𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 24

541 39 0
                                    

Iyad, Haq, Faid, Darius dan Qhai melihat Aisyah dengan riak wajah tidak percaya. Harith pula memandang Aisyah serius dengan mulutnya terbuka. Kekecewaan tertera di mata lelaki itu.

"Stop this ridiculousness! Qhai! Aku respect kau selama ni. Aku bukak ruang hati aku untuk terima korang sebagai pengganti Aisy. Aku terima prinsip dan segala peraturan kau buat, Qhai. Aku bencikan Noah, yang kau katakan PEMBUNUH tu. Aku buat ikut plan kau. Sekali pun, SEKALI pun aku tak pernah ingkar kata-kata kau. Sekarang, aku nak kau, korang dengar apa aku nak cakap." ujar Aisyah.

Aisyah memandang wajah keenam-enam lelaki itu dengan tegas dan serius.

"6 bulan masa aku kenal Noah. Yes, aku mengaku dia tak sempurna, dia ada jugak buli aku dua ke satu bulan pertama. Dia tak sempurna. Tapi dia bukan pembunuh. Untuk korang ni yang dengar cakap Qhai membuta, Noah larikan diri masa ibu dia SURUH dia lari dan mintak tolong. Noah baru 15 tahun masa tu. Korang ingat apa? Dia boleh sepak terajang perompak kedai tu macam superhero? WAKE UP QAIRIL NEVIN! He was just a boy, a scared, terrified boy whom his mom told him to run. Noah bukan pembunuh." cerita Aisyah panjang lebar dengan sisa air mata di matanya.

Member yang lain saling berpandangan, ini merupakan cerita baru nampaknya antara mereka. Qhai memandng Aisyah penuh jijik.

"DIA PEMBUNUH! Kalau dia tak tinggalkan ibu dan kena bunuh je haritu, ibu takkan mati! Aku, ayah dan ibu akan hidup bahagialah!" kata Qhai melawan.

Harith tidak bergerak seinci pun untuk melindungi Aisyah yang ditengking oleh Qhai. Dan itu, membuatkan hati Aisyah dicuit.

"Kau sedar tak apa kau cakap ni Qhai? Allah dah takdirkan arwah ibu kau untuk pergi, bukannya abang kau. Kenapa salahkan dia? Manusia jenis apa kau ni!" balas Aisyah semula.

"Dia PEMBUNUH! Lebih baik dia mati berbanding ibu! Aku bencikan dia. Aku BENCIKAN kau. Mulai hari ni Fayyana Aisyah, kau dibuang dari Emperiors dan jangan berani kau tunjuk muka kat kitorang. Kau nak sangat dengan dia kan? Ha sekarang dia dah mengamuk kat kau. Pandai-pandailah kau hidup. Aku bukan, abang kau. Tak lagi." ujar Qhai dengan riak wajah jijik dan tegas.

"Kaulah pembunuh tu Qhai. Kau bunuh masa depa  kau yang kau boleh luangkan dengan ayah dan abang kau. Tapi kau pilih untuk sorang jugak. Kau bunuh diri sendiri Qhai." ujar Aisyah.

"Oh? At least aku ada diorang. Kau?" tanya Qhai lalu menunjuk kepada member Emperiors yang lain.

Aisyah mengalirkan air mata dan memandang wajah satu persatu member itu. Kesemuanya memandangnya kecewa. Bagi mereka, Aisyah baru sahaja melawan, memalukan dan ingkar kata-kata ketua mereka sebab seorang lelaki. Allahu, alangkah salahnya mereka.

Member terakhir yang Aisyah pandang ialah Harith. Harith Zaeem, lelaki yang diamanahkan oleh arwah Aisy untuk menjaganya. Satu-satunya kawan rapat Aisy yang menjaga Aisyah tak kira masa. Harith Zaeem.

"Rith?" tanya Aisyah.

"Jangan sebut nama aku. Kau dengar apa Qhai cakap. Cukup." ujar Harith mendatar. Matanya langsung tidak memandng Aisyah. Namun, nada suaranya kedengaran serius dan tidak menipu.

Hati Aisyah berkecai seribu. Orang yang selama ini tidak pernah berhenti menyokong, melindungi dan menyayanginya seperti arwah abangnya, menolak dia tatkala dia paling memerlukan.

Qhai mendengus sinis.

"Emperiors, let's go." ujar Qhai lalu berjalan keluar dari bilik itu. Kelima-lima lelaki yang lain berjalan pergi. Ada yang melanggar bahu Aisyah, dan ada yang memijak kasut Aisyah.

Dan kala itu, hanya satu nama yang Aisyah renungkan berkali-kali.

Syed Qairul Noah.

***

Noah menumbuk bantalnya berkali-kali. Kekecewaannya tak dapat diungkap kata. Perempuan yang selama ini dia percaya, cerita isi dunia malah berikan hatinya, rupanya seorang pembelot. PENIPU!

Dia tak sangka Aisyah sekeji ini. Rupanya apa yang dia nampak itu sekadar permainan dan taktik licik semata-mata. Bukan cinta yang tulus, suci dan ikhlas. BUKAN. Jauh sekali.

"ARGHHHHHH!!!" Noah menjerit kemudian memukul kepalanya.

"KENAPA KAU BODOH SANGAT NOAH? KENAPA KAU PERCAYA DIA? ARGHHH!" jerit Noah lagi.

Mujurlah hari sudah agak lewat, Chik Yah dah balik rumah. Ayah pulak ada trip ke Sabah. Memang puaslah dia menjerit di situ.

Noah terus menjerit dan menjerit sehinggalah dia tewas. Setitis air mata melewati pipi jejaka itu. Tangisan kekecewaan dan sakit. Sakit hati.

Setelah penat, Noah baring di katilnya. Rupanya selama ini dia dipermainkan. Rupanya selama ini dia tidak dicintai pun. Itu semua lakonan semata-mata. Tak berguna. Langsung takda apa.

BUT WHY DOES IT FEEL SO REAL?

Soalan itu bermain-main di benak fikiran jejaka itu. Tanpa dia sedari, matanya tertutup dek kepenatan. Noah tertidur di samping memikirkan penderitannya.

***

Keesokan harinya, hari kuliah mereka dan hari untuk mereka bentangkan projek final semester bermula. Aisyah datang agak awal dari biasa. Dia perlu bercakap dan menjelaskan semuanya pada Noah.

Ye, memang Aisyah salah. Tapi, Noah belum tahu yang niat Aisyah dan perasaan Aisyah padanya bukan tipu semata-mata.

Tepat pukul 9.00 pagi, semua pelajar berkaitan masuk ke dewan kuliah. Aisyah mulai khuatir, dia tak dapat jumpa Noah di mana-mana pun. Ya Allah, manalah dia ni.

Aisyah mengeluh, Noah selalunya amat professional dan menegaskan pelajarannya. Takkan sebab hal Aisyah, Noah sanggup ketepikan impiannya. Aisyah beralah dan melangkah masuk ke dewan kuliah.

Alangkah tekejutnya Aisyah apabila melihat Noah duduk di penjuru paling tepi dewan kuliah itu, jauh dari orang lain. Mesti si Noah datang lagi awal dari Aisyah. Hmm. Aisyah ragu-ragu untuk pergi ke arahnya.

"Argh, lantaklah. Kena tengking pun kena tengkinglah. Dah memang aku salah." bisik Aisyah lalu memberanikan dirinya untuk pergi ke arah Noah.

Noah yang sibuk membaca buku tidak menyedari kehadiran Aisyah. Matanya memandang muka surat itu dengan sangat fokus.

"Noah-" belum sempat Aisyah menegurnya dengan betul, Noah terus memandang Aisyah.

"Aku dah bincang dengan prof. Pembentangan projek tu aku dan kau akan buat berasingan. Prof. setuju." kata Noah mendatar tanpa memandang Aisyah.

"Tapi kenapa? Saya nak bentang dengan awak. Dah lama kita berdua usahakan projek ni Noah." bantah Aisyah pula.

"Kalau kau tak nak, suka hati kau. Dah, belah." halau Noah kasar. Jantung Aisyah berdegup pantas. Layanan Noah kali ini lebih teruk dari dulu.

"Noah.. saya boleh explain semuanya." pujuk Aisyah lagi.

"Kalau kau tak nak aku tampar kau, kau belah sekarang." ugut Noah. Walaupun Noah tahu dia takkan mungkin menampar Aisyah, dia tetap mahu membuatkan Aisyah pergi.

Hatinya sakit mendengar suara dan pujuk rayu Aisyah. Hati yang mencintai tetapi dikhianati ialah hati yang tersakiti.

"Tamparlah saya. Lepas awak tampar saya, barulah saya pergi." desak Aisyah yang degil. Noah mengeluh panjang lalu bangun.

Aisyah menutup matanya, mengingatkan Noah bakal menamparnya.

Namun, Noah hanya berlalu pergi dan duduk di tempat lain. Aisyah mengalirkan air mata.

"Noah.. saya minta maaf, sayang." bisik Aisyah sendirian.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now