"Bijaklah sayang saya ni. Pandai betul nak jodohkan orang ye." usik Noah dengan senyuman lebar. Aisyah menjeling Noah."Biarlah. Lagipun Nass tu baik, Iyad pun macam dah berubah. Cun-cun awak call saya nak ajak keluar. Memanglah saya manfaatkan peluang tu!" balas Aisyah tidak mahu kalah. Noah tertawa.
"Betul. Tapi saya suruh awak ajak Nass sekali. Tak sangka awak tinggalkan dia dengan si Riyadh. Tak risau ke?" tanya Noah. Aisyah menggeleng kepalanya.
"Saya dapat rasa yang Iyad tu jujur. Tapi takpe, kalau dia mainkan Nass, saya sendiri akan balas perbuatan dia tu." kata Aisyah penuh tekad. Noah mengangguk.
"Ni, tadi ada orang datang jumpa saya." cerita Noah. Aisyah mengerutkan wajahnya dan memandang Noah.
"Perempuan ke?" tanya Aisyah dengan mulut yang muncung. Noah ketawa kecil.
"Lelaki." jawab Noah. Aisyah mengangguk lega.
"Siapa?" tanya Aisyah. Noah kelihatan agak ragu-ragu untuk menjawab. Aisyah terus menerus mendesaknya.
"Faid dengan Darius." jawab Noah akhirnya. Aisyah terdiam sebentar. Kepalanya tunduk dan dia mengurut tangannya perlahan. Noah mengeluh. Dia sudah menjangka reaksi itu.
Tentu sahaja Aisyah gembira kerana akhirnya, Emperiors sudah tiada, namun rasa sedihnya ada kerana sebab yang sama. Kumpulan yang dia anggap keluarganya sendiri sudah dibubarkan.
"Sayang?" panggil Noah. Aisyah menghela nafas panjang kemudian menarik lembut lengan baju Noah.
"Tentu dia sorang-sorang sekarang." celah Aisyah tiba-tiba. Noah memandang Aisyah dengan riak wajah hairan.
"Siapa?" tanya Noah lagi.
Aisyah terus memandang Noah. Matanya menggambarkan rasa sedih dan kasihan. Noah semakin ingin tahu.
"Qhai." jawab Aisyah.
***
Syed Qairil Nevin menghela nafas panjang. Baru je beberapa minit tadi, dua orang pengikut terakhirnya merangkap kawan baiknya baru je meninggalkan dia. Faid dan Darius akhirnya tinggalkan Emperiors.
Qhai menundukkan kepalanya. Kini, dia bersendirian. Seluruh rancangannya hancur berkecai. Abangnya, Noah kini hidup bahagia dan ada kawan-kawannya yang memihak dia. Ada orang yang dia sayang, Aisyah.
Kenapa nampak macam Noah je yang betul? Kenapa dia nampak baik?
Qhai menggenggam penumbuknya. Dia memandang bingkai gambar yang kandungannya ada gambar Emperiors. Kelihatan Aisyah duduk di tengah-tengah dengan senyuman semanis madu dan espresi bahagia. Faid dan Darius pula saling memegang bahu masing-masing dan tersenyum lebar. Qhai berdiri di belakang Aisyah dan disebelahnya ialah Harith dan Haq yang tersenyum. Riyadh pula berdiri di sebelah Aisyah sambil menyilang tangan dengan senyuman lebar.
Ketika itu, Emperiors masih kuat bertahan, masih bertapak dengan teguh. Ketika itu, semua prank mereka memang gempak dan berjalan dengan sangat lancar. Hubungan mereka akrab dan saling ambil berat.
Tapi, itu dulu.
Kini, semua orang dalam gambar itu telah meninggalkan ketua mereka, Qhai dan mengkhianati prinsip utama mereka. Qhai membaling gambar itu ke lantai dan berjalan masuk ke rumahnya.
Emperiors? Siapa kisah? Kini, Qhai ada azam baru.
***
"Kenapa pulak awak nak pergi rumah dia? Kang ada apa-apa jadi saya susah tau." kata Noah merisaukan Aisyah yang terlalu berani itu. Aisyah menjeling Noah.
"Noah, awak sendiri tahu kan yang Qhai takkan apa-apakan saya. Walau banyak kejahatan yang dia pernah buat selama ni kat saya dan awak, dia masih seorang abang bagi saya. Dia, salah seorang lelaki teristimewa dalam hidup saya. Begitu jugak awak." kata Aisyah cuba melegakan Noah.
"Saya tahu, tapi mungkin emosi dia tak stabil ke apa ke sekarang ni. Yelah, dia dah hilang semua kengkawan dia dan awak." terang Noah lagi cuba memujuk Aisyah.
"Noah, jangan risaukan saya. Awak pergi je jumpa Faid dan Darius dulu and cakap dengan mereka, saya maafkan mereka. Ye, sayang?" ujar Aisyah. Noah mengeluh panjang dan mengangguk dengan hati yang berat.
Aisyah terus berlalu dari situ dan memasuki keretanya. Noah melihat Aisyah sehinggalah dia hilang dari pandangan.
Setelah beberapa minit memandu, Aisyah sampai di perkarangan rumah Qhai. Dia melihat kereta Qhai parking di halaman dan menghembus nafas lega. Nampaknya Qhai ada kat rumah.
Aisyah segera keluar dari kereta selepas parking. Ada beberapa orang pengawal keselamatan menjaga perkarangan rumah itu. Aisyah berjalan menuju ke pintu utama tanpa ditahan.
Kemudian, Aisyah masuk ke rumah itu disambut oleh seorang pembantu rumah Qhai.
"Mana Qhai?" tanya Aisyah sopan.
"Tuan Muda ada kat atas." jawab pembantu rumah itu. Aisyah senyum dan berterima kasih kemudian naik ke tingkat atas.
Sesampainya di bilik yang dia tahu Qhai ada di dalamnya, dia terus mengetuk pintu tanpa sebarang ragu. Kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri pintu itu dari sebelah dalam.
Syed Qairil Nevin membuka pintu itu dan langsung tidak terkejut melihat wajah Aisyah di hadapannya. Aisyah pula yang tiba-tiba gelabah.
"Aisyah, masuklah duduk." pelawa Qhai kemudian masuk semula ke dalam bilik bacaannya. Aisyah turuti langkahnya dan duduk di kerusi berhadapan Qhai.
"Qhai, aku datang sini nak-" belum sempat Aisyah habis menjelaskan, Qhai lansung memotongnya lembut.
"Aku tahu. Sekarang aku sesorang dan aku tahu kau kesiankan aku. Itulah kau. Kau terlalu kisahkan orang lain padahal orang tulah yang buat kau teruk. Contohnya, aku. Berapa kali dah aku sakitkan hati kau, Syah?" tanya Qhai.
Aisyah senyum dan mencapai tangan Qhai lalu mengusapnya lembut.
"Kau abang aku, Qhai. Apalah gunanya adik-beradik kalau tak pernah bergaduh?" tanya Aisyah sambil matanya memandang Qhai dengan penuh kasih. Qhai tersentak dengan jawapan itu.
"Tapi, aku dah buat banyak salah dengan kau." balas Qhai yang tidak faham.
"Aku maafkan, aku maafkan walau kau tak minta maaf pun. Qhai, lembutkanlah hati kau dan maafkan Noah, abang kau. Tak guna kau berdendam kat dia. Sebab nak balas dendam kat Noah, semua benda dah jadi tak betul. Everything falls apart." jelas Aisyah.
Qhai mengeluh panjang.
"Keluarlah Aisyah. Kalau kau libatkan dia, kalau kau nak aku tak benci dia, kau keluar. Itulah permintaan kau yang aku tak mampu tunaikan, Syah." keluh Qhai sambil mengurut wajahnya.
Aisyah bangun dari kerusi dan melepaskan tangan Qhai lembut. Qhai melihat Aisyah.
"Qhai, aku sayangkan kau. Walaupun pelik aku cakap macam ni, tapi kau mesti tahu tu. Jangan buat benda bodoh. Allah akan tunjukkan apa yang betul di masa yang tepat." kata Aisyah kemudian melangkah pergi.
"Aku minta maaf sebab kau dapat abang yang tak guna macam aku." bisik Qhai sambil menundukkan kepalanya, mengasihani diri sendiri.
"Syed Qairil Nevin, kau adalah abang yang baik. Cumanya, kau bukan ketua kumpulan yang Emperiors perlukan." kata Aisyah kemudian berlalu pergi.
Qhai terdiam sambil memandang pintu yang ditutup.
YOU ARE READING
The Syed's Twin
RomanceSyed Qairul Noah dan Syed Qairil Nevin merupakan kembar seiras namun jauh beza personalitinya. Si abang, Qairul Noah merupakan pemuda yang bijak namun serius, jarang sekali mengukir senyuman. Pendek kata, hati batu. Heartless. Si adik, Qairil Nevin...