"Qhai.." panggil Harith. Tangannya menggapai bahu Qairil dengan lembut. Aisyah mula gelisah, risau dengan perubahan sikap Qairil."Kau okey bro? Kau nak aku kejar dia?" tanya Faid. Tangannya sudah menggenggam kunci keretanya, sedia mengejar bila-bila masa sahaja. Faid hanya menunggu arahan diberi.
Senyap. Tiada jawapan.
Faid terus melangkah pergi. Namun, Darius menarik tangan Faid, memberhentikan pergerakan lelaki itu serta-merta.
"Aku ikut kau." ujar Darius.
"Berhenti." celah Qairil tiba-tiba. Pergerakan Darius dan Faid terhenti serta-merta. Aisyah melangkah menghampiri Qairil, kemudian berdiri di sebelah Harith. Iyad dan Haq berdiri di sebelah Aisyah. Darius dan Faid pula berdiri di sebelah Harith.
Keenam-enam member Emperiors itu membentuk satu garisan panjang yang menampakkan keazaman, ketekadan dan kesetiaan kepada ketua mereka.
Qairil berjalan mundar mandir dari hujung ke sebelah kiri kemudian kanan. Matanya asyik melirik ke arah Harith dan Aisyah.
"Aku ada plan." ujarnya tiba-tiba lalu meraih semula perhatian keenam-enam member. Harith mengangkat sebelah keningnya.
"Dan Aisyah, kali ni kau akan mainkan watak paling penting." tambah Qairil lagi. Serentak itu, mata Harith terus membulat. Genggaman tangannya terhadap telefon bimbitnya semakin erat. Dia melepaskan semua kemarahannya kepada objek itu.
"Nevin, aku ras-"
"Rith, kalau kau betul-betul setia dengan Emperiors, dan kau percayakan ketua kau iaitu AKU, kau takkan persoalkan benda ni." celah Qairil sebelum Harith semoat menghabiskan ayatnya.
Mulut Harith terkunci rapat selepas itu.
"Kau nak aku buat apa?" tanya Aisyah kehairanan. Apalah sangat yang seorang perempuan boleh buat jika dibandingkan dengan enam orang ahli lelaki yang lain termasuk Qairil?
"Aku nak kau goda dia. Aku nak goda Qairul Noah." ujar Qairil ringkas.
Faid dan Darius saling berpandangan. Harith menggeletar kerana menahan kemarahan, tangannya semakin erat digenggam. Iyad dan Haq pula sudah bersedia untuk menahan Harith kalau-kalau dia nak mencederakan Qairil.
"Apa?" tanya Aisyah. Wajahnya berkerut seribu.
"Aku nak kau luangkan masa dengan Noah. Apa yang dia tanya, kau jawab, apa yang dia suruh, kau buat. Dapatkan kepercayaan dia. Dapatkan cerita gelap dia. Rahsia yang dia taknak orang tahu. Kalau boleh buatkan dia tergilakan kau, pastu kau pecahkan segalanya. Kau dapat rahsia hitam dan cinta dia, mission kau berjaya dan kau dah boleh balik ke dalam Emperiors semula. As easy as that." terang Qairil kepada Aisyah.
Semakin banyak ayat yang keluae dari mulut Qairil, semakin kuat genggaman tangan Harith. Merah padam mukanya.
"Kau pasti ke dia selamat, Qhai?" tanya Darius tiba-tiba.
"Apa-apa yang berlaku ke atas Aisyah, aku akan tanggungjawab. Walaupun sekecil calar, aku akan balas lebih kat dia." kata Qairil. Matanya tidak memandang Darius, tetapi tetap memandang Harith.
Mata Harith dan Qairil bertentang lama. Membina kepercayaan. Berlawan emosi.
"Aku janji tu. Dan korang semua saksinya." tambah Qairil lagi. Harith akhirnya menganggukkan kepala dan memutuskan renungan Qairil dan dia sendiri.
"Kau setuju? Ni bukan main-main tau." tanya Iyad pula kepada Aisyah. Aisyah menghela nafas panjang kemudian memandang Harith dan Qairil.
"Aku percayakan judgement Qhai. Aku akan buat. Aku setuju." jawab Aisyah selepas beberapa saat.
Meskipun member yang lain kelihatan bersahaja, Qairil tahu susah bagi mereka untuk melepaskan Aisyah untum seorang lelaki yang ketua mereka label sebagai seorang pembunuh. Namun, Qairil takkan beralah.
"Bila start?" tanya Aisyah selepas beberapa minit mereka semua berdiri tanpa berkata walau sepatah pun perkataan. Semuanya senyap, terutamanya Harith.
"Esok. Dan kalau boleh, kau tak payah nak interact dengan kitorang langsung. Takut dia tak percayakan kau." terang Qairil.
"Okey." jawab Aisyah.
Keadaan kembali bertukar tegang. Kesetiaan members Emperiors betul-betul diuji kali ini. Dan boleh Qairil katakan, semua ahli lulus. Selepas beberapa saat, satu persatu ahli Emperiors mengucapkan kata-kata semangat untuk Aisyah.
"Jaga diri, call me anytime, aku akan terus terpacak kat tempat yang kau suruh. Tapi, emergency je tau. Sebab aku nak tidur." ujar Iyad.
"Take care, Aisyah. Rindulah aku kat kau pasni. Tak leh gaduh dah." ujar Haq pula.
"Tolong dan tolong dan tolong pastikan kau selamat tau sepanjang mission ni. Aku percaya Qhai dan aku percaya kemampuan kau. Do your best." ujar Faid.
"Be careful. Be extra triple quadruple careful, little sister. We'll miss you." kata Darius.
Seterusnya, tibalah giliran Harith.
"Aisyah, aku mintak maaf sebab tak boleh nak jaga belakang kau untuk mission ni. Pastikan kau jaga diri sendiri ye. Aku harap Aisy tak marahkan aku. Dan please Aisyah, tolonglah be safe. Aku takkan selalu ada dah pasni. Kalau kau nak cancel ke mengalah ke, kau call aku, chat aku. Aku akan cari cara lain. Aku janji. Take care, little sister. Don't fall in love with his fake charms, sister." nasihat Harith panjang lebar. Matanya hampir berair, namun tetap memandang Aisyah dengan tenang.
Bahu Harith ditepuk oleh seseorang. Harith menoleh. Sudah tentulah, si ketua berdiri di belakangnya. Qairil mengangguk lemah tanda masa untuk mengucapkan selamat tinggal sudah habis. Harith terus berlalu pergi, wajahnya serius dan seperti biasa, heartless.
"Aisyah, aku minta maaf sebab letak kau dalam posisi macam ni. Tapi, aku percaya kau boleh buat. You are our legit little sister, aren't you? Kau boleh. Ingat segala kejahatan dia. Jangan terpedaya dengan dia. Jangan jangan jangan jatuh hati dengan lelaki sebusuk macam tu. Itu terpenting. Jangan jatuh cinta dengan dia, Aisyah. Tolong." nasihat Qairil pula.
Aisyah menganggukkan kepalanya. Tidak berbunyi.
"Okey, Aisyah, if there's anything that you want to update to me, do not be worry. Kita akan berjumpa once a month which is the on last Sunday of that month at a cafe place. I'll send location after this. And to other members, DO NOT CONTACT OR MAKING ANY INTERACTION WITH AISYAH. DO NOT. Please tell our member yang dah balik tadi, Harith. That's all for today. End of meeting. Aisyah, good luck. I expect the best result. Until we meet again, Emperiors." ujar Qairil buat kali terakhir.
Seorang-seorang ahli Emperiors melangkah pergi. Sempat mereka melohat wajah Aisyah dan bercakap dengan Aisyah sebelum mission Aisyah bermula.
Sehingga akhirnya, tinggallah Aisyah dan Qairil bersendirian.
"Jom, aku hantar balik." ajak Qairil. Aisyah tersenyum dan menggeleng kepala. Qairil mengangguk, faham.
"I know you can do it. Goodbye, sister." kata Qairil buat kali terakhir dan juga, melangkah pergi seperti yang lainnya.
Aisyah memandang langit.
Haih, apalah yang dia nak buat lepasni agaknya ya?
YOU ARE READING
The Syed's Twin
RomansaSyed Qairul Noah dan Syed Qairil Nevin merupakan kembar seiras namun jauh beza personalitinya. Si abang, Qairul Noah merupakan pemuda yang bijak namun serius, jarang sekali mengukir senyuman. Pendek kata, hati batu. Heartless. Si adik, Qairil Nevin...