"5 bulan, 5 bulan Qhai bagi tugas. Bulan pertama until kedua cemerlang kerja kau! Tapi kenapa start bulan 3,4,5 kau merundum jatuh teruk? Langsung takde apa? Kenapa? Jawab Aisyah!" tanya Qairil kepada Aisyah. Dah 2 bulan dah dia pendam kemarahan ni. Yelah, Aisyah dahlah datang lambat, pastu satu habuk pun takde.

"Aku.."

"Dah. Bulan depan, kalau takde apa information berguna, kau quit mission, balik semula ke Emperiors. Apa yang kau dah bagi setakat dua bulan pertama tu cukup kot." kata Qhai selepas memotong kata-kata Aisyah.

Qairil terus bangun dan keluar dari tempat itu. Lebih lama dia melihat wajah Aisyah, lebih panas dia dibuatnya. Kecewa pun kecewa.

"Qhai.." panggil Aisyah, namun tiada sahutan. Pintu dihempas kuat, menandakan kemarahan lelaki itu. Aisyah menutup mata, air mata yang hampir mengalir dia tahan.

Kekecewaan.

Itulah yang Aisyah takut. Yang Aisyah PATUT takut. Tapi, kenapa dia rasa macam tak kisah? Sekarang ni, lindungi rahsia Noah adalah benda paling penting. Walaupun jauh bertentangan dengan misinya, namun jalan inilah yang Aisyah mahu dan inginkan.

Dia ingin mencintai Noah lebih dalam. Dia mengaku itu.

Dan esok, dia akan luahkan. Tak kiralah berapa banyak aral mendatang. 6 orang lelaki takkan mampu halang seorang wanita yang berazam setinggi Aisyah. Bukan, bukan kali ini. Tidak lagi.

***

"Noah.. can we talk?" tanya Aisyah. Noah yang sedang menyandang fail dan beg laptop Aisyah mengangguk lembut lalu mencari tempat kosong di kafe berdekatan.

"Iye Aisyah?" tanya Noah selepas habis membuat pesanan. Aisyah mengeluh panjang. Tangannya memicit kepala yang tidak sakit. Riak wajah Noah bertukar risau.

"Fayyana Aisyah?" tanya Noah yang muka gelisah.

Aisyah memandang mata Noah dan diam beberapa saat. Mata Noah dan Aisyah saling bertentangan. Seperti membaca fikiran masing-masing yang ketahui isi hatinya. Noah senyum. Tangannya mula mencari tangan Aisyah untuk digenggam lembut.

"Saya sayang awak, Noah. Lebih dari seorang kawan. Saya tak mampu pendam, saya tak mampu dah. Saya nak awak tahu tu je." luah Aisyah lembut. Noah tidak memberi reaksi.

"Fayyana Aisyah, saya tak pernah jumpa perempuan seperti awak. Awak tegas, baik hati, lembut tapi kasar pada masa yang sama, dan mata awak sentiasa bersinar memberi keceriaan pada saya. Setiap kali saya tengok awak, saya rasa dihargai, disayangi, dicintai dan diperlukan. Mula-mula saya bencikan awak. Tapi, saya perlahan-lahan jatuh cinta pada gadis hebat yang bernama Fayyana Aisyah ni. Awak curi hati saya, dan jujur, takde siapa berjaya sebelum ni." terang Noah panjang lebar. Wajahnya yang serius tadi bertukar ceria serta-merta.

Aisyah terharu mendengarnya. Hampir terkeluar air mata gadis melayu terakhir ni haa!

"Aisyah, awak sudi bagi saya peluang jadi teman istimewa awak? Saya nak kita berdua jadi lebih dari kawan. Saya pun sayangkan awak jugak. Sangat-sangat." tanya Noah. Haaa, ayat ni dah lebih berapa bulan dah Aisyah tunggu!

"Yes, Noah. YES!" jawab Aisyah dengan teruja. Noah tersenyum riang.

Buat pertama kali dalam hidupnya, Noah rasa kegembiraan yang tak pernah dia rasa selama ini.

***

"Aku rasa Aisyah tu dah hilang akal lah. Ke dia dah kemaruk sangat dengan jantan tak guna tu?" teka Iyad dengan mulut becok tak bertapisnya.

"Kau ni kang, pelempang aku hinggap jugak dekat muka kau karang." ugut Harith. Qhai menepuk belakang Harith yang panas baran tu.

"Ada betulnya apa yang Iyad cakap ni. Aisyah dah 5 bulan melekat dengan Noah tu. Entah apa yang Noah dah buat kat dia, kita taktau." tambah Darius pula. Melalui cerita Qhai, dah lama Aisyah tak bagitahu dia apa-apa perkembangan. Siapa jelah tak risau.

"Adik aku tu bijak. Tak hinginlah dia dengan jantan bodoh gila macam Noah tu." balas Harith lagi. Panasnya masih belum reda. Qhai mengeluh panjang dan memandang Harith lama.

"Rith, aku tak nafikan Aisyah tu cerdik, tapi dia perempuan yang ada perasaan. Tak mustahil si Noah tu dah ayat dia macam-macam dan Aisyah termakan helah dia. Noah tu, kau jangan pandang rendah kalau hal perempuan ni. Dah berapa ramai rosak sebab dia." kata Iyad pula, menuduh Noah.

"Yad, abang aku tu jahat, pembunuh, tapi bapak aku ada ajar kitorang apa yang apa yang buruk tau." celah Qhai.

"Tahu pulak cakap pasal bapak kau, ingatkan dah takde bapak." balas Iyad lagi. Qhai bangun, sedia untuk mengerjakan mulut celupar Riyadh Hadiff itu.

"Dah! Cukup Qhai." kata Haq lalu menahan Qairil. Darius dan Faid juga turut membantu. Yelah, kalau sampai penumbuk Qairil dekat muka Iyad, memang tak sah tak masuk hospital ni.

"Aku meluat lah dengan mulut dia ni. Cakap tak reti fikir. Kau ada ke pernah kisah pasal Aisyah? Kau tahu gf kau je kan. Tu pun selang sehari tukar, tukar, tukar. Lelaki jenis apa kau ni?" kata Harith pula yang menyokong Qairil.

Faid menepuk dahi. Ah, sudah, ni kalau Qhai dengan Harith bergabung, ambiklah 50 orang lelaki sekalipun, memang jatuh macam pin bowling je ni. Apatah lagi kalau lawan Iyad sorang.

Iyad yang dapat kesan bencana, lalu pantas berjalan pergi. Tidak menjawab kata-kata Harith. Kalau dia jawab, confirm biru sebelah mata.

"Rith, Qhai, korang dua tenang lu. Kang aku pi nasihat budak degil tu. Ah, macam ah korang dua tak kenal Iyad en? Dah, sabar je. Sekarang ni, kita bincang elok-elok pasal Aisyah. Like a man." ajak Haq.

Member yang lain pun bersetuju.

Maka, perbincangan untuk memisahkan Noah dan Aisyah sambil meruntuhkan Noah pun bermula. Kali ini, Aisyah tidak tahu menahu apa pun.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now