𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 23

546 37 0
                                    


"Okay Noah, I've had enough. Apa hal dengan awak ni? Dahlah diam semacam, pastu awak langsung tak jawab setiap apa saya tanya. Apa salah saya? Communicate, Noah! Please!" ujar Aisyah.

Sejak semalam lagi Noah berperangai pelik macamni. Yang hairannya lepas je dia hantar Aisyah balik, dia langsung tak update apa-apa kat Aisyah. Langsung takda.

Pastu pagi tadi tiba-tiba ajak pergi kampus sama-sama. Lepas Aisyah balas, dia boleh bluetick je pulak. Aisyah still sabar. Tapi bila je Aisyah dah masuk kereta, Noah langsung tak greet dia dan terus memecut pantas.

Yang tu, Aisyah memang tak boleh tahan.

"Saya sakit sikit." tipu Noah. Dia perlu tahu apa hutang Aisyah tanpa memberitahu Aisyah. Kalau dia beritahu Aisyah gerenti Aisyah akan halang dia dari langsaikan hutang tu.

"Betul ke ni? Nak pergi klinik dulu?" tanya Aisyah yang nada suaranya lantas berubah dari marah ke risau sekelip mata. Noah menggeleng kepala.

Dalam otaknya hanya berfikir tentang hutang tu. Kenapa pulak Qhai ajak dia dan ajak Aisyah jugak? Tentu ada something. Noah tahu kalau dia bagitahu Aisyah, konfem Aisyah tak setuju. So, let's keep it a secret. For now.

"Fine, Noah. Have it your way." ujar Aisyah, merajuk. Noah tersenyum kecil.

Dalam beberapa minit, mereka sampai di kampus. Noah memerhati sekeliling dan terlihat kereta Qhai berdekatan. Ok, Qhai dah sampai.

"Aisyah, jom lepak kafe dulu. Saya ada book kafe private." ajak Noah selepas keluar dari kereta.

"Kenapa? Lepak kafe biasa sudahlah." tanya Aisyah pulak.

"Ada something saya perlu bincang. Jangan risau, bukan kita berdua je." kata Noah.

Aisyah, yang tidak menyangka apa-apa pula kemudian mengangguk. "Okeylah kalau macam tu. Jom." jawab Aisyah.

Pasangan itu berjalan menuju ke kafe yang Noah katakan. Noah memasuki kafe itu dan menuju ke kaunter.

"Aisyah, tunggu sini, saya nak check booking list jap." kata Noah. Aisyah mengangguk. Entah kenapa Noah berperangai gila pelik. Ada sesuatu yang sedang berlaku.

Setelah beberapa saat, Noah melambai Aisyah supaya pergi ke arahnya. Aisyah berjalan ke arah Noah.

"Jom." ajak Noah.

Mereka berdua terus berjalan sehinggalah tiba di satu pintu tertutup yang pastinya di dalam ada dining room yang luas. Yelah Aisyah adalah ternampak brosur di luar tadi.

Noah berhenti di muka pintu itu dan menunjukkn isyarat supaya Aisyah masuk dahulu. Aisyah mengerutkan dahinya namun menurut juga signal Noah.

Terbuka sahaja pintu itu, satu meja diduduki oleh enam orang lelaki yang mustahil untuk Aisyah tak kenal, dengan dua kerusi kosong. Wajah Harith, Qhai, Iyad, Faid, Darius dan Haq memandang Aisyah dan Noah.

Aisyah memandang Noah dengan reaksi tidak percaya. "Noah? Apa ni?" tanya Aisyah yang kalut.

Noah menghela nafas panjang.

"Masuk, Aisyah. Ada banyak benda kita perlu bincang rasanya." ujar Qhai.

Aisyah berpusing dan sedia untuk berlari pergi. Namun, tangan Noah menghalangnya.

"Aisyah, you have nothing to fear, you have me. Now, come on." kata Noah. Aisyah rasa seperti hendak menangis di situ juga. Noah belum tahu kebenarannya. Noah takkan dapat dengar kebenaran tu dari mulut Aisyah. Dah terlambat.

Aisyah menurut dan mengambil tempat duduk di sebelah Harith. Noah pula berdiri, mengelak tempat duduk di tepi Qhai. Qhai pula lega dengan tindakan Noah. Aisyah menggeleng kepala dan duduk di sebelah Qhai, kemudian mengarahkan Noah duduk di sebelah Harith. Noah segera duduk.

"Kau tak pernah terfikir kenapa Aisyah terhegeh nak berkawan dengan kau dulu ke?" tanya Qhai kepada Noah.

"QHAI!" marah Aisyah. Qhai senyum sinis.

"Sebab korang tinggalkan dia." jawab Noah acuh tak acuh. Kedengaran beberapa gelak tawa menyindir dari sekitar meja itu. Wajah Harith pula kekal serius.

"Kau ni memang lurus betullah. Sini aku nak cerita sikit." ujar Qhai lagi. Aisyah menggeleng kepalanya, meminta Qhai berhenti.

"Qhai.. please.." rayu Aisyah. Tangisan berlinang di matanya. Noah menjadi keliru.

"Lepas je kau tumbuk aku, aku come up dengan satu idea untuk HANCURKAN kau sepenuhnya. So, aku dan member yang lain berbincang dan akhirnya kami setuju nak hantar seorang spy untuk korek rahsia hitam kau, cari kelemahan kau dan RUNTUHKAN kau emotionally and physically. Setiap hujung bulan, spy tu akan laporkan pada aku tentang semua maklumat penting dan rahsia kau sebagai salah satu kunci untuk kitorang jatuhkan kau. Pendek kata, kitorang lantik dan hantar seseorang untuk cari kelemahan kau dan gunakan kelemahan tu untuk hancurkan kau, reputasi kau dan imej kau." cerita Qairil panjang lebar.

Aisyah asyik menggeleng kepalanya. Setiap bait perkataan Qhai itu menyakitkan Aisyah kerana dia tahu itu benar. Tapi Aisyah tahu, Noah LAGI sakit.

"Kau boleh teka tak sapa spy tu?" tanya Iyad menyindir.

Noah memandang Aisyah dan berdiri. "AISYAH! BETULKE APA YANG SI BODOH NI CAKAP?" tanya Noah dengan muka yang merah padam dan buku lima yang digenggam erat.

Aisyah hendak menggeleng kepala namun dia tak mampu, dia tak mahu menipu Noah lagi.

Jadi, Aisyah mengangguk.

Segala harapan Noah punah. Wajahnya hanya dipenuhi reaksi kecewa. Air mata kekecewaan menitis dari mata Noah.

"Tahu jugak kau menangis rupanya. Ingatkan takda perasaan." sindir Iyad lagi. Darius dan Faid ketawa.

"Kau dah jumpa kelemahan aku ke Aisyah? Kau dah tahu ke? Kau dah dapat apa yang kau nak kan?" tanya Noah kasar. Aisyah menangis, kemudian mengangguk.

"KAU KELEMAHAN AKU! AKU PERCAYAKAN KAU! AKU CINTAKAN KAU! AKU BAGI SEGALANYA PADA KAU! KAU TIPU AKU!" jerit Noah sekuat hatinya.

Harith segera melindungi Aisyah dan memandang Noah bengis. Noah terus menangis. Pedih.

"Noah, saya-" kata-kata itu dipotong oleh Noah.

"EH KAU PERGI MAMPUSLAH AISYAH! KAU DENGAN DIORANG TAKDE BEZA! SAMPAI HATI KAU BUAT AKU MACAM NI! AKU BENCI KAU! AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU LAGI. PERGI MAMPOS!" kata Noah lalu berjalan keluar dari pintu itu dengan pantas, meninggalkan Aisyah yang tak mampu memberi penjelasan dan Qairil yang duduk dengan senyuman.

"Well, mission berjaya. Tahniah Aisyah." kata Harith.

"Belum lagi." ujar Iyad pula. Harith memandang Iyad tajam.

Aisyah bangun dari kerusi dan menerkam Qhai. Dia menggenggam kolar baju Qhai, namun hanya membuatkan Qhai ketawa.

"Aisyah, Aisyah. Kau nak tumbuk aku ke tu?" tanya Qhai. Aisyah masih menangis deras.

"Aisyah, sekarang tiba masanya untuk kau balik pada kami. Emperiors. Tahniah Aisyah." ujar Qhai lalu ketawa. Aisyah melepaskan Qhai dek kerana Harith yang menyuruhnya.

"Siapa kata aku nak balik semula pada Emperiors?" tanya Aisyah mendatar dengan riak wajah penuh benci kepada Qhai.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now