Bab 24

9.7K 276 7
                                    

"Dah bangun pengantin baru."

Angah menegur aku yang keluar dari dapur dengan segelas teko air kopi. Aku buat derk saja. Jelingan amaran aku hadiahkan sama. Amaran jangan nak membaham aku di pagi hari macam ni. Tetapi angah tetap angah. Mulut tak menyakat namun senyuman nakal dia itu tetap menggalasi bibir.

Aku bangun agak awal pagi ini, malu nak berlama lama di dalam bilik. Nak pandang badan Ray yang terdedah tanpa sehelai pakaian pun rasa segan gila. Masa mendapat semalam tak segan pulak kan. Ihikssss!

Sudahnya aku tinggalkan Ray macam tu sahaja lepas siap siap mandi tadi. Dua dua terlepas solat subuh. Aduhai! Tepuk dahi.

Nak kejutkan tidur malu pula rasanya. Tak tahu nak cakap apa. Nak panggil macam mana.

Angah duduk di kerusi meja makan. Gaya dia macam baru balik jogging. Mungkin selepas subuh tadi lagi kot dia dah keluar. Biasanya angah suka jogging awal pagi macam tu. Katanya fresh. Entah ye ke tak? Tanya kat aku memang aku tak tahu, sebab nak tunggu aku jogging agaknya setahun sekali pun tak lepas agaknya. Pemalas!

"Air apa mas? Kopi apa teh?"

Gaya ala ala bibik sedikit. Sekadar nak bergurau senda. Aku tuang air kopi ke dalam cawan yang tersedia, sebelum aku hulurkan pada angah. Aku tanya dia tapi aku tuang nya air kopi.

"Thank you bibik kesayangan. Ray tak bangun lagi?"

Angah mencicip air kopi di dalam cawannya. Setiap pagi minuman wajib ialah air kopi. Semua orang kat rumah ni suka kopi. Dari lelaki hinggalah perempuan semua layan kopi.

"Entah, tak lagi kot. Maira turun awal tadi."

Aku bergerak ke dapur basah untuk mengambil mangkuk nasi goreng dengan beberapa bijik telur goreng mata kerbau. Lauk gulai dengan ayam masak merah semalam sempat aku panaskan dan dah di bawah ke meja makan.

"Amboi! Awal turun ke dapur hari ni. Malu nak menghadap muka suami ke apa?"

Angah senyum senget. Nak membaham aku lah tu. Meleret leret lah lepas ni. Aku jengilkan mata memandang dia. Angah ketawa lepas.

"Haa, jangan nak start eh! Jangan. Kang Maira sendukkan dahi angah kang."

Aku suakan ke mukanya senduk nasi. Bukan serius pun. Saja gurau gurau. Angah ketawa lagi.

"Angah, nak tanya sikit boleh tak?"

Angah ambil sebiji karipap goreng sebelum di gigit sedikit. Dia pandang aku. Mulut masih mengunyah. Sesekali dia gesek handphone di tangan.

"Ermm, apa? Tanyalah."

Aku telan liur, bimbang yang pertanyaan aku akan mengguris hati dia. Dia lelaki ke, dia loyar buruk ke hati orang tetap kena jaga. Walau angah ni spesis lelaki yang tak suka melenting namun bila melibatkan soal hati dan peribadi aku agak gerun juga. Bimbang tersalah bicara.

"Kalau Maira tanya, angah jangan terasa tau. Janji?"

Angah kerutkan kening. Dia pandang aku sekilas.

"Tanya jelah, tak adanya nak terasa hati ke apa. Melainkan kalau tetiba Maira cakap angah tak hensem, muka berkerutu. Haa Angah terasa lah jugak."

Dia ketawa terbahak bahak melihatkan wajah cemberut aku. Orang serius dia sempat buat lawak. Mendengus aku kegeraman.

" Ok.. Ok.. Angah serius. Tanyalah. Manalah angah pernah nak terasa hati dengan adik angah ni."

Dia cicip lagi air di cawannya. Aku gosok kedua dua telapak tangan.

"Errrr.. Err.. Angah tak rasa nak kawin lagi ke?"

Angah mengeluh perlahan. Dia bersandar pada kerusi yang di dudukinya.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now