Sedar tak sedar, dah 5 bulan berlalu sejak misi Aisyah bermula. Sejujurnya, dia dan Noah semakin rapat dan rapat. Namun, setiap penghujung bulan, dia dan Qhai akan berjumpa secara rahsia.Tapi, semakin lama, semakin sedikit informasi yang Aisyah berikan kepada Qairil. Aisyah rasa bersalah dan tidak sanggup untuk mengkhianati Noah. Qairil perasan namun mendesak Aisyah untuk kekal fokus. Beberapa kali jugaklah Aisyah kena bebel dengan Qhai.
But! Korang rasa Aisyah kisah ke?
"Noahhhhh!" sapa Aisyah dari jauh. Noah mengukir senyuman dan melambai Aisyah kearahnya. Noah lalu berjalan ke arah Aisyah yang baru keluar dari dewan kuliah.
"Lama aku tunggu." rungut Noah lalu memuncungkan bibirnya. Aisyah mencubit pipi Noah sehingga lelaki itu mengelak dan mengaduh kesakitan. Aisyah ketawa.
"Aisyah!" kata Noah lalu roll eyes. Aisyah ni memang perempuan yang garang. Kalau tak mencubit Noah sehari, tak lengkap rasanya. Kalau cubit, dia tumbuk tau! Lagilah perit. Kecik-kecik cili padilah katakan.
Eh, takde la jugak kecik sangat minah ni. Bisik Noah dalam hati. Kalau cakap depan Aisyah, nayalah dia kena sepak.
"Wei.." panggil Noah lalu mengajak Aisyah duduk di kerusi berdekatan. Aisyah mengangkat kening. "Pe?" tanya Aisyah.
"Malam ni ayah aku balik. Teman aku pergi airport?" ujar Noah sambil menunduk sedikit, tidak memandang mata Aisyah. Aisyah menelengkan kepalanya.
"Kau taknak takpe.. aku-"
"Saya ikut awak, Noah. Saya tak sabar nak jumpa ayah awak." kata Aisyah seraya memotong kata-kata Noah. Kepala Noah laju menoleh ke arah Aisyah dengan senyuman lebar yang tak dapat ditahan.
"Iye?" tanya Noah lagi untuk kepastian.
"Yes." jawab Aisyah lalu mengutus senyuman. Noah menggenggam tangan Aisyah dan memandang wajah Aisyah. Ramai pelajar kolej itu menyangka dia dan Aisyah pasangan kekasih. Dan Noah serta Aisyah pula tidak menyangkal apatah lagi menyetujui khabar angin itu.
Bagi Noah, Aisyah istimewa.
Bagi Aisyah, Noah istimewa.
Tak kisahlah apa orang nak kata. Bila Aisyah dan Noah bersedia, mereka akan lakukan apa yang patut. Noah ingin mengenali Aisyah dengan lebih mendalam lagi. Berjumpa ayahnya, ialah salah satu cara untuk mempertingkatkan hubungan mereka.
"Jom, makan. Saya belanja." ajak Aisyah lalu menarik Noah bangun. Noah mengangguk dan mencapai tangan Aisyah dan menggenggam erat. Aisyah memandang Noah dan tersenyum, kemudian memandang tangan mereka yang saling menggenggam.
Mission? Go to hell.
***
"Rasanya flight ayah delay ni. Patutnya dah 20 minutes lepas sampai. Sorry au." ujar Noah untuk kali ke seribu tujuh ratus enam puluh dua.
"Noah, ayah awak nak sampai esok pagi pun saya tak kisah. Okey? Relax." kata Aisyah lalu mengusap lembut bahu Noah. Noah memandang Aisyah dengan mata yang penuh kelegaan dan syukur. Jarang dapat perempuan sebaik Aisyah ni.
"Noah?" tegur satu suara lelaki dari jauh. Noah lalu bangun dari kerusi dengan senyuman yang paling lebar Aisyah pernah lihat. Mata Noah bersinar penuh ceria dan gembira.
So, inilah Noah yang sebenar.
Noah terus memeluk lelaki itu erat-erat. Perlahan-lahan Aisyah tersenyum melihat adegan itu. Dah 7 bulan ayah Noah di luar negara untuk menguruskan branch syarikat terbaharu. Mana tak Noah rindu.
Lelaki itu mengusap belakang badan Noah dengan lembut. Wajah lelaki itu saling tak tumpah seperti wajah Noah dan Qairil. Seperti langsung tidak ditelan usia.
Syed Nash tersenyum ke arah Aisyah dan masih memeluk bahu Noah yang kini berdiri disebelahnya. Noah tinggi lampai orangnya, namun, Syed Nash hampir menyamai tinggi Noah. Dan itu, memang hebat bagi seorang lelaki yang berusia 50 tahun.
"Aisyah, this is my father. Yah, ni Aisyah." kata Noah. Syed Nash mengangguk perlahan.
"Hai uncle." sapa Aisyah lalu mengukir senyuman. Syed Nash membalas dan juga tersenyum.
"Hello, Aisyah. My son told me lots of stories about you. All good ones of course." ujar Syed Nash dengan ramah. Aisyah memandang Noah dengan pandangan tajam. Noah pula pura-pura melihat atas. Syed Nash ketawa melihatkan kedua pasangan itu.
"So, let's eat! Ayah rindu ni nak makan nasi kandar! Jom jom, it's on me." ajak Syed Nash. Noah mengangguk lalu membawa beg ayahnya. Aisyah pula menyusul di belakang.
Buat kali pertama selepas beberapa bulan, Aisyah seperti tidak wujud dalam dunia Noah. Yelah, si Noah asyik berbual dengan ayah dia je. Pastu, Aisyah macam diabaikan.
Jelas nampak keakraban ayah dan anak yang ditunjukkan oleh mereka. Sejujurnya, Aisyah agak cemburu. Bukan kerana kekurangan perhatian dari Noah, tapi kerana hubungan kekeluargaan mereka amat utuh.
Ia membuatkan Aisyah teringatkan Aisy. Namun, Aisyah taknak rosakkan masa Noah dan ayahnya, jadi dia berdiam sahaja dan menjawab apabila ditanya soalan.
Aisyah agak senyap seluruh malam itu.
***
"So, are you both couples?" tanya Syed Nash selepas bertanyakan beberapa soalan kepada Aisyah dan Noah. Aisyah yang sedang menyuap nasi hampir tercekik.
Noah yang sedang syok menghirup air pula terbatuk-batuk kerana tersedak. Syed Nash mengangkat kening.
"We're friends." jawab Noah dan Aisyah pada masa yang sama. Kemudian, mereka berdua ketawa kerana serentak menjawab pertanyaan itu dengan jawapan yang sama.
"But you guys looks like you are more than just friends." balas Syed Nash pula. Aisyah memandang Noah, Noah memandang Aisyah.
Akhirnya, Noah mengeluh panjang dan memandang mata Aisyah lama, mengesahkan jawapan yang terpendam lama dalam sudut hati.
"We are more than friends, Ayah. For me, at least." jawab Noah.
Aisyah terkejut dan memandang Noah. Tangan Noah memegang tangan Aisyah di meja.
"For me too." ujar Aisyah selepas beberapa saat.
Tangan Aisyah membalas genggaman Noah dengan erat dan membuatkan Noah tersenyum lebar.
YOU ARE READING
The Syed's Twin
RomanceSyed Qairul Noah dan Syed Qairil Nevin merupakan kembar seiras namun jauh beza personalitinya. Si abang, Qairul Noah merupakan pemuda yang bijak namun serius, jarang sekali mengukir senyuman. Pendek kata, hati batu. Heartless. Si adik, Qairil Nevin...