Bab 11

9.4K 311 7
                                    

Terima kasih sebab masih lagi membaca sampai ke bab sekarang. Insyaallah akan cuba perbaiki dengan lebih elok lagi. Lot's of love from me.

___________________________________

Seperti biasa pagi ini pun aku ke universiti. Kelas encik Saiful tak boleh di buat main. Garang dia mengalahkan beruang tumpul kuku. Mengaum.

Cuma hari ini agak spesial sikit sebab Ray yang menghantar dan bakal menjemput aku nanti. Petang ni kami dah plan nak ke kedai emas cari cincin tunang.

Ikutkan hati, aku malas je nak pergi. Bukan minat sangat pakai emas ni. Tapi tahu tahu jelah perangai Ray macam mana. Tak boleh di bangkang. Kalau A katanya, maka A lah jadinya. Ikutkan perangai yang terlebih garam tu boleh jadi Mereng aku.

Kereta Toyota Triton yang di pandu Ray menyusur masuk ke perkarangan universiti. Kereta di berhentikan. Aku tarik seatbelt dan capai beg galas kat bahagian kaki.

Rasa semacam di perhatikan aku pusing ke sebelah. Mata kami bertentangan. Mata coklat yang tajam itu menikam tepat ke anak mataku.

"Err, ada apa apa ke?"

Tergagap gagap aku di buatnya. Segera mata aku pandang ke depan. Tak boleh nak berbalas pandang dengan dia, berdebar jantung ni lain macam saja.

Ray berdehem.

"Tak ada apa. Saja nak pandang bakal tunang aku."

Aku senyum saja. Terasa bagaikan ada sekumpulan rama rama indah berterbangan bebas di dalam dada. Sungguh ini yang aku nantikan.

Nantikan untuk jadi sebahagian dari hidupnya.

"Pulak. Kelas saya habis sebelum kul 5 tau."

Aku pandang matanya sekilas. Senyuman manis aku hadiahkan padanya. Dia masih dengan riak beku.

"Aku tahu. Dah pergilah keluar, aku nak cepat ni."

Eh, di halaunya kita. Pintu aku buka perlahan.

"Yelah, yelah. Assalamualaikum."

Aku turun dan melambai padanya. Sempatlah sebelum tu aku dengar balasan salam.

Macam manalah aku boleh terjatuh suka dekat mamat beku ni. Dah aku dulu yang gedik zaman dulu.

3 tahun lepas....

"Abah, apasal tak datang jemput lagi ni? Maira dah berjam tunggu kat sini."

Tanpa salam aku terus bertanyakan soalan pada abah. Handphone aku gengam kuat. Tu pun selepas berpuluh puluh misscall yang ni baru di angkatnya. Rasa geram mula yang membuak buak.

"Allah, abah ingat mama dah jemput. Mama tak sampai lagi ke?"

Aku dengus geram. Bibir di ketap kuat. Lupa lagi lah tu.

"Apanya, abah kan yang cakap nak jemput Maira malam ni. Tengok, dia lupa lagi lah tu."

Jam pemberian abah aku kerling sepintas. Jarum pendek tepat pada angka 3 pagi. Dari pukul 12 tengah malam lagi aku call abah tak berangkat.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now